Mitos mengenai merdeka ? (U)

9:35 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

copy pasted from here

TOP 10 MYTHS PASAL MERDEKA
by Fahmi Reza

31 Ogos datang lagi! Masa aku buat research untuk filem ’10 Tahun Sebelum Merdeka’ & ‘Revolusi ‘48′ aku jumpa banyak fakta menarik pasal sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Jadi today sempena hari merdeka, aku nak kongsi my top ten favourite myths pasal kemerdekaan 31 Ogos 1957 yang masih banyak bikin kita confuse!

#10. Lagu “Tanggal 31” dicipta oleh Sudirman

image

Sudirman only covered lagu Ahmad C.B. from the 60’s & changed one line from the lyrics. Kalau tak percaya, listen to this!


Crocs Ciplak (U)

7:55 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

dari kosmo.com.my
Patutla berlambak crocs jual kat pasar malam. eh, yg kat convofair UTP tu? ori atau ciplak? mari kita terjah! Nas Ikang Seting melaporkan untuk Melodah


Kakitangan Kinderdijk, Kevin Adit menunjukkan perbezaan ketara antara kasut yang asli (atas) dan tiruan (bawah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kakitangan Kinderdijk, Kevin Adit menunjukkan perbezaan ketara antara kasut yang asli (atas) dan tiruan (bawah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA - Kinderdijk Sdn. Bhd. (Kinderdijk), syarikat pengedar produk bayi dan kanak-kanak serta kasut berjenama Crocs di Malaysia, bimbang dengan penjualan berleluasa kasut tiruan Crocs di pasaran tempatan termasuk di bazar, pasar malam dan Internet.

Pengarah Urusan Kinderdijk, Gwei Tze-Co berkata, ekoran laporan yang telah dikeluarkan akhbar The Washington Post baru-baru ini yang memaklumkan bahawa syarikat Crocs telah muflis ia menyebabkan berita negatif mengenainya disebarkan di seluruh negara.

Kenapa berblog? (U)

7:39 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

Ikan Stim: Sedarkah anda yang dunia informasi di hujung jari ini, kita sebnarnya di jajah oleh Google. Google ni merupakan fenomena dunia yang impak nya lebih kurang macam manusia menjejakkan kaki ke bulan atau satelit India jumpa air kat bulan. bagaimana google boleh dikatakan menjajah kita?


google yang kini berumur 11 tahun. googlle?



mari hayati cerita ini:

Kegagalan yang sejati (U)

8:54 PM / Comments (1) / by Admin

_________________________________


IkanStim : Cha sa soon, seorang pencen berumur 68 tahun telah gagal 775 kali ujian memandu. (beliau gagal kat part theory) beliau mula mengambil ujian teori memandu dari tahun 2005 hingga sekarang dan sehingga tempoh itu, beilau gagal dengan jayannya tanpa gagal. gaaaaaaaaaaaagal saja sepanjang tahun. haha

Cha sa soon

di estimate kan perbelanjaan beliau untuk mengambil exam teori memandu itu adalah sebanyak usd3,000. kurang lebih 9,000 ringgit malaysia. namun, sehingga kini, beliau masih gagal meluluskan diri. untuk lulus, minimum 60%. beliau hanya berjaya skor 30-50% sahaja.


apa-apa pun, kita doakan beliau berjaya satu hari nanti. kental semangat mak cik ni. hebat!









Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

F1, PROTON, NAZA, TUNE, UTM DAN UTP?? (U)

8:51 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________


RM168 juta untuk F1 1Malaysia


MODEL kereta pasukan F1 1Malaysia.


PASUKAN Formula Satu (F1) 1Malaysia (1MF1T) akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan mencecah RM308 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, Proton Holdings Bhd. akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada 1MF1T.

Lesen kerjasama itu termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan perpindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam pasukan F1 negara di pusat tek- nikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.




1MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Tune Group, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.

Tune Group dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T, Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T, Datuk Kamarudin Meranun.


Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail dari 1Malaysia F1 Sdn. Bhd.

Kerajaan tidak memegang sebarang ekuiti dalam projek tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung menerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan.

Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pe- ngetahuan dan teknologi tinggi bagi negara.

Composites Technology Research Malaysia (CTRM), pakar pengeluar bahan komposit utama, juga akan menjadi sebahagian daripada projek itu.

Perancangan sedang berjalan lancar untuk membangunkan pusat teknikal, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Pasukan F1 1Malaysia di kawasan seluas lapan hektar di Litar Antarabangsa Sepang.

Fernandes menyifatkan pasukan itu sebagai suatu pencapaian luar biasa bagi semua rakyat Malaysia.

"Negara-negara lain berusaha keras membida peluang ini tetapi Malaysia menerusi usaha padu dan kekuatan dalam semangat sebenar 1Malaysia, berjaya meraihnya.

"Ini akan menjadi peluang terbaik bagi korporat Malaysia untuk berkongsi impian ini yang akhirnya menjadi satu kenyataan," katanya.

Fernandes berkata, projek itu akan membantu Malaysia menggerakkan rantaian nilai dengan memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi.

"Setelah terlibat dengan dunia F1, kami sangat teruja Malaysia memiliki pasukan F1 sendiri dan faedah besar yang bakal diraih negara dari- padanya," katanya.

Fernandes juga berkata, pasukan itu gembira dapat bekerjasama dengan Proton yang membolehkan kedua-duanya menumpukan kepada perniagaan terasnya dan dalam masa yang sama saling berkongsi fae- dah daripada kerjasama tersebut.

"Saya juga amat gembira bahawa hubungan kami dengan CTRM dan SIC, dengan UTM dan UTP semakin kukuh setiap hari. Ia suatu penghor- matan besar untuk bekerjasama dengan institusi yang memartabatkan semangat wawasan 1Malaysia Perdana Menteri," katanya.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pula berkata, syarikat tersebut amat teruja dan menyokong inisiatif Malaysia itu.

"Menerusi perjanjian pelesenan antara Lotus dan pasukan itu, perkaitan jenama akan memberi faedah kepada Lotus dan juga Proton dan pastinya akan meningkatkan kesedaran jenama global," katanya.


Bagusla tu. terkenal jugak UTP nanti.. bosan dah jawab soalan "UTP tu apa?"

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

RM15,000,000 saya yang pertama (U)

12:36 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

Kalau donald trump kata: ' kalau saya nak start balik berniaga, saya akan start dengan MLM '
Kalau Duncan Bannatyne kata: ' kalau saya nak start beniaga, saya akan start dengan ebay '

anda bagaimana?

saya bagi cadangan lah. baca artikel pendek ni:

Aristotle Onassis (Billionaire Tycoon)



Real Name: Aristotle Onassis
Place of Birth: Karatass, Turkey
Date of Birth: January 15th 1906 – March 15th 1975

(Aristotle can truly be defined as the modern term ‘gigolo’; he successfully gained a reputation for dating women who were his pedal stool to financial success. It all began with his first girlfriend Claudia Muzio, who helped him launch his first cigarette business venture. Once the business was successful, he quickly discarded her in search for his next girlfriend, also his next business venture.

This was standard routine for Aristotle; he would conquer and then seek new territory. However, his hard work and dedication that made him a billionaire came with sacrifices. He concentrated on his businesses 24/7 that he was deprived of spending any time with his two children.)





hahahaha. best kan?





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Berbelanja untuk Raya (U)

11:58 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Helo semua. amacam raya? blog ni punya visitor jatuh merundum gara-gara anda semua balik kampung. semua sibuk ambil gambar, makan rendang, borak dengan saudara-mara... mana sempat nak bukak ikanstim lagi kan?

atau..



1 Syawal (U)

12:23 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Bagaimana raya kalian? seronok? banyak gambar? banyak duit raya? banyak kilo naik? haha

http://farm4.static.flickr.com/3232/2960731758_71ae34eea8.jpg

apa-apa pun. semoga berbahagia di hari mulia. kami dari warga kerja IkanStim ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, MAYA DAN NYATA.





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Akustika Raya Faizal Tahir (U)

12:07 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Sempat tidak kawan-kawan semua menonton rancangan ni?

http://www.gua.com.my/photobank/article/1/9/FF9774B8CDA34D909213CAFCF7BFAAD8.jpg

pukul 5 petang raya pertama. memang superb lah. 4 thumbs up ! dengan ibu jari kaki pun naik sekali. dengan suara lantang faizal, suara nyaring lan, suara bersahaja aizat dan suara noh yg santai, memang rancangan ni super best. kalau di extend 2 jam pun rasanya ok.

kalau dorang ber4 buat collabo album kan, mesti jadi power. sebab dorang pandai buat lagu dan suara sedap-sedap.

tapi kesian kat noh. macam sangat-sangat tenggelam antara mereka berempat. kita semua tau suara dia tak la se power faizal tapi dia macam gagal untuk at least standardize range vokal dia . mungkin style dia begitu kot. kan? nak buat macamana.

dan lagu-lagu yg dipilih tak berapa mengancam. tapi still di bawa dengan penuh style. tahniah kepada 4 artis berbakat besar ini. kalau market kat indon pun ok ni.



Sesi pakai baju melayu. mendendangkan lagu raya dari black dog bone

apa -apa pun, semoga terus sukses kalian berempat! malaysia memang desprate nak ada artis yg berbakat, yet tidak bapok dan berkarisma. yg berlambak sekarang ni, semua budget famous, ada duit sikit nak berlagak tapi nak tune key vokal sendiri pun tak reti.

sekian sahaja laporan dari StimIkan untuk OH STIM! blog sensasi yang lebih worth it dibaca compare to mastika. (hahaha. tagline nak panjang macam taik)



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Lelaki Afrika idaman kalbu (U)

12:01 PM / Comments (1) / by Admin

_________________________________


HATI-HATI apabila anda mencari kenalan di internet kerana ada kemungkinan anda menjadi mangsa tipu lelaki jahat dari Afrika.


KUALA LUMPUR – “Saya langsung tidak tergoda dengan ayat-ayat cinta yang ditaburkan oleh lelaki Afrika itu malah bertambah meluat.

“Namun satu kelemahan saya ialah saya jenis yang susah untuk melukakan hati orang menyebabkan saya mengikut apa yang si lelaki itu mahu.”

Demikian pendedahan mangsa yang mahu dikenali sebagai Sheila yang ditipu warga Afrika membabitkan kerugian RM25,500 baru-baru ini.

Selepas kejadian itu, katanya, baru dia sedar lelaki rakyat Afrika yang baik dengannya beberapa bulan lalu hanya mahu wang daripadanya.

“Selepas kerugian wang yang banyak, saya serik untuk mencari kenalan di Internet,” katanya ketika dihubungi.

Sheila yang masih bujang bercerita, dia mula mengenali rakannya yang dikenali sebagai Ramon pada awal Ogos lalu di sebuah ruang sembang Internet.

“Ramon mendakwa dia ahli korporat dari England dan sepanjang perkenalan Ramon menghargai saya dan kerap mengucapkan kata-kata cinta.

“Saya bukan jenis yang suka kata-kata yang bermadah kerana ia membuat saya meluat tetapi entah kenapa saya seperti kasihan kepadanya dan terus melayannya,” kata Sheila.


HAHA.apakah ini semua? dahla mamat tu mengayat guna internet! pastu sanggup pulak bagi duit. kejaddahnya semua ini?!

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Sempena Aidilfitri (U)

4:32 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Berhati-hati dijalan raya. gambar-gambar di bawah ni, boleh dijadikan pedoman. para pemandu bas sekalian, jangan pentingkan diri.

















innalillah hi wa inna ilai hi ra ji u'n


oh, ada sedikit artikel:

This self tragic accident happen at Miri - Airport Road on 04.06.06 which killed an elderly women while three of her children suffered serious head injuries and they were admitted at the ICU, Miri General Hospital .

It was noted that the woman driver and her passengers were not fastening their safety belts and driving at high speed.

The woman died due to internal injuries and severed a broken neck.

Lesson To Learn...."Fasten Your Safety Belt & Remember Your Beloved

Ones...They Still Needed You...."




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Presiden Israel pengsan (U)

7:13 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________


ROMBONGAN Peres meninggalkan Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv semalam.


BAITULMAQDIS - Presiden Israel, Shimon Peres (gambar kecil) dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Tel Aviv semalam sehari selepas beliau pengsan semasa berada di atas pentas untuk berucap dalam satu majlis.

Bagaimanapun, dia tersedar semula selepas pengsan bagi tempoh yang singkat.

Pemenang anugerah Nobel berusia 86 tahun (WTH?? jadi terrorist pun dapat anugerah nobel ka??) itu pada mulanya enggan dirawat di hospital sebelum dia bersetuju menjalani pemeriksaan ringkas.

Dia kemudian disahkan pulih dengan beberapa ujian perubatan.

Seorang jurucakap Peres, Ayelet Frisch menyalahkan sikap pemimpin Israel itu yang mengatur jadual begitu padat dan mengharungi musim panas sehingga menyebabkannya rebah ketika menjawab soalan daripada orang ramai.

Pengarah Pusat Perubatan Sheba, Dr. Zeev Rotstein memberitahu media Israel bahawa ujian yang dilakukan semalam menunjukkan Peres berada dalam keadaan sihat.

Doktor peribadi presiden itu, Dr. Rafi Valden turut mengakui kenyataan tersebut.

Dia yang merupakan menantu Peres berkata, bapa mertuanya itu berasa lemah kerana berdiri terlalu lama dalam suasana panas.

Presiden itu diketahui tidak mempunyai masalah kesihatan kecuali penyakit tekanan darah tinggi.

Rekod sejarah perubatan Peres didedahkan kepada orang awam dan dia bergerak dengan diiringi seorang anggota paramedik.

Biarpun sudah berusia lanjut, Peres sentiasa sibuk dan suka bergerak pantas.

Dia sepatutnya berehat semalam tetapi merancang untuk berjumpa dengan wakil Amerika Syarikat ke Asia Barat, George Mitchell dalam usaha memperbaharui rundingan damai Israel dengan Palestin. - AP



ikanstim: kenapa tak mati terus?






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Pelaburan emas dikala kemelesetan (U)

6:49 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Selamat sejahtera dan selamat hari raya.

kalau Warren buffet mula melabur stock market umur 15, (kalau aku tak silap lah. betulkan kalau silap)

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/5/51/Warren_Buffett_KU_Visit.jpg
warren buffet


kalau cameron johnson dihadiahkan stock syarikat keretapi time hari natal dari parents beliau,

http://www.insearchofheroes.com/internet-heroes/images/cameron-johnson-hero.jpg
cameron johnson


dan ahmad farid mula melabur dalam emas dan amanah saham ketika 19 tahun (ceh,orang dah jadi jutawan umur 19 tahun),


[151220081109.jpg]
ahmad farid

anda bagaimana? mungkin boleh melabur dalam komoditi, stock market, amanah saham?kurangkan berbelanja, banyakkan simpanan, dan melabur lah dengan cermat. btw, harga emas tengah naik ni. jangan beli . jangan sesekali melabur dalah HYIP atau program-program "GOYANG KAKI DI RUMAH DAN DUIT MASUK HARI-HARI! MELABUR HANYA RM1000 DAN DAPAT RM5000 SETIAP BULAN!!" haha.


1007.10 / oz time aku tulis entri ni




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Gempar! Blog mengaku nabi (U)

9:48 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Ingat lagi ajaran kahar? ni blog kata ada nabi selepas muhammad s.a.w klik

JANGAN LUPA FLAG

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Syukur Malaysia (U)

5:03 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEyONpVttCdnEDeWLZJUsdJoYuVSITn9RMGQkJm1JWOeF1ziLB5VgLU18wTPNzX-pfoM0mAdtnWoeTPpPHK1B4UN4ZwTIf7DwNoDE0tnbcwyaKBpoS65D3JzP8mdFY9i8LIjm6OBFT8E0/s320/PTJ000020177.jpg

Rosmah Mansor ketika merasmikan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Peringkat Negeri Pahang di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang pada 6 Sept lepas. Rosmah Mansor berkata amalan membaca Al-Quran seperti bertadarus perlu dijadikan budaya dalam kehidupan seharian umat Islam dengan meneruskannya di bulan-bulan lain selain Ramadan.


ikanstim: sejuk hati rakyat bila pemimpin dan keluarga pemimpin celik agama dan mempraktikkan agama. pandai baca quran, pakai tudung ..(mungkin dato najib dah tegur suruh pakai yg tutup betul, tapi hidayah itu milik allah. so, xdapat nak buat apa la. nabi noh punya anak bini pun derhaka. apatah lagi manusia biasa. harap-harap isu tudung para isteri dan puteri dalam umno ni bukan isu politik. i mean, kalau pakai tudung betul-betul kang, jadi pas la pulak) thumbs up datin seri! nak tender 2.5 juta sempena raya ni boleh?

aku tak puas hati kenapa student ipts tak dapat amanah saham free. haha. dato najib, nak duit sempena raya jugak!! takkan kakitangan kerajaan saja yg dapat? bagi la student jugak.RM100 pun ok.RM50 pun boleh la. boleh top up untuk reply mesej raya yg belambak. oh yeah!





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Paderi rampas pesawat guna tin minuman? (U)

6:24 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

nasib baik paderi. kalau imam? dah kena masuk guantanamo. bukan mahu mengomen seperti seorang racist. tapi mesti kawan-kawan yg islam dam bukan islam sedar diskriminasi dan betapa islam dikecam dan difitnah dengan pelbagai tohmahan. tolong lah jangan terpengaruh dengan media. sebab itu lah kita perlu berfikir secara kritis dan kritikal supaya tidak mudah menerima info yang pelik dan tidak releven.

tapi kan, tindakan paderi ni agak lawak. haha



PESAWAT Aeromexico dikepung pasukan keselamatan elit selepas mendarat di lapangan terbang Mexico City, Mexico semalam.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang paderi yang menaiki penerbangan Aeromexico Boeing 737 dari Cancun hanya menggunakan tiga tin minuman ringan untuk merampas pesawat tersebut.

Suspek Jose Mar Flores Pereira, 44, (gambar) yang juga penyanyi dan bekas penagih dadah itu bagaimanapun menyerah diri kepada pihak berkuasa semalam.




Kesemua penumpang pesawat yang tidak mengetahui mereka ditawan Pereira selamat dikeluarkan dari pesawat sejurus ia mendarat di sini.

Syarikat penerbangan menghubungi pihak berkuasa selepas menerima ancaman bom dalam pesawat, kata Aeromexico dalam satu kenyataan.

"Ia bukan bom. Ia hanya Jumex (jus buah-buahan) yang saya isi pasir dan mentol," kata Pereira kepada sekumpulan wartawan sambil tersenyum.

Sejumlah laporan media terdahulu mendakwa pesawat yang membawa 104 penumpang dan anak kapal itu dirampas oleh sekumpulan penjenayah tetapi dinafikan Setiausaha Pengangkutan, Juan Francisco Molinar Horcasitas.

Pereira yang merupakan warga Bolivia memberitahu bahawa tindakan nekadnya merampas pesawat itu adalah kerana tarikh 9 September 2009 atau 09.09.09 kebetulan sama dengan angka syaitan 06.06.06 apabila ditulis terbalik.

Suspek menuntut mahu bercakap dengan Presiden Felipe Calderon menyebabkan pemimpin Mexico itu membatalkan mesyuarat untuk bergegas pergi ke lapangan terbang.

Pihak berkuasa berjaya menangkap Pereira selepas sejam pesawat itu mendarat namun lima penumpang lain turut ditahan kerana disyaki mungkin membantu lelaki itu.

"Kami hanya menyedari pesawat dirampas sebaik mendarat dan dimaklumkan oleh seorang krew menerusi suara siar raya," kata seorang penumpang tempatan, Rodrigo Padilla.

"Segala-galanya begitu sunyi ketika mendarat, tiada senjata kelihatan, tiada tembakan dilepaskan dan perampas itu juga gagal memasuki kokpit pesawat," katanya lagi. - Agensi







Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Facebook dan Zionis (U)

10:31 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

thanx to ohtidak.com harap2 admin tak bising aku ambil artikel ni.klik to enlarge






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

List web Malaysia yang di Hack penggodam indon (U)

12:15 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

Beberapa domain malaysia yang kena hack ;

http://www.zulrafique.com.my/index.htm
http://bigtree.com.my/index.html
http://bigtreeoutdoor.com/index.html
http://buburesort.com.my/index.htm
http://cme.com.my/index.htm
http://curveal.com/index.htm
http://fncc.com.my/index.html
http://hcm.com.my/index.html
http://hopetech.com.my/index.htm
http://insight-mp.com/index.htm
http://kykobiz.com/index.htm
http://newlife.com.my/index.html
http://sems-intl.com/index.htm
http://shearndelamore.com.my/index.html
http://sisb.com.my/index.html
http://taxmaster.com.my/index.htm
http://ventures.com.my/index.htm
http://websms2u.com/index.htm

apa agaknya motif dorang hack web-web tu?
tak paham

SUMBER : KLIK





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Indonesia bunuh warga malaysia (U)

12:04 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

part yg aku kuningkan tu sangat lawak. dulu time amerika nak serang iraq, berduyun bomoh nak santau pak bush. tapi? tepuk dada tanya iman la pak bomoh oi

Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

- BERNAMA



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Kahak hijau lemak berlendir lazat (U)

4:08 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

dipetik dari kosmo. untuk penjelasan lanjut, boleh tanya kan apda Dr Abu. (ya, abu ubaidah. dia dah ada blog. pegila singgah)

Berdehem dengan kuat bukan cara yang selamat untuk mengeluarkan kahak.




SERINGKALI sesetengah orang berdehem pada awal pagi untuk membuang lendir kahak yang seolah-olah melekat di dinding tekak mereka.

Berdehem serta batuk yang kuat itu pula kadangkala mengganggu orang lain terutama jika ia dilakukan di tempat awam.

Menyentuh mengenai lendir kahak, persepsi masyarakat yang mengaitkannya dengan resdung tidak dapat dielakkan walaupun kedua-duanya tiada kaitan.

“Tiada istilah tentang resdung dalam dunia perubatan. Malah kebanyakan individu mengaitkan resdung dengan cara yang salah,” ujar Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim.

Menurut beliau, tekak berkahak merupakan keadaan di mana belakang tekak membengkak dan ini membuatkan penghidapnya berasa tidak selesa.

“Tekak kadangkala hanya mengalami sedikit bengkak atau keradangan namun tiada lendir. Ketidakselesaan ini membuatkan otak mengatakan terdapatnya lendir.

“Oleh kerana otak menganggap ada lendir di situ, aktiviti berdehem atau batuk secara kuat dengan tujuan mengeluarkan lendir tersebut selalu menyebabkan tekak berdarah,” ujarnya sambil menunjukkan keratan rentas model anatomi bahagian tekak.


RONGGA hidung yang bermasalah boleh menjadi punca kepada pencetusan kahak ekstrem.


Menjelaskan dengan lebih lanjut, menurut Aminuddin, secara amnya, penyakit berkaitan kahak terbahagi kepada dua jenis iaitu kahak berunsur alahan dan kahak disebabkan jangkitan kuman daripada sinus.

“Jerebu, habuk serta alahan menjadi penyebab kehadiran kahak yang lazim bagi penduduk di negara bercuaca panas seperti Malaysia.

“Justeru, kahak jenis ini akan timbul apabila seseorang itu terdedah secara langsung atau tidak kepada alahan ini dan pulih dalam masa yang singkat,” katanya.

Bagi sinus akut, ia terjadi apabila terdapat bakteria pada lendir kahak dan jika dibiarkan akan menyebabkan kahak tersebut berbau. Warnanya juga berubah menjadi hijau atau kuning.

Membuka rongga hidung

Namun, jelas Aminuddin, keadaan hidung pesakit yang abnormal turut menyumbang kepada berlakunya kahak ekstrem.

“Terdapat individu yang mempunyai hidung sempit atau abnormaliti pada anatomi hidung dan sinus serta tekaknya. Justeru, kewujudan kahak adalah normal,” terang beliau.


AMINUDDIN SAIM





Aminuddin menjelaskan, pengambilan antibiotik merupakan cara terbaik dalam merawat kahak daripada jenis sinus akut.

Malah 70 peratus daripada pesakit yang menderita kahak ekstrem sembuh dengan pengambilan antiobitik secara teratur.

“Pembedahan membuka rongga hidung yang mempunyai nanah selepas menjalani imbasan CT merupakan kaedah terakhir dalam merawat penyakit ini,” tegas Aminuddin.

Tambahnya, selain daripada pemberian antibiotik, pesakit juga boleh dirawat dengan menggunakan penyembur khas bagi membuka rongga hidung dan sinus.

Bagi kahak berkaitan alahan, Aminuddin berkata, tiada satu kaedah khusus bagi merawat kahak jenis ini.

“Apa yang penting, pesakit perlu tahu masalah alahan mereka serta mengelakkan daripada terdedah kepada alahan tersebut. Tambahan sekarang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, mengelakkan diri daripada jerebu serta habuk amat penting,” katanya.

Dalam pada itu, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada mendapat kahak ekstrem sekiranya mereka mempunyai sejarah penyakit asma, ekzema serta alahan.

“Namun, yang baiknya, kanak-kanak memberi tindak balas yang amat memberangsangkan terhadap antibiotik dan merupakan kaedah rawatan terbaik bagi mereka,” kata Aminuddin.










Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Shah Rukh Khan tak puasa (U)

5:36 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Ini pun boleh jadi berita ka?

Photobucket

MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.

Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam “untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan.”

Bagaimanapun, tuntutan profesionalnya menjadikannya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh itu.

Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang. – Agensi / Berita Harian








Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

10 tips menjadi pasangan yang lebih baik (U)

5:20 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

selamat mencuba!

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0817/Kosmo/Negara/ne_05.1.jpg

1)Terima seadanya: Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri. Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

- tapi kalau boleh dibuat serba sedikit penambahbaikkan, apa salahnya kan?

2)Berkomunikasi secara terbuka: Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

-haaaa.. jangan berdiam diri. bawak berbincang. luahkan permasalahan.

3)Aktiviti bersama: Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

-ni kalau dah kawin pun tak nak berkepit dengan pasangan, memang tak tau nak kata la. gunalah title suami isteri untuk date sakan. haha

4)Tunjukkan cinta anda: Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata 'sudah kahwin untuk apa romantik lagi'. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

-boleh explain lebih apa itu romantis ?

5)Kawal perasaan: Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

-sabar dan bermaafan itu perlu

6Jangan ungkit kisah lalu: Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

-setuju-setuju

7)Kurangkan rasa cemburu: Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

-malas dah nak ulas.

8)Jaga komitmen antara satu sama lain: Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9)Jujur: Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10)Beri layanan terbaik sepanjang hidup: Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.


- JULIA ISMAIL untuk KOSMO!







Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Terlupa baca Niat (U)

4:21 PM / Comments (9) / by Admin

_________________________________


Pegawai JAWI mengambil keterangan dua lelaki (duduk) yang didapati makan di khalayak ramai dalam operasi semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan tiga sekawan yang ponteng puasa dengan memakan nasi lemak di kawasan terbuka dalam gerai berhampiran Kompleks Wilayah di sini semalam akhirnya memalukan diri sendiri.

Semuanya bermula apabila mereka tengah asyik menikmati sarapan sebelum dihampiri beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada kira-kira pukul 11 pagi.


Perbuatan tiga sekawan ini ponteng puasa terbongkar dengan seorang daripada mereka (kanan) sempat melarikan diri dalam operasi JAWI di Kuala Lumpur semalam.


Dalam keadaan terkejut, seorang daripada mereka bertindak meninggalkan dua rakannya itu dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah kesibukan orang ramai.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor berkata, dua lagi lelaki itu berjaya ditangkap dan mereka adalah antara 15 umat Islam termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan sempena Ramadan.

"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujarnya pada sidang media selepas mengetuai operasi selama enam jam semalam.




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!