Rendang kucing (21SG)

2:29 PM / Comments (4) / by Admin

_________________________________


Jangan muntah.






























Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Berbuka puasa dengan SilverBird! (U)

2:13 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________


Mintaa maaf la sebab dah lama tak update. baru saja dilepaskan dari tempat kuarantin ni. disyaki h1n1. tapi jangan risau, demam biasa saja.

nah, selamat makan












apa yang anda lihat ini bukan fantasi tapi realiti. seringkali kita
mendegar keraguan tahap kebersihan roti high 5. kini, satu lagi bukti
mampu meyakinkan kita betapa pengeluar roti ini tidak peka dengan aspek
kebersihan.
 
 
terjadi di Stsesen Petronas Bandar Muadzam Shah, Pahang. seorang
pelanggan telah membeli mini muffin jenama high 5 pada 24 April 2008.
beliau terkejut apabila menjumpai seekor cicak yang hampir hangus di
atas muffin coklat tersebut. bayangkan jika tak perasan terus ke mulut.
ianya terjadi kepada seorang pakcik. apalah yang dia tahu untuk buat
aduan. sekadar memulangkan kepada pihak kami.
 
 
oleh yang demikian, pihak kami berasa terpanggil untuk berkongsi cerita
ini kepada semua. keburukan perlu didedahkan agar tiada lagi menjadi
mangsa.







apa-apa pun, ikanstim tidak menggalakkan anda mempercayai nya bulat-bulat sebab benda ni berlegar-legar di internet tanpa sesiapa disahkan kesahihannya.









Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551 (U)

7:03 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi di sebalik penurunan jumlah pemilih yang keluar mengundi. Majoriti calon PAS jatuh 852 undi

Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi, sekali gus berjaya dalam percubaan kali keenam bertanding pilihan raya.

Dalam reaksinya, Salleh, 52, menyifatkan kemenangannya sebagai kejayaan bermakna bagi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Ini menunjukkan Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kukuh dan akan merapatkan kerjasama di kalangan anggota komponen Pakatan Rakyat," kata beliau yang tiba di pusat penjumlahan undi IKBN pada pukul 6.30 petang dengan berpakaian batik.

Rohaizat, 38, pula mendapat 5,067 undi. Undi rosak adalah sebanyak 83.

Rohaizat menerima keputusan ini dengan menganggapnya sebagai satu proses demokrasi.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Salleh Man dan berharap beliau akan melaksanakan khidmat dengan baik kepada masyarakat Permatang Pasir," kata beliau ketika dihubungi.

Jelas beliau, undi yang diperolehnya adalah konsisten dengan apa yang diterima pada Mac 2008 dan ia juga menunjukkan BN masih mempunyai sokongan padu. Seramai 14,832 orang ataupun 73.1 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hari ini. Jumlah pemilih adalah seramai 20,290 orang.

Pada Mac 2008, PAS memenangi kerusi Permatang Pasir buat kali ketiga berturut-turut dengan kelebihan 5,433 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahya pada pukul 7.30 petang - tepat waktu berbuka puasa di sini.

Pengumuman kali ini, yang dilihat paling cepat berbanding mana-mana pilihan raya yang lain dibuat dalam waktu yang singkat.

Awalnya SPR telah bercadang untuk membuat pengumuman keputusan pada pukul 8 malam.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, kerusi itu dimenangi buat kali ketiga oleh Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman yang memperoleh 11,004 undi.

Ketika itu peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 82.5 peratus. Kali ini peratusan keluar mengundi hanya 73.1 peratus.

Beliau meninggal dunia pada 31 Julai lalu, sekali gus membuka laluan kepada pilihan raya kecil ini.

PAS dan BN turun gelanggang pilihan raya kecil ini masing-masing untuk mengekalkan dan merampas kerusi ini.

BN kehilangan kerusi ini pada tahun 1999.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan hari ini merupakan pengertian bermakna kepada pihaknya selepas menang tipis pada pilihan raya DUN Manek Urai bulan lalu.

Mengenai penurunan majoriti, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS berkata, "saya hanya mengharapkan kemenangan walaupun satu undi."

"Sebenarnya ami telah bekerja keras ke arah kemenangan lebih besar dan sebagaimana saya katakan sebelum ini, kemenangan dengan majoriti satu undi pun kemenangan juga," katanya.

- MSTAR



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Aizat hanya kau yang mampu (U)

4:24 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________


hanya kau yang mampu menguruskan badan macam ni.
http://khairilhusni.blogmas.com/files/2007/09/aizat.png
sebelum ramadhan (eh?)


http://pikospace.files.wordpress.com/2009/07/aizat2.jpg
time raya
(segak dan bergaya gitu~ aww) <---bapak ah. bapok ka?

Hari ni, di ramadha yg ke3 ke ke4? , aku nak jadi mat kepoh tulis pasal artis pulak. kawan-kawan kat sabah kata altis. haha. tukar 'r' jadi 'l' . macam toyota altis la pulak kan? ekceli, dah lama aku nak menulis tentang aizat ni. kenapa? sebab, dia dari berisi ke kurus dan nampak macam tak boleh market lepas keluar af, sekarang dah slim dan berjaya. ikanstim mengucapkan tahniah dan memberikan salute untuk anda aizat.

aku suka menggunakan perkataan super-bakat kepada orang-orang yang berbakat gila babeng. super-bakat ni refer tu bakat yang dimiliki oleh seseorang , sangat hebat, sampai aku kata " mamat ni memang super-bakat". lagu-lagu beliau boleh kata semua best. buat sendiri pulak tu. yg part buat sendiri tu point penting untuk di label super-bakat oleh ikanstim. haha

apa-apa pun tahniah sebab dah berjaya sekarang, awek pun ramai nak mengusha, poket pun dah tarak habuk dah, penuh duit aje~ <--- sekali lagi, style bapok. haha

adakah anda tahu yang aizat dijempuat untuk perform time convofair utp beberapa minggu yang lepas? dia kena bayar dalam RM10,000 untuk 6 lagu kalau tak silap aku. (utpian, korek me if im rong ok?) satu malam dapat 10k, sangat-sangat lah lumayan. thanx to Allah yang memberikan bakat yg super-bakat kepada encik aizat.


http://rindok.com/blog/wp-content/uploads/2009/01/aizat-liyana-jasmay.jpg
haaa.. tengok-tengok! liyana jasmay pun terlentok disisi aizat. xdenye dia nak lentok kat bahu korang. hehe (aik?slang KL pulak dah)

apa-apa pun, tahniah aizat dan semoga berjaya dan jangan dye rambut. (bagi aku, artis lelaki tu baik kalau tak dye rambut dan tidak punya "gambar !##%# bersosial di kelab" tersebar) kalau dia tak dye, maknannya dia semayang la.

p/s- kenapakah aku secara tiba-tiba post pasal aizat ni?? oh ya, aku ter inspired by this blog



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Tallest father (U)

12:09 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

kun faya kun(jadi maka jadilah) tiada yg mustahil di dunia ni kan? jadi, siapa-siapa yg rasa tak larat nak puasa tu, yakin lah. tiada yg mustahil. yang perokok pun sama. habis ramadhan ni berhenti la. yang berisi sikit, kurangkan lah beberapa kg ramadhan ini. mari banyakkan baca quran supaya berkurang jugak koleksi dosa harian kita. good luck pembaca ikanstim semua!

2.36-meters-high Chinese herdsman Bao Xishun (R), the world's tallest man, and his wife Xia Shujuan hold their son for a group photo at their home ahead of the Chinese Lunar New Year in Chifeng City, north China's Inner Mongolia Autonomous Region, Jan. 25, 2009. (Xinhua/Li Fu)

2.36-meters-high Chinese herdsman Bao Xishun (R), the world's tallest man, and his wife Xia Shujuan hold their son for a group photo at their home ahead of the Chinese Lunar New Year in Chifeng City, north China's Inner Mongolia Autonomous Region, Jan. 25, 2009. (Xinhua/Li Fu)


http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/11/04/article-0-0259A162000005DC-257_468x628.jpg



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

A couple romance (U)

7:08 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


The world's tallest man wedding pics:














bila tengok gambar-gambar ni, teringat lagu aku bukan superstar dari project pop:

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai








Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

ASW 2020 agih 6.3 sen (U)

1:50 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________


IKANSTIM-aku ingatkan 6.30 ringgit.gila apa asw boleh bagi pulangan sebanyak tu. haha. rupa-rupanya 6.3 sen shj. atleast ada pulangan la kan? yg tak melabur lagi tu apa cerita?

Siti Zanariah Yusoff menunjukkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Wawasan 2020 sebanyak 6.30 sen seunit di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Hampir sejuta pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan menikmati agihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Jumlah pulangan itu bagaimanapun merosot berbanding tujuh sen seunit yang diumumkan pada tahun lalu.

Semua urus niaga ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos ini hingga 31 Ogos bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan yang akan dikreditkan secara automatik dalam buku pelaburan pemegang unit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika mengumumkan pencapaian ASW 2020 di sini hari ini berkata, pengagihan pendapatan yang melibatkan 872,322 pemegang unit itu, mewakili jumlah bayaran sebanyak RM592.26 juta.

Beliau berkata, pembayarannya adalah berdasarkan purata terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2009 iaitu mulai 1 September 2008 sehingga 31 Ogos ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam sidang akhbar selepas majlis itu berkata, berdasarkan prestasi unit amanah itu, firma pelaburan tersebut sebenarnya mampu untuk membuat agihan pendapatan sebanyak 8.30 sen seunit.

Beliau berkata, baki dua sen itu akan dibawa ke hadapan sebagai rizab untuk tujuan pelaburan semula.

Ahmad Sarji sebelum itu berkata, sehingga 17 Ogos lalu, ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM661.28 juta, naik 12.62 peratus berbanding RM587.18 juta yang diperoleh pada tahun lalu.

Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM223.69 juta, keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula memberikan RM311.27 juta daripada pendapatan kasar tersebut.

Sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek pula menyumbang sebanyak RM126.32 juta daripada pendapatan kasar itu.

ASW 2020 adalah dana berharga tetap yang mana 51 peratus daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada pelabur bumiputera manakala 49 peratus lagi untuk bukan bumiputera.



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Aksi hangat sepasang kekasih (21SG)

4:48 PM / Comments (4) / by Admin

_________________________________


Gambar-gambar yg akan di paparkan di bawah adalah sangat ganas dan mungkin boleh membuatkan anda berkeluh kesah. jadi, kalau tak nak melihatnya, tak payah scroll kebawah




























menurut nama folder gambar-gambar ni, wanita ini ditembak oleh balak beliau, dimuka, menggunakan senapang pendek @ shotgun (tapi dalam gambar ni pistol). tapi kebenarannya? kita tak tau. baca/tengok boleh,jangan percaya.




ni proses membaiki muka beliau


aduh

meng construct semula muka

wahhhhh.apa yg dorang buat ni??



...



kejamnya manusia..



janganlah gelak..



perbicaraan barangkali?



eh?dia bernafas dari kerongkong?


tabahkanlah dirimu!


ini boleh jadi pengajaran kat kita. jangan lah terlalu melulu dalam mengawal perasaan. nak marah ka, nak mabuk ka (aik?tula, orang dah kata, arak tu kencing syaitan! nak minum jgk), nak puji ka, biar la berpada-pada. nanti punah masa depan orang. kita kena banyak-banyak bersabar lah. terutamanya suami isteri diluar sana.

btw, selamat berpuasa!

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Gambar Perkahwinan Akhil dan Waheeda (U)

5:55 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Kononnya nak sambung entri pasal blog yg best untuk dilawati, tengok-tengok ada berita sensasi untuk dikongsi pulak. so, enjoy the pics. dari ohbulan.com dan zonartis



Gambar perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda

Gambar perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda


Gambar perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda

sebenarnya, memusykilkan lah keputusan akhil untuk tidak bermadu. bukan bini dia dah bagi approval ke? adoi.. last-last talak satu pulak. kesian betul jadi selebriti ni. semua benda orang nak sibuk. haha

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Waheeda dan Akhil akhirnya diijabkabulkan (U)

7:15 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________




Setelah lebih dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

- MSTAR


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Blogs yang menarik untuk dilawati (U)

7:05 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________


Salam semua. lama dah tak menulis pasal diri sendiri dalam blog ni. memang tak plan nak tulis pasal hidup aku pun kat ikanstim . haha. tapi saja nak share web-web yg selalu aku lawati.. dalam kata lain, web-web yg bila ada internet , mesti aku bukak punya. kepada pemilik blog yg akan di mention sekejap lagi, tak perlu berterima kasih pun kat aku. memang blog anda semua ada sesuatu yg menarik perhatian diriku untuk membaca nya. haha

erm, web-web ini tidak di ranking ok.




justkhai ni mengisah kan tentang kehidupan seorang blogger yg agak berjaya di malaysia ni. muda lagi, tua setahun je dari aku. blogger tu bernama khai. dah nama blog justkhai kan? beliau ni memang buat sideincome thru internet. bayangkan lah blog justkhai tu saja dah berapa ramai orang masuk.. adverlets dia mesti dah melambung. pastu ada pulak ruangan iklan untuk disewa dalam kadar 20ringgit sebulan. 100++ lebih per month dari blog justkhai ni boleh dikira minimum lah. penulisan dia pun agak menarik. walaupun tak banyak gambar sangat, tp tak bosan dibaca.

pernah dengar oh artis? oh tidak? haa.. itu pun dia yg develop. damn kan? haha. oh artis tu konfom-konfom generate banyak per month tu. sapa yg tak jenguk oh artis tu.. tapi yg tak cool nya, dia pegi ban ikanstim dekat ohtidak.com. ( aku letak iklan kat shout box ohtidak promo ikanstim.haha) lantak lah.tak kisah pun





Johnny ni merupakan seorang lelaki yg menetap di boston, dan menghidap A.D.D .Tak tau apa itu add? sila google. dia merupakan pemilik, pengasas clothing line JOHNNY CUPCAKES. dia tak jual cupcakes ok? jual baju, seluar, macam-macam lah. kenapa aku berminat nak tau pasal updates hidup dia? sebab, dia ni multi millionaire. dengan hanya menjual baju! betul, jual baju saja. boleh baca cerita dia kat blog tu. dan yg paling penting, blog dia banyak gambar yg ditangkap menggunakan dslr kot. seronok la baca pengalamn dia melancong, jumpa customers yg cool, event-event clothing dia etc. dia ni straight edger. tak minum arak dan tak ambil dadah. bila cakap tentang sxe (singkatan untuk straight edge) , teringat kawan lama.. daos. dimana ko menghilang daos?





penulis blog ni bernama benazir. ya. benazir! bukan benazir bhutto ok? kenapa aku suka membaca blog dia? kisah hidup dia menarik untuk diikuti. haha. dan aku ambil berat tentang beliau. hehe. bakal lawyer. berkawan dengan model maggi mee cup. eh, tapi dia pun model jugak. model kuih pinjaram hajah maimun. betul niiiiii. tarak klentong punya





cheit. malas nak cerita lebih-lebih pasal mamat ni. everyone is linking him. gambar kat blog dia menarik, penulisan dia laaaagi la menarik.



cik aida ni merupakan tunang abg aku. blogger yg mengisahkan tentang hidup dia kat blog. haha. traffic blog agak tinggi walaupun baru mula menulis. (kalah aku) blog dia antara sumber traffic aku.hehe . kenapa aku suka baca blog beliau? sebab kadang-kadang ada terselit pasal aku atau keluarga aku. so baca la.

haa.. antara yg menarik tentang beliau ialah beliau dah mencapai tahap blogger celebrity. cewah.haha. "are u aida the pinkgoddess?" lebih kurang begitu lah persoalan seorang yg tidak dikenali di KL kepada beliau. tula bestnya jadi blogger ni. kadang-kadang orang lain rasa teruja bila dapat contact / jumpa kita. yeeeha! tak tipu punyeeeeee. koqqq. tiba-tiba anas tahir mencelah. "can i sing another song?" dr idzwan pulak mencelah secara mendadak.


adeh, malas dah nak sambung. nanti aku buat part ii ok? nak semayang maghrib dulu



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!