Confession of a shopaholic? (U)

6:40 AM / Comments (4) / by Admin

_________________________________


Ni kes nak jadi shopaholic. haha
. kalau millionaire tu, boleh la. teruk betul la..




Umur Laurie Smith baru mencecah 22 tahun namun gadis yang berkerja sebagai setiausaha di sini sudah bankrap kerana gagal melunaskan hutang sebanyak £22,000 (RM128,480), lapor sebuah akhbar semalam.

Smith yang masih tinggal bersama keluarganya mempunyai hutang kad kredit dan beberapa pinjaman kerana ketagih membeli-belah.

"Saya memperoleh pendapatan £11,500 (RM67,160) setahun tetapi saya berbelanja sehingga £400 (RM2,336) seminggu untuk membeli pakaian baru, pakaian dalam, produk kecantikan dan kasut," katanya.

Menurut Smith, dia mula berbelanja besar sejak berumur 18 tahun tetapi dalam tempoh dua tahun hutangnya sudah mencecah £20,000 (RM116,800).

"Saya tidak boleh berhenti berbelanja. Setiap malam Khamis saya akan mengambil peluang dalam program berbelanja lewat malam manakala pada Sabtu saya membelek pakaian di kedai," katanya.

Terdapat 1,560 wanita Britain yang diisytihar bankrap tahun lalu kerana sikap boros dengan meniru gaya hidup selebriti tidak terkecuali isteri atau teman wanita pemain sukan terkenal.

"Saya mendapat ilham melalui majalah dan saya tidak faham mengapa mereka (selebriti) boleh memiliki apa yang mereka impikan," kata Smith.

Tambahnya, untuk memenuhi semua itu, dia mengambil sejumlah overdraf dan enam pinjaman pada musim bunga 2007.

"Keadaan kewangan saya menjadi teruk setelah dipecat sebelum Krismas 2007. Saya cuba membersihkan nama dengan menyertai program pembayaran hutang sukarela," kata Smith.

- AGENSI







Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

4 Comments:

Khairieah @ July 3, 2009 at 1:15 PM

hah! padan muka. saya hairan lah dgn org2 yg "shopaholic" ni.. x benda lain yang harus dirisaukan ke???

Admin @ July 3, 2009 at 1:41 PM

itula pasal
trippin jak ba tu
saja maw trip mcm celebrity

Nadhirah @ July 3, 2009 at 8:48 PM

saya mempunyai hutang RM23,000.00 waLaupun tidak boros membeLi beLah. saya amat berjimat daLam menguruskan kewangan tetapi saya hairan mengapa hutang saya begitu banyak.

saya tidak menggunakan kad kredit pun. aduh~









rupa-rupanya PTPTN. ciLakak!

Cicero88 @ July 9, 2009 at 10:37 PM

betul2!!
shopping tu pun agak2 la jua bosz...