Mansuh akhirnya PPSMI (U)

11:33 AM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

perjuangan para pencinta bahasa tidak sia-sia apabila tan sri muhyiddin mengumumkan pemansuhan ppsmi pada tahun 2012. di harap para pelajar memanfaatkan kemudahan menelaah dalam bahasa malaysia untuk terus maju. kalau math dengan sains makin merosot jugak lpas ni, memang bahasa isyarat yg akan di gunakan untuk P&P pelajar. haha

tapi dari pengalaman peribadi sendiri, ilmu yg dipelajari dalam bahasa asing memang agak sukar dan kurang dihayati. tula pasal tidak ramai graduan di malaysia yg tidak mampu mencipta atau menginovasi. yg kami tau, belajar, fahamkan, skor, grad, langsaikan contract dengan pemberi biasiswa/pinjaman, kerja dan mati.

mungkin kenyataan ini boleh dikatakan alasan si pemalas yg gagal menguasai inggeris dengan baik. tapi, kenapa adanya proses alih bahasa sejak zaman ilmu berpusat di baghdad? proses alih bahasa memang sentiasa ada. kenapa? kenapa? kenapa? penguasaan inggeris ialah kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris. itu cerita lain. memang ada peningkatan. tapi math dan sains? hancur.

kalau buku-buku teks di IPT di alih bahasa kepada bahasa melayu mesti best. ala, bukan buku yg diguna dekat kelas. buku rujukan kat library. mungkin DBP boleh ambil peranan?


Di petik dari blog faisal tehrani :


Foto: 7 Mac 2009: Orang ramai ditembak dengan meriam air ketika berusaha mencari perlindungan di dalam Masjid Negara.

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."



Foto: 7 Mac 2009: Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said disembur gas pemedih mata.

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.












Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

5 Comments:

Admin @ July 9, 2009 at 6:09 PM

insyaallah akan dibantu

Nadhirah @ July 9, 2009 at 6:22 PM

uish. Lari topik.
mesti toLong nih

Mansuh Lambat sangat PPSMI. cis!!

Khairieah @ July 9, 2009 at 7:25 PM

matrikulasi pun tukar ke BM ka?

Admin @ July 9, 2009 at 8:22 PM

ipt nda kcau tu
sekolah ja klau nda silap

Khairieah @ July 10, 2009 at 7:03 PM

ooo. jd ipt itu2 jua la kan.