Minta maaf banyak-banyak sebab terlalu lama tidak mengupdate IkanStim.com dalam satu tempoh yg saaaaangat lama. Lama ka? Aku tau perasaan bila kita suka certain blog, pastu kita hari-hari lah pegi usha untuk tengok update terbaru. Tengok-tengok, entri sama ja. Tak da update. Rasa macam geram pun ada jugak. Kan? ( or aku sorang ja yg rasa macam ni? hahaha )
Minta maaf jugak kepada yg menyertai peraduan komen dan menang yg aku masih belum decide siapa pemenang nya. Aku cuba sedaya upaya umumkan pemenang dalam mingu depan ya.
Ok, berbalik kepada tajuk entri. Mastika. Siapa yg tak tau Majalah Mastika? Dari ke nenek sampai ke cicit. Mesti kenal punya malajalah ni. AL maklumlah, majalah NO1 kat Malaysia. . dan seperti semua sedia maklum, IkanStim.com punya unique claim ialah "Lebih baik dari Mastika". Antara sebab aku tidak menyukai Mastika adalah kerana kebanyakan artikel-artikel nya terlalu remeh dan in yang orang kita suka baca ( i said kebanyakan ok. Bukan semua. ada jugak artikel yg bermanfaat). Contohnya macam gambar kat atas. Lebih kurang macam menyampah bila tengok Majalah Mangga. Tapi kalau nak dibandingkan Mangga dengan Mastika, Mastika jaaaaaaaaaaauh lebih elok di baca dari Mangga tu.
Kenapa nak minta maaf kat Mastika?
Baru-baru ini penerbitan Mastika telah menghantar email untuk menyaman IkanStim.com kerana memburuk-burukkan Mastika di internet. Kami dah bertarung di mahkamah dan tahniah kepada IkanStim.com kerana berjaya memenangi kes tersebut.