Berhati-hati dengan bagasi anda di airport! (U)

6:02 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Geng curi bagasi ditangkap


ZAHEDI (dua dari kiri) menunjukkan barang yang berjaya dirampas daripada suspek kes curi bagasi pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang semalam.


SEPANG - Kegiatan mencuri beg penumpang oleh satu sindiket yang didalangi seorang lelaki warga Peru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) terbongkar apabila tiga lelaki ditahan di sebuah pangsapuri di Ampang kelmarin.

Tangkapan ke atas tiga lelaki itu dilakukan pada pukul 10 malam selepas polis menjalankan siasatan dan risikan terhadap lebih 10 laporan mengenai kehilangan beg ketika mangsa berurusan di kaunter dan kawasan KLIA dan LCCT.

Dua daripada suspek merupakan pasangan warga Peru manakala seorang lagi lelaki tempatan yang telah bergiat aktif sejak setahun lalu. Mereka berusia antara 24 dan 66 tahun.

Modus operandi sindiket tersebut adalah dengan meletakkan wang RM1 atau RM10 di tepi mangsa sebagai umpan dan memberitahu mangsa wangnya tercicir.

Sebaik sahaja mangsa mengalih pandangannya untuk mengambil wang tersebut, dua lagi suspek sepantas kilat akan melarikan beg tanpa disedari.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Zahedi Ayub berkata, polis telah menjalankan siasatan dan risikan berpandukan maklumat orang ramai dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua tempat itu sebaik menerima laporan.







ikanstim : Syukur tak pernah kena..




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

0 Comments: