Pelajar perempuan dipaksa bergusti (U)

11:35 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


Salam, 

apa dah jadi dengan budak-budak sekolah ni? baru tingkatan 1, SPM pun xlepas lagi. pegi sekolah bukan nak belajar. (pandai-pandai ja aku cakap dorang tak belajar kat sekolah. mana la tau dorang ni memang nakal, tapi rajin orangnya?) haha. 


walau bagaimanapun, kalau betul lah dorang rajin pun, tapi malas nak guna akal untuk buat benda yg lebih berfaedah selain daripada berGUSTI, baik x payah jadi genius. ni aku refer kepada budak-budak yg paksa mangsa ni bergusti lah. bangang. belajar tak nak. buli orang pulak.last-last study ntah kemana, gusti ntah kemana. haha. aku cadangkan dorang ni masuk sekolah sukan bukit jalil la.. boleh guna stamina dan minat dalam gusti tu untuk mengharumkan nama malaysia.

yg pro pembangkang, jangan asyik blame sistem pendidikan negara saja. memang la ada flaw nya sistem kita ni, tapi nak buat macamana. jangan salah menyalahkan, cari jalan penyelesaian. bukan nya semua budak sekolah paksa kawan bergusti pun. haha. banyak jugak yg berjaya. 
 
p/s- patutla ary ginanjar promote the ESQ way kat satu dunia. kalau ada IQ  tapi EQ tarak, tak jadi jugak. kalau IQ n EQ ada tapi SQ tarak, boleh jadi huru hara dunia.mesti seronok bila tidak lagi kita dapat baca news-news nonsense macamni dimasa akan datang. bg aku, news macam ni tak patut wujud pun. institusi pendidikan patutnya tempat yg mulia, tempat timba ilmu.ni jadi tempat nak tunjuk otai pulak.arghhhh?!

mari berdoa "Robbij'alni muqiimassholaati wamirriyati.. Ya Allah jadikan aku dan zuriatku Mendirikat sholat"

petikan berita dari berita harian:




Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu, sebuah Sekolah Menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib secara paksa dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.

Mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis kerana malu apabila adegan bergusti secara paksa dirakamkan tiga pelajar perempuan lain terus disebarkan melalui telefon bimbit, walaupun kejadian terbabit berlaku pertengahan bulan lalu. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan itu dan kertas laporan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan laporan kejadian berlaku ketika mangsa yang baru pulang dari sekolah tiba-tiba didatangi tiga rakan sekolahnya pada 18 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 petang.

"Seorang daripada pelajar perempuan itu mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motosikal. Apabila tiba berhampiran sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, tiga perempuan yang juga dari sekolah mangsa terus bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak mangsa," katanya.

Zamri berkata, perempuan itu juga memaksa mangsa supaya bergusti dengan rakan baiknya yang turut berada di tempat kejadian.

Katanya, pelajar perempuan itu mengugut akan terus menampar, menumbuk dan menyepak jika mangsa enggan mematuhi arahan.

"Disebabkan bimbang akan terus dicederakan, mangsa terpaksa bergusti dengan rakan karibnya dan adegan itu dirakam tiga pelajar terbabit menggunakan telefon bimbit," katanya.

Zamri berkata, mangsa juga tidak melaporkan kejadian itu kepada guru sekolah dan kedua ibu bapanya kerana bimbang akan keselamatannya.

Katanya, kejadian mangsa dibelasah tiga pelajar perempuan itu hanya diketahui kakaknya selepas dimaklumkan beberapa rakannya yang menyaksikan kejadian itu melalui internet.

"Kakak mangsa kemudiannya membawa adiknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, kira-kira jam 9.30 pagi semalam," katanya. 

- BERITA HARIAN








Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

3 Comments:

Anonymous @ July 15, 2009 at 12:29 AM

eheh.
macham macham

ikanstim @ July 15, 2009 at 3:55 PM

pernah kena paksa bergusti jgk ke shakinah?

Anonymous @ July 15, 2009 at 7:34 PM

pernah!
lawan gusti ngan adik masa kecik2.
haha!
hobii tuu.