ASW 2020 agih 6.3 sen (U)

1:50 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________


IKANSTIM-aku ingatkan 6.30 ringgit.gila apa asw boleh bagi pulangan sebanyak tu. haha. rupa-rupanya 6.3 sen shj. atleast ada pulangan la kan? yg tak melabur lagi tu apa cerita?

Siti Zanariah Yusoff menunjukkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Wawasan 2020 sebanyak 6.30 sen seunit di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Hampir sejuta pemegang unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) akan menikmati agihan pendapatan sebanyak 6.30 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Jumlah pulangan itu bagaimanapun merosot berbanding tujuh sen seunit yang diumumkan pada tahun lalu.

Semua urus niaga ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos ini hingga 31 Ogos bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan yang akan dikreditkan secara automatik dalam buku pelaburan pemegang unit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ketika mengumumkan pencapaian ASW 2020 di sini hari ini berkata, pengagihan pendapatan yang melibatkan 872,322 pemegang unit itu, mewakili jumlah bayaran sebanyak RM592.26 juta.

Beliau berkata, pembayarannya adalah berdasarkan purata terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2009 iaitu mulai 1 September 2008 sehingga 31 Ogos ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam sidang akhbar selepas majlis itu berkata, berdasarkan prestasi unit amanah itu, firma pelaburan tersebut sebenarnya mampu untuk membuat agihan pendapatan sebanyak 8.30 sen seunit.

Beliau berkata, baki dua sen itu akan dibawa ke hadapan sebagai rizab untuk tujuan pelaburan semula.

Ahmad Sarji sebelum itu berkata, sehingga 17 Ogos lalu, ASW 2020 telah memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM661.28 juta, naik 12.62 peratus berbanding RM587.18 juta yang diperoleh pada tahun lalu.

Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM223.69 juta, keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat pula memberikan RM311.27 juta daripada pendapatan kasar tersebut.

Sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek pula menyumbang sebanyak RM126.32 juta daripada pendapatan kasar itu.

ASW 2020 adalah dana berharga tetap yang mana 51 peratus daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada pelabur bumiputera manakala 49 peratus lagi untuk bukan bumiputera.



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

1 Comments:

Ariyon @ August 28, 2009 at 2:01 PM

6.3 sen jer??..err,bukan tahun lepas 7 sen ker..maaf kalau silap..rasanya dividen ASW nie makin berkurang..