Showing posts with label U. Show all posts
Showing posts with label U. Show all posts

Nota Dari si Pencuri (U)

5:25 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

Kesahihan nota ni tidak dapat dikenal pasti. Sebab benda ni orang forward-forward kat email je.

From Sin Chiew Daily. Letter from the thief who stole the Selangor Chief of
Police's car last week.

Dear Datuk,
I really did not know that it was your car.
Please believe me that I really did not realise that it was a
police chief's official car.
However, why was it my target among so many cars in Selangor?
Moreover,

1Malaysia (U)

2:21 PM / Comments (9) / by Admin

_________________________________



aww.. syahdu gitew! nak peluk~


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 Malaysia Vs China (U)

11:43 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Sangat menyedihkan!!!!!! Maknanya Hafiz Hashim tak main la ni?

Keputusan akan di’update dari semasa ke semasa ketika perlawanan separuh akhir berlangsung di antara pasukan Malaysia menentang pasukan China. Berikut adalah barisan pemain yang akan turun sebentar lagi.

Malaysia (0) vs China (3)

  • Lee Chong Wei kk Lin Dan 17-21, 8-21
  • Koo Kean Keat/Tan Boon Heong kk Cai Yun/ Fu Hai Feng 15-21, 10-21
  • Wong Choong Han kk Chen Jin 16-21, 7-21
  • Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Xu Chen/Guo Zhendong
  • Mohd Hafiz Hashim vs Bao Chunlai
Sumber: klik




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Abuya Pengasas Al Arqam Meninggal Dunia (U)

11:39 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________


IPOH: Bekas pengasas dan pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Asaari Muhammad, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist di sini, pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Asaari, 73, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 Mei lalu selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di sini.

Asaari, 73, dimasukkan ke hospital berkenaan pada 10 Mei lalu selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di sini.
Anak Asaari, Mohd Niqdad, 29, yang dihubungi Berita Harian mengesahkan ketika menghembuskan nafas terakhir, ibunya, Tengku Noriah Tengku Abdullah dan dua ibu tiri, Hatijah Aam dan Noraziah Ibrahim, berada di sisi bapanya.

"Abuya (bapa) memang kurang sihat sejak akhir-akhir ini tetapi doktor menyatakan kematiannya disebabkan paru-paru berair. Abuya singgah sebentar di sini selepas balik dari program ziarah di Thailand dan dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu," katanya.

Mohd Niqdad, anak ke-15 Asaari, berkata jenazah bapanya dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Jenazah Asaari yang dikenali sebagai `Abuya' di kalangan pengikutnya, dibawa ke rumah tamu syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (Global Ikhwan) di Lorong Raja DiHilir, Tambun di sini, untuk solat jenazah selepas solat Asar. Kira-kira 100 pengikutnya berada di rumah berkenaan.
Selepas itu, jenazah dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna Toyota Alphard beserta beberapa kenderaan lain keluar dari pekarangan banglo itu kira-kira jam 5.40 petang untuk dibawa ke Negeri Sembilan.

Di pintu masuk banglo berkenaan, ada sepanduk tertera ‘Selamat Pulang Abuya Fata At Tamimi ke Malaysia' manakala di sepanjang pagar beberapa sepanduk kecil tertera logo syarikat serta perkataan seperti Abuya Penyelamat Kami, Abuya Bapa Poligami dan Abuya Hidup Mati Kami.

Sementara itu, seorang kakitangan Global Ikhwan, Marzuki Hussain, 57, berkata Allahyarham singgah di sini dalam perjalanan pulang dari Thailand atas urusan perniagaan.

"Allahyarham adalah Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan dan berada di sini beberapa hari lalu untuk pertemuan dengan kakitangan syarikat di sini," katanya.

Beliau berkata, Asaari dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mengadu sakit ketika berada di rumah tamu berkenaan.

Kerajaan mengharamkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 kerana ajaran Aurad Muhammadiah yang diamalkan kumpulan itu bertentangan dengan akidah Islam.

Asaari yang dilahirkan pada 30 Oktober 1937, ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan Al-Arqam mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pernah membuat pengakuan terbuka mengenai penyelewengan dalam kumpulan berkenaan.

Allahyarham pernah dikenakan tahanan rumah di kediamannya di Rawang, Selangor dan Pulau Labuan tetapi dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

- BERITA HARIAN

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Badan anak di potong, Mata Ibu di Korek (U)

9:15 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Ni la akibatnya kalau malas pegi sekolah.

Sumber : utusan.


NAIROBI, Kenya 8 Mei - Beberapa penyerang di Burundi dilaporkan memotong anggota badan seorang kanak-kanak albino berusia lima tahun dan mengorek mata ibunya atas kepercayaan bahagian badan mereka mampu memberikan kekayaan serta kejayaan.

Aktivis hak manusia semalam berkata, beberapa pembunuhan dan serangan yang berlaku baru-baru ini di Tanzania adalah bentuk keganasan jangka panjang terhadap golongan albino Afrika.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Kebangsaan, sekurang-kurangnya 10,000 berpindah dan bersembunyi sejak serangan ke atas mereka bermula akhir 2007.

Sejak itu, 57 individu albino dibunuh di Tanzania dan 14 yang lain di Burundi, kata ahli kumpulan hak Under The Same Sun, Vicky Ntetema.

Ujarnya, pembunuhan itu ekoran daripada kepercayaan karut bahawa bahagian badan individu albino boleh memberi kekayaan dan kejayaan kepada seseorang.

“Bahagian badan dikatakan mampu memberikan mereka kuasa ajaib.

“Sesetengah menggunakannya sebagai pengorbanan manusia seperti yang disarankan ahli sihir,” katanya. - AP






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Perhatian Kaum Hawa! (U)

9:58 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Amaran: ini hanyalah email forward. Kesahihan tidak dapat di verify. Tapi bolehla dijadikan pengajaran.

Ladies and Gentlemen:
If you read the stories written below by others, I will tell you my own story exactly as what they said and witnessed by me:

Please Forward The Story To Everyone You Know:

I stayed in Pulau (island) Redang And Pulau Perhentian In Terengganu For 2 weeks due to my research and I observed a lot of things done by the local youngsters to the ladies who visited there.

The VICTIMS are those who come alone or with group of girls only, most of them came with one female friend.

They acted as a normal driver of the
boat for the resorts but they selected the lone or girls victims mostly the dumb Chinese girls and western ladies. But if the girls are accompanied by guys, they will not dare to touch. When they reached the snorkeling area, they will 'HELP' the ladies by holding their hands to snorkel here and there. Most of the Chinese ladies
wear exposed and sexy swim wears and they will peep into their bras and underwears from behind.
The worst part are they seemed to bring along their local friends to join the club, to get one or two victims everyday.
They gathered on the jetty and looking at their preys. Then, they will guide the girls to a plastic containers with fresh water to wash them up, sometime trying to 'help' them by touching their body parts. These girls thought they were friendly and helpful but they have others intention.


Pengkebumian Mafia Taiwan (Gambar) (U)

9:48 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


Sumber gambar dan laporan: klik

Memang super cool. macam dalam young and dangerous!! haha


According to a TVBS report, police obtained information that a crime lord known as "Silly Face" Lee Zhaoxiong [Lee Chao-hsiung] who died last month of liver cancer will have a funeral procession on the 26th, learning that there will be 20,000 figures from various factions , and therefore have dispatched hundreds of police.










lagi? klik:

Aishah? Jangan Baca Kalau Percaya Benda Tahyul (Haha) (U)

10:52 AM / Comments (20) / by Admin

_________________________________

Pernah dengar Kisah Aishah Masih Hidup kan? Agak femes dan dah lama ada kat internet. Tapi saja nak post. Manatau ada yg masih belum baca. Baca la kalau berani. hehe

Update: Kemalangan Arwah Achik Spin (U)

10:33 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDRKCBZtX9_7TnXKeecHCs4KxL0P6QITvAty-YTjIIAnllHBUyNA-9fPolDqjUup8lkH1IMBkFPCJVM39vk82TETWU07fAPFs1sgB7cn2mqkuFWxlBE0Zk8b0CNhwczqs_yaKi0kr4U4Bb/s1600/100_1866.jpg

Gambar kemalangan boleh dilihat via ondscene: klik



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Achik Sping Meninggal Dunia (U)

10:24 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Rasanya rakyat Malaysia baru kehilangan Din Beramboi. Baru ni pulak Achik Spin. IkanStim.com pun baru tau harini. Waduh, semoga dicucuri rahmat. Ajal tidak mengenal usia. .

Sumber Kosmo!

Btw, ibnu ghazali, komen ko aku tedelete lah. ya ya farid UTP la ni.. hehe





SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.

Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.

Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Kompleks Hotel Lebih Tinggi Daripada Masjidilharam (U)

7:49 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Memang tidak ada nas yg mengatakan bangunan mesti di bangunkan tidak melebihi ketinggian Masjidilharam, tapi, macam tak proper pulak bila di sebelah masjidilharam ada hotel yg tinggi nya lebih kurang dengan Burj Khalifa. Bukan di Brunei bangunan tidak boleh tinggi daripada menara masjid?

Tak salah, tapi.. ntah la. Kita tunggu respon para alim ulama.
Sumber utusan.



Gambar ilustrasi artis menunjukkan kompleks Menara Abraj al-Bayt berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah. - AFP


DUBAI 14 April - Sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Mekah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London.

Pengurus besar hotel berkenaan, Mohammed al-Arkubi pada sidang media di sini semalam berkata, kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam.

Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.

Menara Jam Diraja Mekah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi dengan simbol bulan sabit.

Malah struktur konkrit Menara Jam Diraja Mekah itu adalah lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

"Fasa pertama hotel akan dibuka pada akhir Jun ini, manakala jam itu akan mula beroperasi pada akhir Julai, iaitu menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula sekitar 10 Ogos," kata Arkubi.

Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya.

Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Kompleks itu dibina oleh syarikat hartanah gergasi, Bin Laden Group, bagi pihak kerajaan Saudi. - AFP





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Fish Ball Mengakibatkan Kematian? (U)

7:34 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

Mungkin ini boleh jadi pengajaran untuk kita. Bila bagi makan bayi, pastikan makanan tu lembut dan dah di potong kecil-kecil.

sumber kosmo!


WAN ARIF FADHLA membawa jenazah bayi lelakinya yang meninggal dunia akibat tercekik bebola ikan di Taman Asuhan Kanak-Kanak, Jalan Cantik, Tampin semalam.


TAMPIN - Seorang bayi berusia sembilan bulan mati selepas tercekik bebola ikan yang menjadi hidangan sarapan pagi di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak di Jalan Cantik di sini semalam.

Wan Nur Aliff Wan Arif Fadhla menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Tampin selepas didapati sukar bernafas oleh kakitangan taman asuhan terbabit.

Bapa mangsa, Wan Arif Fadhla Wan Yusof, 41, berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 7.30 pagi semalam kerana dia dan isterinya bekerja.

Katanya, semasa waktu rehat sekitar pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi, bayi malang itu dihidangkan bebola ikan bersama-sama kanak-kanak yang lain.

"Anak saya tiba-tiba terjatuh dan ketika itu kami difahamkan, badannya sudah pun lebam dan kebiru-biruan," katanya ketika dihubungi Kosmo! sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Pulau Kerengga, Marang, Terengganu bersama jenazah anaknya untuk dikebumikan.




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Edited Pictures that changed the world (U)

1:12 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________


Amaran: Fakta yg dikongsi tidak terjamin kesahihannya. Sila buat research sendiri untuk verification.

1)

Presiden Perancis Nicolas Zarkozy. Lemak terlebih yg diedit untuk kelihatan lebih kacak. Editor Majalah tu kata diorang nak edit bayang-bayang. Pastu ter edit sekali lemak belipat tuh.

2)

Nak sangat ada effect patriotism, terpaksa edit Bush ke angle yg boleh nampak budak pegang bendera tu sekali

3)

Uni Wisconsin nak mempromosikan diversity dalam campus diorang. Tapi malangnya tak da satu gamabr pun yg dapat describe diversity tu. Terpaksala edit sorang mamat negro celah-celah orang ramai tu

4)

Serangan pengganas di Kuil Hatshepsut, Mesir. Tabloid dari Swiss edit air yg mengalir tu jadi kaler merah kononnya darah la. Memang dasar pemfitnah.
(lagi)

Hampir Mati di Padang Kawad (U)

9:28 AM / Comments (4) / by Admin

_________________________________

Kalau di kupas isu persiapan Beijing untuk Olimpik tahun 2008 memang tak kan habis punya. Macam-macam diorang buat untk menunjukkan kepada masyarakat dunia yg Beijing is perfect. Ni salah satu contoh:



ni ok lagi.. letak kayu kat belakang untuk tegakkan badan



tapi yang ini agak bahaya:
(klik more>>)

Beckham? Bekam? (Gambar) (U)

8:44 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Beckham berbekam? Oh tidak.. ini adalah gambar-gambar seorang pakcik ntah dari negara mana buat rawatan ala-ala bekam tapi lagi hardcore.


hi, saya lah otai bekam


lebih kurang bekam kan?

Realiti Pengemis (Gambar) (U)

8:30 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


Berminat dengan profession sebagai seorang pengemis?


9am : mula bekerja

Setakat iPad, Sejuta Aku Boleh Beli! (U)

12:57 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Memandangkan kampus ni mengharamkan Youtube, tak dapat la nak tengok video ni. Tapi best jugak idea diorang nih. Time orang ramai asyik nak guna iPad, dorang pegi hancurkan la pulak. 1st day launching pulak tu. best-best. walaupun agak bodoh . haha


Klip YouTube menunjukkan seorang lelaki memukul iPad dengan menggunakan kayu besbol.


NEW YORK - Satu klip video yang menunjukkan sekumpulan lelaki merosakkan komputer iPad dengan kayu besbol menjadi sensasi terbaru di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 500,000 orang telah menonton klip itu di laman perkongsian video YouTube setakat ini.

Klip video itu menunjukkan iPad berharga AS$499 (RM1,600) dihempas di sebuah kedai elektronik tempat gajet itu dibeli pada hari pertama ia dijual.

Aksi tersebut merupakan idea seorang lelaki dari bandar Pittsburgh, negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat yang mahu dikenali sebagai Casper, 29.

"Saya menyukai gajet keluaran Apple Inc. tetapi kami (rakan-rakannya) tidak bekerja untuk syarikat itu.

"Kami melakukan aksi ini kerana mahu menjadi kumpulan pertama di dunia yang merosakkan iPad," katanya. - Agensi

Sumber- Kosmo!




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Rumah Allahyarham Din Beramboi Dipecah Masuk (U)

8:46 AM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

Kurang ajar betul. Tak beragak langsung penyangak-penyangak nih. Selamat menua dengan rezeki haram.



ROSLI menunjukkan pagar belakang tempat pencuri menceroboh rumah arwah Din Beramboi di Taman Sentosa, Sungai Buaya, Kuala Kubu Baru semalam.


KUALA LUMPUR - Ketika ramai orang masih bersedih dengan kematian pelawak dan penyampai Radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau Din Beramboi, ada pihak pula mengambil kesempatan memecah masuk rumah Allahyarham di Sungai Buaya, Kuala Kubu Baru kelmarin.

Mereka mengambil peluang daripada keadaan rumah itu yang sering ditinggalkan kosong dengan masuk melalui pintu belakang sebelum melarikan pelbagai barangan bernilai kira-kira RM20,000.


sumber- kosmo!





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

McD dan Rusia zaman dulu (U)

1:40 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Ketika Rusia baru diperkenalkan dengan McDonald's:

McDonalds in Russia 1
McD

McDonalds in Russia 4
mcValue lunch?

semua orang berpusu-pusu nak merasa sebab tak pernah algi ada fast food kat negara dorang time tu. Kerajaan pulak baru luluskan McD bukak cawangan kat Rusia. Negara komunis kan.. Mana nak bagi McD masuk.

Ni pulak time kedatangan Pepsi:

McDonalds in Russia 5
time ni belum ada pesaing lagi

Coca cola ka, F&N ka, semua belum ada lagi. memang untung besar la Pepsi. fuh. Ada tak gambar time first McD kena bukak kat Malaysia?




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau (U)

1:13 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Anda pernah berharap? ada yg lagi memerlukan harapan untuk direalisasikan di luar sana. Dan kita yang mampu untuk membantu mereka. Lawati web site RPH Ranau sekarang dan sumbangkan apa-apa yg termampu

klik: sini ( Laman blog rasmi RUMAH PUTERA HARAPAN )






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!