nasi ganja ipoh | nasi kandar ayam merah | nasi marijuana

7:02 PM / Comments (8) / by Admin

_________________________________


sirap dan nasi ganja= 4.90+1.00 ( penulis ikanstim-sebelah kanan- bersama kwn2)

sempena cuti cny ni, aku dan beberapa kwan2 utp mengambil keputusan utk berjalan2 pusing ipoh dan pegi semua tmpat yg org selalau pegi tp kami blum pegi.
haha

antara tempat itu ialah NASI GANJA . ya benar. tempat tu menghidangkan ganja sebagai lauk utk dimakan dengan nasi.sedap kn? strategi yg baik pulak tu. klau dah ketagih, mesti org dtg blk kn?

nasi ganja ni sebenarnya nasi kandar ayam merah. tapi org terlampau suka sampai ketagih. jadi dia digelar nasi ganja. hebatkn?

bagi aku, dari taste bud lidah aku ni, xpun menyebabkan ketagihan. tapi sedap mmg la sedap. ayam nya crispy, kuahnya mantap dan yg paling special ialah tempat nasi ganja ni. dia berkongsi dengan restoren cina!


credit to akmal (nila kedai cina tu.)

jual nasi kandar tu india muslim, owner kedai org cina. hebat kan integriti kaum di malaysia ni?haha.nasi ganja tu dijual dlm kedai cina tu. cina jual air. mamak jual nasi kandar

melayu makan jela kerjanya.

sedang aku mencari2 gambar kedai nasi ganja ni kat internet, aku dpt tahu yg nasi ganja ni dah buka cwangan dekat greentown mall. so, klau nk try, xpyh berhimpit dlm kedai cina yg vintage and kecik tu. boleh la trus ke greentown


nasi ganja dekat greentown -credit to akmal

btw, klau ada sesiapa nk ke ipoh dan perlukan tour guide, hubungi la aku . tour utk sehari, rm250 shj. hehe

KERORO GUNSO (keroro dan kururu)

11:53 PM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

RM46 dihabiskan utk katak dua ekor ni

katak kaler kuning ini namanya KURURU. kukuku..

katak hijau merangkap sarjan. KERORO GUNSO. berdiri megah sebelah 
bola tennis

oh yeah! aku sungguh OTAKU. sumimasen. 
nk kumpul rm200  utk beli satu set. 5 ekor katak keroro gunso.ingin menderma?





Bloggers Gathering! wahhhh. cant wait!

11:38 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Jom hang out ramai-ramai utpians!ada khai tuuuu.

pernah tengok kelapa bertunang?

8:09 PM / Comments (6) / by Admin

_________________________________

selamat bertunang akak
haha

bila giliran aku ni? bennnnnnn!! oo ben
lala~

MEET UNCLE HUSSEIN MENANG AJL!

12:14 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

TAHNIAH!!

ikanstim tidak di update utk sementara waktu sebab tenet utp mcm siput
harap maklum

Sam bunkface duta pizza? | oh, ini gosip palsu saja. | sam bunkface yg ramai peminat

7:53 PM / Comments (9) / by Admin

_________________________________

http://i55.photobucket.com/albums/g149/elyanniz/segi3.jpg
credit to cac

bunkface yg aku kenali time blast off dlu kini menjadi artis yg dikenali ramai. bila agaknya mereka akan di list kn dalam anugerah juara lagu?

dulu-dulu, aku minat tgk dorg sebab dorg bwk lagu punk time blast off hitz tv. mmg cool hbs la.dgn time tu lagi aku smgt dgn punk rock punya genre. tapi ramai jgk yg hina dorg. kononnya muzik arrangement xterer. uhm, xtau nak kata lah. ( sbb aku xpandai sgt bab2 muzik ni)

sefemes femes bunkface ni, sam jgk yg plg femes. dah ada rupa.nk buat mcmna..

p/s- siapa rasa dia patut jadi model atau duta produk?klik setuju kat bawah ni

p/s/s- oit hadi, harap-harap berhasil. hehe

Tentang Blog ikanstim

10:19 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________



hal semasa
: aku menulis ttg palestin, gemilang mirza, calvary convention center dan byk lg. boleh rujuk entri terdahulu

Agama: aku menulis tentang hudud, pandangan alam islam dan boleh rujuk entri yg terdahulu

peribadi: aku menulis tentang gigi geraham bongsu, ttg bilik aku, ttg apa yg aku lihat

penulisan picisan: aku menulis tentang artis kadang-kadang, benda-benda remeh dan upload gambar-gambar xbermanfaat

so sesiapa yg berminat utk condemn blog ini, sebelum berbuat demikian, sila rujuk apa yg terkandung dalam blog ini terlebih dahulu. jangan pandai-pandai label ini blog so called informative atau apa-apa lah. blog ni tidak fokus pada satu topik shj.

chat box di tutup sebab telampau ramai ingin menjadi farid sehingga malu utk menaip nama mereka sendiri.(mungkin jgk peminat) oleh kerana benda ni boleh mengundang fitnah, chat box di tutup. hanya email dan komen sahaja akan dilayan.

post bulletin @ friendster
dalam post bulletin di fs, tidak ada sebarang terms & condition yg perlu di patuhi sebelum membuat post. jadi, tidak salah utk para blogger mempromosi blog mereka di situ kerana tidak melanggar sebarang etika penulisan/publishing.

mengenai tajuk bulletin yg mengghairahkan
utk traffic yg lebih tinggi. tp tidak menipu pun. kenapa? kau marah aku tulis "ada gambar fasha sanda buat sex di dalam!" tp bila kau bukak, yg ada hanya promosi menderma utk palestin.
kalau aku tulis derma utk palestin rm10. mana la ada org nak bukak. yg baca entri pasal derma sebelum ni pun , dalam 100 yg baca sorang saja yg menderma . fyi, aku tidak pernah post buletin yg tajuk nya tidak berkaitan dengan entri.

cadangan dan bantahan;

comment atau email ke eighteen7artwork@gmail.com

Gambar mawi ekin | tak lucah pun | ekin bertandang ke rumah mawi | bacaan dewasa dan kanak-kanak

7:24 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________




credit kepada ohbulan.com

kenapa aku publish crita pasal mawi? sebab dia kayaaaaaa.
artis lain xda org kisah. mawi botak, kaya, femes. ish2

p/s- adakah itu ekin? mcm org lain ja.

(sesiapa yg baca blog ni thru friendster, mmg btul la apa org kata, two things human hard to resist: money and sex)



Betapa pentingnya isu semasa dalam blog | gemilang mirza diserbu | skim ponzi | pelaburan cepat kaya

8:42 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________



mesti ada yg hairan kenapa aku post pasal gemilang mirza sebelum ni kan? (rujuk entri 2hari lepas)

sbb, benda tu hal semasa
orang akan cari
klau kita letak isu semasa, kta dpt traffic free
oh yeah

aku blk perak jumaat ni

Growball cinema | GSC | in my room

7:27 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

what will happen if i dont want to spend my money on cinema ticket?


my infected laptop with the lcd projector


epson emp730 lcd projector. government's (who cares. im a citizen under this government)


old school altec lansing. but still, it rawwr like the one in the cinema


a worth 2days waiting. downloaded transporter3 from ares. r5! its crystal clear dvd rip. but i watched twilight lastnight with my old sister instead. yaya dia memang tua.haha.ayuz's twilight dvd.



oh yeah! so illegal.so free.so economic.i like it.

Gemilang Mirza | Bank negara malaysia | skim cepat kaya | serbu bank negara | sabah

10:18 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Bank Negara Serbu Pejabat Gemilang Mirza

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat serbuan terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd hari ini kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Gemilang Mirza dibuat di premis syarikat di Papar, Sabah berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai," kata bank pusat.

"Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan," kata bank pusat.

BNM berkata serbuan itu dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Seksyen 25(1) of BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk mendapat, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Jika didapati bersalah, pengendali skim akan dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya sekali di bawah BAFIA.

Mana-mana individu atau syarikat yagn melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

BNM menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui Internet, telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh BNM untuk menerima deposit atau berurusan dalam urus niaga mata wang asing bagi mengelakkan kehilangan wang mereka.

Senarai semua insitusi berlesen yang dibenarkan menerima deposit terdapat di laman web BNM di www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA

What is your internet connection for?

3:30 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

salam and peace be upon u

what do u do with ur internet connection? u even bought a broadband to get into the net

well maybe u need to

  1. check ur mail
  2. do some research for ur assignments
  3. update ur blog
  4. upload ur pics so ur boyfriend or girlfriend can know what u up to recently
  5. read the news
  6. watch porns?
  7. do some online shopping
  8. pay ur bills

none of the above generating money for you. u even need to pay to do those things. ur internet bills, ur broadband, ur gas ( if u need to drive to a cafe to get a wifi ) ur beverages bill ( bcoz u buy a cup of coffee to be in the cafe with the free wifi)

so, make some money on the net. advertising or do servays.

u want to socialize , do servays and generate money? join youthsay.com!


klik me and register!strictly for malaysian only

or u want to blog and make money: join nuffnang or adsense or somtehing like that lah

read: azreens blog

Mengiklan di ikanstim (U)

10:03 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Why should I buy ads space from IkanStim.com?

Portfolio:

One of IkanStim's biggest client is TM Net (Telekom Malaysia Berhad). Promoting *********** campaign for a month. Providing infos and promoting EveryoneConnects events to each visitors of IkanStim.com. If TM chose IkanStim.com, why don't you?


Constant traffic and reputation.

traffic

IkanStim.com will strive to 1000 visitor per month starting the end of November 2009. So don't miss the chance to buy the ads space NOW. You'll get higher exposure with lower price. Do you think the price is still the same when IkanStim.com visitor reached 1k?

Buy it now!


Package 1 (Highest impression)

Appear in every posts
Banner style
Size 468px x 60px
RM15 / month, RM28 / two months
Sample:




Package 2


Gambar + Nama bahagian atas sebelah kanan
Size: 120px × 134px
RM10 /month , RM18 / two months
Sample:

http://farm4.static.flickr.com/3442/3918943851_0220a731ac_m.jpg


Package 3 (The cheapest one)

Links at the right side of IkanStim.com
Link + Caption
RM5 per link / 1 month



Contact via email: eighteen7artwork@gmail.com
..........................................

Objective

IkanStim main purpose is to provide the cheapest ads space to be rented by any new bloggers, small businesses and companies. (Priorities is for new bloggers and small businesses) For those who followed IkanStim.com, you may get free additional days for any packages you choose.

TeeBank Teaser | anda ingin menjadi lebih cool?

9:14 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________


(click pic for larger image)


Ingin menjadi ahli TeeBank?

Anda register menjadi ahli dengan membayar RM150. dengan keahlian anda sbg ahli TeeBank, anda akan didfaftar sbg ahli seumur hidup THE Ka-Ching Club! dan anda juga akan layak utk mendapat :

1) bonus setiap kali menjemput rakan anda menjadi ahli TeeBank
2) Diskaun 15% bagi setiap produk syarikat yg terlibat dalam TeeBank ( antara syarikat yg terlibat ialah setabak, sikret resepi, mekdonald, ROXI, Quiksilber. )
3) Pas exclusive setiap event-event Ka-Ching club!
4) 4 helai baju Quiksiber bernilai RM30 secara PERCUMA!


Bonus-bonus yg ada:



Berniaga ketika bergembira! anda jgk layak utk digelar usahawan apabila anda medaftar sbg ahli!


FAQ

adakah ini satu sistem MLM?
-ini hanyalah membership program. sesiapa yg mendaftar akan mendapat previllage sbg ahli-lah. antara keistimewaan nya ialah seperti yg tertera dia ataas

adakah ini satu scam?
-kepala hotak kau. kan aku dah mention kat atas tu, ini tidak lebih hanya membership program!

bolehkah saya menjana duit sbg ahli TeeBank / The Ka-Ching Club?
-BOLEH! sistem bonus yg diperkenalkan adalah utk membantu ahli berniaga sambil mendapatkan keistimewaan2 yg lain

bolehkah org lain menggunakan keahlian kawannya utk dapat diskaun apabila membeli dgn syarikat yg terlibat dengan TeeBank?
-TIDAK. satu kad ahli hanya layak utk digunakan seorang

apakah motif utama TeeBank diwujudkan?
-Business dan sosial.

Friendster sebagai innit kedua | Blogger yang amatur

9:34 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________


Mari cuti traffic dari friendster dan jugak blog-blog terkenal.

salam,

sejak beberapa hari ini, mesti ada yg perasan dekat fs ada saja buletin yg mempromo blog ikan stim. kalau x tajuknya yg menyetim kan org, mesti ada perkataan stim.

kenapa?

sebab manusia mudah tertarik kalau buletin tu ada unsur-unsur erotika. kan?

mari aku bantu mendapat kan xtra 100++ traffic melalui fs (utk blogger xfemes dan bosan seperti aku)

post kan buletin di friendster pada waktu-waktu berikut

weekdays
-11 or 12 am ( time nak dekat-dekat ofis hour / remaja baru bangun)
-7.30 or 8 pm (budak-budak sekolah baru boleh online )

nescaya lebih ramai yg masuk ke blog anda. cuma dua kali sehari promosi sudah memadai . (ceh, seratus org je pun nak bising. blog JUSTKHAI sampai ribu-ribu org masuk)

weekendsa
-7.30 or 8 pm ( kalau siang, orang xduduk kat rumah )

dan

kalau nak traffic dari blog yg femes, tinggalkan komen yg berkesan, menimbulkan pertanyaan, atau berbentuk provokasi

ps- semua ni hanya berdasarkan pemerhatian dari seorang amatur. sekian.

Bedah mulut? | Baca entri ni kalau kamu syg gigi kamu (part ii)

10:00 AM / Comments (4) / by Admin

_________________________________

salam
ada yg baca entri aku sebelum ni? pasal gigi tu
aku baru pulang dari jumpa doktor utk xray dan pemeriksaan lanjut

ni sedikit rentetan peristiwa aku pegi buat xray

6.00 pagi
-bangun pagi, pastu p toilet amek wuduk, semayang subuh gajah (dah pukul 6 kan..lewat dah tuu). start enjin kereta, blur2 kejap.

6.18 pagi
-ambil jaket, pakai topi, tunggu kazen turun , pastu hantar dia ke ofis beliau di JPJ

7.11 pagi
-tiba di klinik kesihatan LUYONG . dimana specialist gigi boleh didapati dengan harga murah. (klinik kerajaan.. standarad la kn?)
-ambil number, tunggu giliran. terjumpa bari. pengasas BORNEON POP. perna dengar? xpernah dengar, cari kat friendster. dia pun mau jumpa doktor gigi.wakaka


aish..lama lagi.

7.24 pagi
-nombor dipanggil, bagi details semua, pastu jumpa la doctor..



apa sebenarnya yg berlaku dalam mulut aku ni??

Hasil pemeriksaan xray menunjukkan gigi gerahm bongsu aku tumbuh dengan sengetnya dalam gusi. time aku tunggu giliran utk di xray, aku duduk sebelah seorang wanita seksi yg memakai skirt pendek. malangnya, beliau berbau dan berBULU KAKI!. nak muntah pun ada tadi.

panik sungguh rasanya time tunggu result xray. kalau gigi tu tumbuh lurus, aku boleh biar saja tanpa pembedahan. rupa rupanya..


nampak x?gigi geraham bongsu aku dah terkena gigi geraham kedua. konfirm2 kena bedah. minor surgical procedure menurut doktor

apa apa pun, doktor kata, kita tunggu dulu. xpyh kelam kabut bedah memandangkan gigi aku xsakit. kalau xbedah, dia kata nak trim gigi geraham kat atas supaya ada ruang utk gigi di bawah. tapi aku rasa, lambat laun, kena bedah jgk ni..bagai telur di hujung tanduk. waaaaa. kalau nk cabut aku xkisah. ni nak potong gusi, cari gigi bongsu tu, pastu nak buang lagi tulang2 di sekeliling gigi tu. tidaaaaaaakkk!

doktor menyimpulkan kita KIV dulu gigi bongsu awak ni. kalau sakit tak tertahan, baru kita bedah. dia kata mungkin ambil masa setahun dua jgk utk menyebabkan rasa sakit tu. so, harap2 lambat lagi lah kan?

sebelum balik,aku diminta membayar servis cek dan xray sebanyak 200ringgit.
rm2 saja.. klinik kerajaan kan. hidup najib mongolia!


klinik kerajaan: RM2 utk xray. klinik swasta? RM500


so, ini saja yg dapat aku kongsikan pasal gigi bongsu nih. benda ni normal terjadi utk remaja dan youth. so, jgn lupa cek gigi! sedar xsedar, gigi bongsu kamu dah ada infection dalam gusi. laaaaaaaaagi teruk kena bedah nanti.

ok lah, lapar pulak perut nih..makan dulu!

brunch utk pagi ini. sempat lagi aku goreng2. haha




Bedah mulut? | Baca entri ni kalau kamu syg gigi kamu

5:40 PM / Comments (8) / by Admin

_________________________________

salam,

ni entri personal sikit.
aku tulis entri ni utk sesiapa yg jarang-jarang jumpa dentist dan sesiapa yg nak tau update pasal penulis ikan stim.

btw, trima kasih sebab buat servay di entri sebelum ni. bila program ni dah launch, aku hebah kan ok.

n malam ni, ambil quran, baca surah al fath. surah kemenangan.
doa kan supaya pejuang palestin menang lawan rejim zionis. kita harap fadhilat dari surah tu utk memudahkan doa kita termakbul.

ok, kita teruskan cerita,

7 januari 09

rancangan utk hari ini ialah, macam biasa;

  1. bangun subuh
  2. antar kazen pegi kerja kat JPJ
  3. kejut perempuan bukan muhrim paling aku syg
  4. urus-urus insuran
  5. masukkan duit kat maybank abang aku yg kat rusia
  6. jumpa nasriq bagi baju
  7. jumpa ozie bagi baju
  8. jumpa dentist sebab gigi geraham aku sakit bila mengunyah!
seperti kebanyakan dentist and nurse yg pernah cek gigi aku, aku dikenali sebagai seorang yg tidak mempunyai masalah gigi AT ALL. ya, at all. tidak ada lobang, tidak ada tampalan. sejak aku sekolah menengah, gigi aku alhamdulillah dah xda masalah walaupun pernah xberus gigi selma seminggu dan tak berus gigi sebelum tdur

mahu tahu rahsia nya?

korang daftar dulu youthsay.com ni. (klik banner and reg)



lps korang daftar, baru aku bgtau rahsia nya. hehe

apa yg aku nk cerita ni , bukan pasal aku urus-urus insuran macam yg aku selalu cerita di blog bisnesharian, tapi nk cerita pasal aku jumpa dentist tu. mesti korang rasa pelik kn? kononnya aku ni xda masalah gigi LANGSUNG, tapi jmpa jgk dentist.

ikuti dialog ini:

aku tiba di KLINIK PERGIGIAN KOTA KINABALU..

doc: selamat pagi adik!
aku: selamat pagi doktorrr
doc: u dari kampung..erm.. ( sambil baca details aku yg aku tulis kat kaunter time baru sampai td ) kampung ketiau!
aku: ha.. ya.


aku duduk atas kerusi utk cek gigi tu.. lalu doktor tu pun dtg mendekati aku utk periksa gigi, bila dia mula memandang aku, tiba-tiba..


doc: wah, kamu handsome!


err?aku xtau nak react macamana. tapi mmg dlm otak,be humble be humble! (padahal, dalam hati kembang kempis bukan main.hahaha)


aku: hehe, itu la saya mau cek gigi doktor
doc: (sambil tersenyum) u sekolah atau kerja suda?
aku: oh, saya study. U
doc: ums?
aku: utp (dengan bangga nya)
doc: woooohh! utp! itu kolej banyak bagus! (dengan slang india + sabahan) cantik itu campus. saya pernah pegi tengok dlu. anak saya dapat itu anugerah terbaik(gold award dari dekan) dulu di sana
doc: kamu berapa A time spm dlu? 8a?
aku: (part ni aku xsuka nih) err, x, dapat 5a ja
doc: oooo ( masih lagi excited) ambil kos apa?mechy?civil?
aku: ooo tidak la. saya ambil info system saja. sebab 5a spm kan.. susah ckit mau apply engine pnya kos
doc: ooo, bagus2. ok, mana yg sakit ni?
aku: gigi geraham saya sakit bila saya kunyah makanan..

seperti biasa, ambil cermin, bla bla bla bla
dia bg aku cermin jgk utk aku tgk apa yg dia tgk. bgus doktor ni, dia share knowledge2 dia kat pesakit beliau

doc: erm.. dengan muka sirius (aku dah takut dah) gigi kamu cantik. tapi, gigi geraham bongsu kamu maw tumbuh.
aku: eh?so, normal la kn?
doc: gigi itu tidak ada tempat utk tembuh, gusi kamu dah penuh dengan gigi. and dekat geraham kamu, yg dekat2 dengan tempat gigi bongsu nk tumbuh tu, dah ada lubang. utk gigi tu tumbuh. kat lubang tu dah ada infection.

wth?? aku laaaaagi la takut. dah 6tahun gigi aku xpernah diusik (melainkan dicek sahaja) , tiba2 ada infection??

aku: adui, jadi kira saya ni malang la doc?
doc: kamu ni one in a million. gigi saya pun berlubang (dah ditampal) , gigi2 nurse2 ni pun berlubang. tp gigi kamu xda masalah lgsung. cuma gigi bongsu tu, dia tidak patut ada. tidak patut tumbuh pun. manusia tidak perlu gigi bongsu tu utk mengunyah. blablabla


ok,cukupla aku melalut dan berlagak dgn pujian doktor tu kan. korang tau x yg aku perlu bedah mulut aku ni utk mengeluarkan gigi geraham yg nk tumbuh tu?!



ini yg tengah berlaku dlm mulut aku. nampak x gigi geram yg ke3 tu senget-senget? sebab dia xda ruang utk tumbuh. padanla sakit semacam time makan..

http://www.bupa.co.uk/business/images/dental/img_impacted_wisdom.jpg
korang nk tau kenapa gigi tu tumbuh senget? and doktor suruh cabut? (kes gigi aku ni, gigi tu xvisible lagi.masih dlm gusi. dia suruh bedah gusi, cabut gigi dlm gusi tu.gila kn?) gigi tu senget, sebab dah xda ruang utk tumbuh . doktor suruh cabut sebab dia akan berlanggar dgn geraham yg lain kalau dia tumbuh senget!

benda ni biasanya berlaku kepada young adults and teenagers.

FAQ

1) kenapa gusi kita tidak punya ruang utk gigi geraham ke3?
-Oleh kerana faktor evolusi dan cara pemakanan, rahang manusia semakin mengecil. so, ruang utk gigi geraham yg sepatutnya ada 3, tinggal 2 shj.

2) dimana utk tahu lebih lanjut mengenai benda ni?saya risau lah!
-klik atau type saja di search engine : wisdom teeth

3) kenapa sikit sangat FAQ ni??
-sebab aku pun xtau sangat pasal gigi geraham bongsu niii! baru nk baca. lgpun aku tulis entri ni time maghrib. aku belum semayang lagiii.nanti aku tambah lg kalau dah baca.


esok aku jumpa specialist utk xray dan tindakan lanjut. sesiapa yg tahu pasal ni , kongsi2 la di ruangan komen ya.

Melayari friendster / myspace /facebook dan dpt duit mcm nuffnang?

9:30 AM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

siapa setuju kalau dibangunkan program dimana korang cuma perlu letalk banner kat profile fs,ms or fb anda, pstu stiap kali viewer klik banner tu, korg dpt duit?

http://www.observatoiredesmedias.com/imagesarticles/facebook-logo.jpghttp://www.cwrblog.net/wp-content/uploads/2007/11/Friendster-logo.jpghttp://chatcake.com/myspace/image/myspace-logo.jpg

pastu, bila dah sampai minimum amount, duit akan di masukkan dalam akaun bank anda.

kalau setuju, klik butang setuju (maknanya korang nk join la program ni) di bawah ni. yg sebaris dgn informative bla bla.

btw, nuffnang tu ialah, syarikat pengiklanan. mcm header ikanstim ni, kat ats header tu ada iklan kn? n kat bwh entri ni ada kotak iklan kn?
ha, itu iklan nuffnang. jadi kita nk buat iklan kat profile fs ms or fb korang. baru berbaloi sikit klau surfing tu kn?

kalau suka idea ni, klik setuju. nk buat servay

Kesimpulan Dr Chandra Muzaffar mengenai isu Gaza Palestin di MHI TV3

8:23 AM / Comments (4) / by Admin

_________________________________

salam,

bagi sesiapa yg terlepas talk mengenai gaza di MHI TV3 pagi tadi, disini aku kongsikan kesimpulan yg dibuat oleh Dr Chandra Muzaffar tentang isu ini.



http://www.zubedy.com/images/chandra.jpg
DR CHANDRA MUZAFFAR



1) Boikot barang USA dan ISRAEL

dah lama rasanya aku xboikot barang USA. dulu time form 2 aku semangat boikot mcd dan coca cola, tp skg ni jadi mcd addict pulak. tp memandangkan dr chandra dah mention benda ni berkesan, dan dunia arab ( bukan pemimpin,tapi rakyat biasa di negara arab mcm kita) telah berjaya menjatuhkan sales produk-produk USA. fyi, kita boikot produk USA ni, kita tidak menutup peluang pekerjaan ok?

sales dorang ni dilakukan global, diorang xkan bankrupt. kita cuma nak bagitau USA, kami benci apa yg kau buat selama ni!

mungkin ada produk USA ni kita guna setiap hari, kalau dah guna tiap hari, susah la kita nk ban kan?so,kita ban mana-mana yg kita jarang-jarang guna. (paling mudah mcd,kfc coca cola )

http://www.boycottbush.org/TankWithLogos.jpg

2) Isu Palestin merupakan isu kemanusiaan, bukan isu agama islam

kita kena sedar yg apa yg berlaku di palestin merupakan isu kemanusiaan dimana manusia dibunuh sesuka hati, rumah di rampas dan tanah di tarah. kamu tahu kah yg HAMAS, kerajaan yg memimpin Palestin sekarang, di pilih oleh rakyat palestin dari pelbagai latar agama. zionis bunuh islam,kristian. ini bukan isu agama! ini isu kemanusiaan! sedangkan yahudi sendiri menentang tindakan zionis, apatah lg kita yg jelas dan nyata bukan seorang yahudi?




3) Sebarkan

kita ada blog, kita ada friendster,facebook,myspace. kita sebarkan maklumat-maklumat tentang penindasan palestin ni.

andai kata kita kata, yahudi kesian, dorang kena sembelih dulu -dulu time holocaust.. kamu tahu berapa ramai orang palestin mati dalam penyembelihan sharba shartila? jenin? apa ada dalam air rakyat palestin? zionis buat lebih teruk dari apa yg dorang kena dulu. usa kesian sebab wtc ramai org mati? masih xdpt lawan jumlah kematian tragedi sharba satila jugak.

nk tau pasal sharba shatila? google lah :)

kita kena bagitau semua org yg perjuangan rakyat palestin tu perjuangan menentang
penyalahgunaan kuasa USA dan jenayah yg di "halal" kan utk dilakukan oleh zionis.



harap-harap zinois dimalukan sekali lagi seperti yg berlaku di lebanon


NEW YORK GRAFFITI


so apa lagi? jom bertindak!
aku tak kisah kalau ada yg nak copy paste entri ni.silakan.


Zina, hukumnya rejam. curi hukum nya potong tangan

11:28 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

salam

Tergerak hati nak kongsi dengan pembaca mengenai isu hudud yg di politik kan oleh segelintir pihak. yg busuknya niat nak dibangkitkan isu hudud ni semata-mata PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P036 KUALA TERENGGANU .

antara hukum yg telah jelas dinyatakan melalui dalil naqli (quran dan hadith) ialah rejam dan potong tangan. dan hukuman ni lah yg sering di jadikan bualan.


ok, bila kita dengar hudud, apa yg terbayang di kepala otak kita?

pastinya 90% pembaca di blog ni akan terbayang potong tangan. korang rasa, patutkah anak pak mail (bukan nama sebenar) yg berusia 15tahun yg mencuri rm10 dari kedai runcit haji pirdaus untuk top up handphone nya, di kerat kedua belah tangan nya?


Handcut in Helmand

ataupun, wajarkah encik salahudin ,35tahun,tukang sapu dewan bandaraya keramat (nama sebenar &pekerjaan dirahsiakan) yg menggelapkan wang hasil kutipan bayaran sewa pasar tani kampung sitiawan (bukan kampung sebenar) berjumlah 10,000 ringgit di kerat tangan beliau sedangkan niat mencuri wang itu sebab ingin membiayai rawatan pembedahan membuang peluru di perut anak beliau?

apa yg ingin disampaikan disini ialah, PERLAKSANAAN hukum ini ada caranya dan bukan dilakukan semberono. kita bukan suka-suka nak kerat tangan orang. apakejaddahnya semua ini?

nabi sendiri sebolehnya tidak mahu dijatuhkan hukuman ini kepada sesiapa yg tertuduh walaupun adilnya baginda itu sehingga mengatakan jika anak baginda sendiri melakukan jenayah curi, tangan anak baginda sendiri tidak terkecuali dari dipotong.


Hand cut by Taliban in Kabul


ustaz asri , mufti perlis ada mengulas mengenai isu ini dalam siri kuliah riadhusolohin beliau yg boleh di tonton melalui youtube.

beliau sendiri tidak setuju apabila kita begitu agresif mahu kan hukum hudud ni dijalankan di malaysia.

1) menurut beliau, islam itu indah. islam itu agama sejahtera. maka hukum yg mahu dilaksanakan jugak harus membawa kepada kesejahteraan. kita perlu fikir,bagaimana dengan memotong tangan seorang penjenyah yg jelas dan kantoi sekantoi-kantoi nya mencuri, akan membuatkan tertuduh insaf seinsaf-insafnya dan orang ramai mengambilnya sebagai iktibar. kita kena fikir mcmana nak laksana hukuman ini ,tetapi membuat kan org semua rasa "ya, memang wajar hukuman ini diteruskan".

2) situasi umat islam yg dikenali sbg umat yg mundur, barbaric, pengganas dan macam-macam lg yg buruk-buruk membuatkan kita akan lebih di cerca dengan melaksanakan hukuman yg agama lain memandangnya sbg sesuatu yg tidak bertamadun. bukan kita menolak hukum ALLAH dan kata perintah ALLAH itu kolot. apa yg kita boleh lakukan ialah, kita kena pastikan bagaimana perlaksanaan hukuman ini lebih adil,sistematik dan efektif.

banyak yg perlu diambil kira sebelum kita buat hudud ni. di nigeria (dipetik dari kuliah ustaz asri) , budak 13 tahun kantoi berzina, di rejam dgn batu. hukum rejam ni, memang sah-sah rejam sampai mati. hal ini menjadi isu global. seluruh dunia mengecam tindakan ini dan semestinya memburukkan lg imej islam. barat terutamanya semestinya mengambil kesempatan mengenai isu ini.isu kematangan,dan byk lagi aspek di pertikai oleh org ramai apabila budak itu dijatuhkan hukuman rejam.

Banyak sgt kita perlu pertimbangkan sebelum melaksanakan hudud ni. tapi jangan pula kita menolak nya. kita tolak hudud,kita tolak hukum allah.
wallahua'lam



boleh tak tolong buat servay ni?

5:46 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________




Siti nurhaliza tinggal di jepun?

10:18 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

dalam kekelutan penduduk gaza menghadapi serangan rejim zionis, aku x dapat menahan diri daripada post sesuatu yg xberkaitan dengan isu gaza.

sila baca ni utk isu gaza: kempen derma 10ringgit

ha, ni yg aku nak share ni
betul ka siti nurhaliza tinggal di jepun?

atau pun dia ada peminat kat jepun?
ataupun datuk k buat bisnes kat jepun?
atau pun aku jumpa video kat youtube yang ada sorang awek tinggal kat jepun, nyanyi lagu siti?

cek it out:



sebab musabab aku nak share vid ni

1)terpegun dia boleh pronounce bahasa melayu dengan elok n dia mcm paham apa yg dia nyanyi
2)terpegun ada peminat jgk siti kat jepun
3)vid ni sgt lawak ! sebab dia semput dan ada beberapa perkataan dia salah pronounce. kehkeh

kempen bantu Gaza | cek wallet, ada RM10 x?

6:53 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

salam
cuba korang ambil wallet korang

pastu cek kat bahagian duit2 kertas.
ada RM10 x?

pastu,

pikir2 kan,
rm10 tu utk apa

kalau dah top up,
dah beli minyak

apa kata bawa rm 10 tu ke maybank atau bank islam, kmudian




dah bank in, doakan kesejahteraan rakan dan saudara kita di palestin
aku doakan kamu dapat rezeki dari tuhan berlipat kali ganda



tidak punya rm10?
rm50 saja yg ada dalam wallet?

rm 50 pun jadi la..

tak punya duit extra lgsung??
rm 10 itu utk beli beras bagi anak bini mkn?
beli la beras dahulu..

rm10 utk beli KREKO?EH!?MANGGA?URTV?
tak nak derma utk rakyat palestin?
ngko boleh la pegi mati
harap2 time ko susah tidak ada org datang membantu kau

aku doakan ko dapat petunjuk dari tuhan supaya lebih prihatin

"aku tak nak sedekah pasal aku bukan muslim!"
oh, okay.
jadi ko sokong la zionis bunuh orang suka hati?
memang ngko sama macam mcm zionis

aku harap zionis datang pi rumah kau, bunuh semua family ko dalam rumah tu
aku akan lawat kau, tapi tak kan bawak apa-apa utk membantu kau

ps-kopi paste entri ini.. mari bersifat peri kemanusiaan
persetan kan bangsa dan agama, kita tolong sesiapa yg ditindas

*sumbangan anda akan di salurkan kepada rakyat palestin thru AMAN PALESTIN MALAYSIA

bila korang bank in duit tu nanti, akan keluar nama pemilik akaun : "AMAN PALESTIN BERHAD" kalau bukan nama tu yg keluar, jgn bank in. pasti kan akaun tu milik aman palestin.

Mesir sama macam USA sama macam syaitan sama macam zionis

9:10 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

salam,
adakah kamu tahu bahawa tidak semua yahudi itu zionis?

sebenarnya aku sendiri tidak terlalu jelas apakah itu zionis dan yahudi.
tapi yg pnting,tidak semua yahudi zionis

adakah kamu tahu bahawa USA menyelar tindakan HAMAS melancarkan roket ke bandar-bandar israel? dengan sebab itu, mereka menolak resolusi yg dibuat oleh liga arab untuk menekan PBB melaksanankan genjatan senjata di gaza.

adakah kamu tahu antara sebab zionis melancarkan serangan terhadap gaza kerana pada februari akan datang, israel akan menghadapi pilihanraya.

oleh yg demikian, tidak akan ada tentangan dari pihak israel sebab majoriti penduduk yahudi menyokong serangan ini ( kalau ada pihak yg mengutuk tindakan zionis, pihak itu tidak akan mendapat undi)

kalau zionis buat time bukan pilihanraya, ada kemungkinan, wakil rakyat/politikus/pemimpin dia sendiri pergi membantah

adakah kamu tahu mesir baru saja meluluskan dana 50juta USD untuk menyelamat kan penyu laut?

http://www.solarnavigator.net/films_movies_actors/cartoons/cartoon_images/finding_nemo_turtle_dude.jpg


bodoh kan? pnduduk gaza ni kau biar pulak?!

adakah kamu tahu hospital terbesar di gaza kekurangan gas untuk memasak, bahan makanan, kemudahan perubatan?

ramai yg perlu keluar dari gaza untuk berubat tidak dibenarkan oleh zionis

kalau zaman hang tuah dulu, kita gelar ini adalah penjajahan.
zaman kita ni kita panggil, penyembelihan

dorang nak bunuh semua
tak nak satu pun

http://www.imemc.org/attachments/mar2008/child_from_bethlehem_protesting_on_sunday_the_attack_on_gaza__photo_of_imemcs_ghassan_bannoura.jpg

oleh itu, kalau pembaca perasan banner yg ada di sebelah
kanan bhgian atas tu, sila lah menyumbang kepada aman palestin. mereka bertanggungjwab menyalurkan dana-dana yg disumbangkan oleh malaysian kepada rakyat palestin.