Badan anak di potong, Mata Ibu di Korek (U)

9:15 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Ni la akibatnya kalau malas pegi sekolah.

Sumber : utusan.


NAIROBI, Kenya 8 Mei - Beberapa penyerang di Burundi dilaporkan memotong anggota badan seorang kanak-kanak albino berusia lima tahun dan mengorek mata ibunya atas kepercayaan bahagian badan mereka mampu memberikan kekayaan serta kejayaan.

Aktivis hak manusia semalam berkata, beberapa pembunuhan dan serangan yang berlaku baru-baru ini di Tanzania adalah bentuk keganasan jangka panjang terhadap golongan albino Afrika.

Menurut Pertubuhan Palang Merah Kebangsaan, sekurang-kurangnya 10,000 berpindah dan bersembunyi sejak serangan ke atas mereka bermula akhir 2007.

Sejak itu, 57 individu albino dibunuh di Tanzania dan 14 yang lain di Burundi, kata ahli kumpulan hak Under The Same Sun, Vicky Ntetema.

Ujarnya, pembunuhan itu ekoran daripada kepercayaan karut bahawa bahagian badan individu albino boleh memberi kekayaan dan kejayaan kepada seseorang.

“Bahagian badan dikatakan mampu memberikan mereka kuasa ajaib.

“Sesetengah menggunakannya sebagai pengorbanan manusia seperti yang disarankan ahli sihir,” katanya. - AP






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!