sempena cuti cny ni, aku dan beberapa kwan2 utp mengambil keputusan utk berjalan2 pusing ipoh dan pegi semua tmpat yg org selalau pegi tp kami blum pegi.
haha
antara tempat itu ialah NASI GANJA . ya benar. tempat tu menghidangkan ganja sebagai lauk utk dimakan dengan nasi.sedap kn? strategi yg baik pulak tu. klau dah ketagih, mesti org dtg blk kn?
nasi ganja ni sebenarnya nasi kandar ayam merah. tapi org terlampau suka sampai ketagih. jadi dia digelar nasi ganja. hebatkn?
bagi aku, dari taste bud lidah aku ni, xpun menyebabkan ketagihan. tapi sedap mmg la sedap. ayam nya crispy, kuahnya mantap dan yg paling special ialah tempat nasi ganja ni. dia berkongsi dengan restoren cina!
jual nasi kandar tu india muslim, owner kedai org cina. hebat kan integriti kaum di malaysia ni?haha.nasi ganja tu dijual dlm kedai cina tu. cina jual air. mamak jual nasi kandar
melayu makan jela kerjanya.
sedang aku mencari2 gambar kedai nasi ganja ni kat internet, aku dpt tahu yg nasi ganja ni dah buka cwangan dekat greentown mall. so, klau nk try, xpyh berhimpit dlm kedai cina yg vintage and kecik tu. boleh la trus ke greentown
nasi ganja dekat greentown -credit to akmal