Minta Maaf Majalah Mastika (P)

11:26 PM / Comments (10) / by Admin

_________________________________

Hello semua

Minta maaf banyak-banyak sebab terlalu lama tidak mengupdate IkanStim.com dalam satu tempoh yg saaaaangat lama. Lama ka? Aku tau perasaan bila kita suka certain blog, pastu kita hari-hari lah pegi usha untuk tengok update terbaru. Tengok-tengok, entri sama ja. Tak da update. Rasa macam geram pun ada jugak. Kan? ( or aku sorang ja yg rasa macam ni? hahaha )
Minta maaf jugak kepada yg menyertai peraduan komen dan menang yg aku masih belum decide siapa pemenang nya. Aku cuba sedaya upaya umumkan pemenang dalam mingu depan ya.


http://lh6.ggpht.com/_ZFWJKIQwxjo/SomE5AJ4UkI/AAAAAAAAAeU/thw6GIn_aow/s400/Mastika_April_2009.jpg


Ok, berbalik kepada tajuk entri. Mastika. Siapa yg tak tau Majalah Mastika? Dari ke nenek sampai ke cicit. Mesti kenal punya malajalah ni. AL maklumlah, majalah NO1 kat Malaysia. . dan seperti semua sedia maklum, IkanStim.com punya unique claim ialah "Lebih baik dari Mastika". Antara sebab aku tidak menyukai Mastika adalah kerana kebanyakan artikel-artikel nya terlalu remeh dan in yang orang kita suka baca ( i said kebanyakan ok. Bukan semua. ada jugak artikel yg bermanfaat). Contohnya macam gambar kat atas. Lebih kurang macam menyampah bila tengok Majalah Mangga. Tapi kalau nak dibandingkan Mangga dengan Mastika, Mastika jaaaaaaaaaaauh lebih elok di baca dari Mangga tu.

Kenapa nak minta maaf kat Mastika?

Baru-baru ini penerbitan Mastika telah menghantar email untuk menyaman IkanStim.com kerana memburuk-burukkan Mastika di internet. Kami dah bertarung di mahkamah dan tahniah kepada IkanStim.com kerana berjaya memenangi kes tersebut.

Kejadian Huru Hara di Bukit Bintang | Updated! (U)

10:41 PM / Comments (10) / by Admin

_________________________________



Yup, obviously caused by the "Through My Window" song by Bunkface. Lagu "phenomenon" tahun ini. Ada siapa-siapa berada di tempat kejadian? Mesti havoc kan!

Unlucky me.. dahla tak dapat tengok wayang 2012 (Tiket Free tuuu), lepas tu melepas pulak event yg cool macam ni.. Exam oh exam. Kenapa tak habis awal? Bagi yg tak pegi, memang rugi la. Kan IkanStim.com dah inform haritu. Pegi Bukit Bintang on 21st Nov. Kenapa korang tak pegi?! Haiya..


One more paper to go. Sabah, I'll be back.

Oh, sedikit update!

Siapa kata event tu bosan? Bukit bintang di banjiri manusia dari seluruh Malaysia! Gimik dan shows sangat-sangat happening. I'll let the photos do the talk lah ok? (Courtesy of everyoneconnect.net facebook page)


Yups. Bukit Bintang it is


Dafi dan milahh


Ni gimik 'oren'. Siapalah yg TM bayar pegi ketuk tong sampah ni.


Ni tomok nyanyi lagu sejarah mungkin berulang


ah, band phenomenon yg nyanyi lagu phenomenon : Bunkface


macam demonstrasi bersih pun ada. haha


Ramai kan?

Kalau korang perasan, video tu ada kata yg event ni merupakan the biggest sing along event ever held in Malaysia. Tapi tak da pulak coverage pasal masuk Malaysia Book Of Records pun. Apa-apa pun, tahniah TM sebab campaign ni berjaya. Kami budak-budak bisnes kat UTP pun tertanya-tanya siapa la PM event ni. Mesti orang berjiwa muda tak pun memang muda. Walaupun tak merasa event ni life, I personally impress with TM's rebranding strategy.


P/s-Jangan campaign je gempak. Service mesti gempak jugak ok?
P/s/s- Ah.. ni entri terakhir pasal everyoneconnects kat IkanStim.com. Best jugak terlibat dalam event ni walaupun disebalik laptop . hehe









Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Bunuh Isteri & Anak-Anak (21SG)

11:08 PM / Comments (12) / by Admin

_________________________________

Memandangkan dah lama tak da gambar seram atau yg SG, SX, PL di upload dalam IkanStim, aku mengambil insiatif ini untuk menghidangkan anda semua dengan gambar ngeri ni. Description folder gambar-gambar ni ialah bunuh isteri dan anak anak. Gambar tak lah seram mana .. tapi agak seram jugaklah. So, kalau tak nak tengok, tak payah klik baca lagi.

IkanStim dimana-mana! (U)

10:51 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

Nampaknya IkanStim.com dah dikenali ramai. Berapa ramai? itu yang kita nak tau tu. Tapi for sure, IkanStim dah menjadi googable. Tak percaya?


1) IkanStim.com dalam iklan Google.


Flash Mob dalam pawagam KLCC? (U)

6:06 PM / Comments (12) / by Admin

_________________________________

Sempena selesainya 3 paper yg agak *&^*((^! , dengan kepala yg masih pening-pening lalat, aku gagahi jua jari-jemari ini untuk mengupdate IkanStim.com

Pernah tidak anda mengalami gangguan jiwa dalam pawagam? Contohnya ada beberapa lelaki dengan kuat bergelak ketawa di belakang anda. Tak pun bercakap dalam telefon dengan kuat sekali. Mesti hati jadi panassss kan? Kalau boleh nak bertumbuk dalam tu jugak. Tapi rugi pulak bayar tiket RM8 tapi tak tengok movie. Sibuk buat action movie pulak dalam tu.

Well, tengok muka aunty kat bawah ni. Kesian beliau.. terganggu dengan orang yg melalak kat belakang.

IMG_0028
Aunty: "Haiyaa.. mau tengok wayang pun talak tenang oh"


Kejadian ini berlaku di panggung wayang

Bulan baru | New Moon (P)

10:20 AM / Comments (15) / by Admin

_________________________________

Dikala mencari mood nak study, terklik pulak iklan New Moon twilight saga : The War Begins (?!).Walaupun Nuffnang tak suruh klik iklan sendiri, aku nak tau jugak apa yg dorang tengah promo kat blog kita kan? So rupa-rupanya trailer je pun. Dan aku dapati banyak scene lelaki tak pakai baju. Haha. Aku tak paham betul la. Ni mesti nak saji para penonton filem ni yg majoritinya berjantinakan perempuan.


http://www.iwatchstuff.com/2009/04/22/new-moon-wolf-pack.jpg
yg paling kanan sekali tak cukup beketul


Lelaki di exploit, wanita di exploit. Kalau tengok Jennifer's Body lagi la teruk. Memang movie tu untuk menayangkan keseksian Megan Fox selama sejam lebih. Saja letak added value kat movie. "Saksikan filem terhebat abad ini dan nikmati pemandangan indah selama sejam setengah!" Instead of movie sahaja, dapat jugak benda-benda lain. Added value la tu kan?

Apa apa pun, untuk pengunjung IkanStim.com yg tidak tahu apa itu Nuffnang, Nuffnang merupakan medium antara pengiklan dan pemberi tapak iklan. New Moon nak mengiklan kat IkanStim, so diorang contact Nuffnang untuk uruskan. Jadi pemberi tapak iklan which is me, akan dibayar oleh pengiklan mengikut rate per klik atau per impression. Jadi, kalau ada website or blog dan nak buat duit poket sikit-sikit, register la Nuffnang. Free Of Charge. Orang Sabah kata Free of chass. Selamat mencuba!




p/s: Harga emas dijangka akan melambung sekali lagi. Tak nak melabur?



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Pernah tengok anakonda? (U)

10:01 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

Anak Onda? Ananda Krishnan? bukan.. its ular sawa

Memandangkan tak ramai yg sudi bagi idea bernas utk aku decide siapa pemenang Komen dan Menang, dengan murah hati nya aku pertontonkan ular sawa untuk anda semua.. agak seram. Tapi tak seram. Mari kita saksikan :



tak boleh bayangkan kalau kena lilit dengan ular ni


seram kan?



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

U buntu? I lagi Buntu (P)

7:02 PM / Comments (6) / by Admin

_________________________________

baby05


Seriously minggu exam ni memeningkan kepala. Sem ni patutnya score sebaiknya sebab nak digunakan time apply intern. Wargh?! Stresss! Btw, im thinking of applying intern at Naza World. Sangat mengagumi founder nya. Tapi boleh ka apply intern kat situ? ada sesiapa yg tau?

Tujuan entri ni ditulis untuk mintak pendapat para pembaca/ penonton IkanStim.com , macamana nak decide pememnang untuk peraduan Komen Dan Menang ni? Tekanan exam menyebabkan otak ni susah nak jadi kreatif. Dahla melepas screening film 2012. Free ticket pulak. Otak jadi serabut, emosi jadi tak stabil. Adakah aku mengalami PMS? -.-'

Bagi sesiapa yg punya masa dan kreatif, tolong lah diriku ini untuk menentukan pemenang nya ok? Terpaling creative ialah yg kita cari. Nanti kalau tak bagi hadiah, orang kata penipu pulak. aiyoyo.. Saya buntu dan tak da idea. Bantula saya! Tolong secepat yg mungkin ya? Dah 3 hari peraduan ni berlalu..

P/s- ekceli, idea nak buat peraduan ni datang spontan. Ramai pulak yg join, proceed terus lah. Sekarang takda idea nak decide siapa pemenang. waduh- waduh




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Peraduan Komen dan Menang Ikanstim (U)

8:03 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

HappyCow


Salam dan hi semua!

Nampak nya sehingga jam 12.01 pagi semalam, terdapat 35 biji komen telah tersiar dalam entri "Apa yang anda akan buat bila.." dan kesemuanya berpeluang untuk mendapat hadiah misteri dari IkanStim.com! Hanya satu pemenang sahaja akan dipilih. Bagi pengomen yg tak tinggalkan apa-apa link / komen untuk di track semula, peluang untuk dapat hadiah tu memang 0% la. So sorry. Give me a few days untuk decide k? nanti bila dah ada pemenang, i'll announce it. Sekarang ni busy dengan exam. Agak okay jugak sambutan peraduan ni. Ingatkan korang tak berminat. Nanti nak buat lagi peraduan lain. Hehe. Oh ya, siapa free 21hb ni? angkat kening! nak ajak pegi Sungei Wang. Ada apa kat Sg wang? KLIK



P/s: Apa yang media cuba sampaikan sebenarnya? Berita Pak cik tikam isteri..

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Pergi Ke Sungei Wang (U)

10:23 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


sungei_wang_plaza copy


Salam and hi everibodi!

Sebelum aku list kan 4 sebab kenapa anda semua perlu pergi ke Sungei Wang Plaza, klik entri ini dan tinggalkan komen anda yg ter paling kreatif untuk mendapatkah hadiah misteri dari
IkanStim.com. Hadiah manyak lumayan loh. Dibuka sehingga 10hb Nov ini. Pegi komen dulu baru baca entri Sungei Wang ni ok?

Hadiah misteri dari IkanStim.com (P)

7:17 PM / Comments (6) / by Admin

_________________________________

7 copy


Salam,


Lama dah tidak mengupdate ikanstim ni.

Ibu darjah 5 (U)

5:16 PM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

Dipetik dari kosmo!


KORDEZA ZHELYAZKOVA bersama bayinya, Violeta di Sliven, Bulgaria baru-baru ini.

Apa yang anda akan buat bila... (U)

1:11 PM / Comments (53) / by Admin

_________________________________

1) Kekasih anda di tegur dengan tujuan meng 'usha' @ mengorat oleh perempuan/lelaki lain dalam mukabuku?

2) Harga rokok 20 batang naik RM30? walaupun anda tidak merokok.

3) Duit dalam bank tinggal RM10?

4) Mak anda call dan beritahu " mak dah uruskan perkahwinan kamu hujung tahun ni.. " secara tiba-tiba?

5) Bangun pagi dan dapati anda tidak lagi mempunyai kaki

6) Tiba-tiba ditampar oleh seorang mak cik jual kuih ketika membeli kuih

7) Diberi 1 juta USD

8) Malaysia nak di bom oleh Amerika

9) Muka anda terpampang dalam buletin utama sebagai penjenayah buruan polis

10) Sila jawab dan post kan di ruangan komen. Nukilan yg terbaik akan mendapat hadiah misteri dari IkanStim.com



yup. ada hadiah. this time for real. Penyertaan dibuka sehingga 10 nov 2009



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

IkanStim.com > Mastika (U)

1:28 AM / Comments (6) / by Admin

_________________________________



1.Bayi ular
http://asylumeclectica.com/asylum/malady/archives/harlequin/harlequin1.jpg

Mitos ala-ala Mastika