Skru RM15 sebatang (U)

9:30 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Dimana ketulusan berniaga? aku pernah dengar harga srku sebatang boleh jadi RM15. patut la susah sangat nak maju. . hish.. bagi pihak yg buat kerja-kerja tak senonoh macam ni, ingatla apa yg Pak Ungku pesan: low productivity leads to poverty.

Dipetik dari utusan.

Lagi harga alatan 'tidak masuk akal' dikesan


KUALA LUMPUR 19 Okt. - Laporan Ketua Audit Negara masih lagi mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga 'tidak masuk akal' bagi tahun 2008.

Antaranya, laporan itu mengesan pembekalan dua unit komputer riba yang harga pasaran hanya RM9,000 tetapi dibeli pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk kegunaan makmal di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Balik Pulau, Pulau Pinang pada harga RM84,640.

Kolej itu juga dibekalkan sebanyak 15 unit pencetak laser jenama Hewlet Packard P3005X pada harga RM7,722 seunit berbanding harga pasaran RM5,000 seunit

Memperkenalkan, Tamama! (U)

9:13 PM / Comments (7) / by Admin

_________________________________


Memandangkan persoalan di entri sebelum ni dah terjawab (tajuk lagu: through my window. thanks to kak aida and ct k!) aku mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan figura aksi Keroro Gunso ketiga yg dimiliki; TAMAMA!


Ya, pasang sendiri. bukan beli terus siap




proses pembuatan sejurus sampai asrama dari Ipoh Parade




sebelah gula-gula, sebelah lagi untuk pukul orang



Tamama Nitohe




Tamama, Kururu dan Keroro




two more to go. ada sesiapa nak sponsor?


p/s- kalau nak beli action-action figure ni, beli yg Bandai jual atau other well known brands. lagi berkualiti n worth buying. Tamama ni bukan Bandai. kuning ngan hijau tu saja . rasa xpuas bila Tamama tu siap dibuat. .



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Membantu IkanStim (U)

7:36 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

How does my older brother looks when he is using hands free?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


hahahahaha

What are my favourite radio stations?

Clues:
  • “Lebih hangat daripada biasa”
  • “Kami tak hot, kami cool”
  • "Malaysia’s No1 Hits station!”
  • “lebih baik daripada mastika” huh?!

Whatever my favorite radio station is, have u ever kind of interested to a certain song kat radio and dalam hati you said “best jugak lagu ni, aku nak download la nanti”. Pernah?

Usually the DJ will announce the song title before or after the song right? Unfortunately, you never had the chance to hear the song from the beginning and amazingly, you never hear the song till the end of it! And you are like “WTFish?! How am I going to know the title of the song?!”

"Ceh, Google sudey~ “ ekeleh, cakap senang la bai. Setakat lagu starship cobra tu memang la senang carik. Type je “good girls gone bad” berlambak info keluar.(Huh? Slang KL syial.. tia buli belah ni)

Yaaaaa, i know, just google part of the lyrics kan? Nanti, ada la web yg related to that song and eventually ill get the title of the song. tapi kawan-kawan, ini lagu aa. . Maaaaaanyak misteli loh. I googled , yahooed, amzoned and even tweet it but nobody knows la.. Maybe the song is mysteriously played on the radio station. Even the DJ did not realize the song was on air. (whoaaa! Cerita hantu konti radio? ) haha.


I really-really into that song la.. Can u guys help me out? Seingat aku, lirik dia lebih kurang macam ni:


One step in front of the other, thought that I could do it alone~
In a blink of an eye, it’s just another day.. Telling me why, I’ll find another way
La la la la.. me and you! We are not alone. bla bla bla


The lalala n blabla parts are not the lyrics ok. I can’t recall the words

the vocal sounded like Sam Bunkface but the slang is more like Joe Amstrong from Green Day but none of these two bands are releasing new single! Aiyaa.


Siapa dapat jawab, aku belanja makan burger. KLIK untuk dapat burger percuma dengan hanya membantu IkanStim!

Submit me song title via:

  • Comments
  • Shout box
  • email : eighteen7artwork@gmail.com
don't they look a like?



p/s- I do blog in Engrish sometimes.




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

Angkasawan negara nikah 2010 (U)

11:19 AM / Comments (4) / by Admin

_________________________________

Sumber Utusan



DR. HALINA


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Teka teki bilakah Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor akan menamatkan zaman bujangnya kini terjawab apabila beliau mengesahkan akan bernikah dengan gadis pilihannya, Dr. Halina Mohd. Yunus pada 10 Oktober tahun depan.

Dr. Muszaphar, 37, memberitahu Mingguan Malaysia hari ini, paling istimewa tarikh pernikahan tersebut dipilih sebagai memperingati detik bersejarah sempena ulang tahun ketiga beliau ke angkasa lepas.

Katanya, beliau bertolak ke angkasa lepas pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Katanya, misi selama 11 hari itu telah berjaya dilangsungkan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia.

Menurut jejaka yang mempunyai jutaan peminat itu, beliau akan mengikat tali pertunangan dengan Dr. Halina pada 1 Januari tahun depan.

Katanya, majlis pertunangan itu bakal diadakan di rumah keluarga Dr. Halina di Seremban, Negeri Sembilan yang akan dihadiri sanak saudara serta kenalan rapat mereka.

Katanya, Dr. Halina, 29, yang dikenalinya sejak lapan tahun lalu kini bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Selayang.

''Sudah tiba masanya saya mahu menamatkan zaman bujang memandangkan faktor usia yang semakin meningkat. Saya seorang lelaki yang mencintai kehidupan berkeluarga dan sangat sayangkan kanak-kanak.

''Niat untuk berumah tangga itu telah lama ada. Cuma jadual harian saya sejak menjadi angkasawan sangat padat. Baru kini saya dapat merancang tarikh pertunangan dan perkahwinan kami,'' katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kliniknya di sini hari ini.

Klinik yang beroperasi di pusat membeli-belah mewah di Starhill, Bukit Bintang itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Inilah pertama kali Dr. Muszaphar memberi kenyataan kepada media mengenai rancangan perkahwinan serta gadis pilihan beliau yang selama ini kerap menjadi spekulasi pelbagai pihak.

Mengimbas detik manis pertemuan dengan gadis pilihannya itu, beliau mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya itu sejak mula berkenalan.

''Dr. Halina pernah menjadi murid saya sewaktu dia menjalani latihan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ketika itu saya menjadi pensyarah di sana. Saya tidak mementingkan kecantikan luaran seseorang wanita. Bagi saya kecantikan dalam sangat penting. Ciri-ciri itulah yang ada pada beliau yang menambat hati saya,'' ujarnya terus terang.

Katanya, hubungan mereka menjadi semakin serasi apabila Dr. Halina menunjukkan sikap hormat kepada ahli keluarga terutama terhadap kedua ibu bapanya.

Jelasnya, Dr. Halina juga sangat memahami kerjaya serta kesibukan jadual hariannya sebagai seorang doktor dan angkasawan.

''Dr. Halina tidak pernah merungut dengan kesibukan saya. Hubungan kami berlangsung dengan harmoni kerana beliau memahami minat dan jiwa saya. Kami sangat 'sehati sejiwa','' katanya.


wahhh.. Dr Faiz bila lagi?


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!