Kematian gadis 23 tahun di Youtube (U)

12:15 AM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

2 benda yg baru aku ketahui yg aku rasa perlu dikongsi selepas 6 hari tak baca news ialah, kematian MJ dan kematian neda (wanita iran yg kononnya ditembak oleh militan kuat khomeini) . bila dengar saja pasal iran melalui media rasmi, mesti teringin nak compare dengan orang kuat tehran di malaysia: faisal tehrani. mari kita fikir-fikirkan. jangan main telan saja

entri di copy dari sini

NED, Chavez, dan Ahmadinejad dalam Siasah Edisi Ahad Ini

Sinema Spiritual dalam Siasah minggu ini akan menyorot dokumentari arahan John Pilger (foto di atas) berjudul 'The War On Democracy'. Dalam dokumentari ini beliau membongkar modus operandi CIA dalam menjatuhkan kerajaan yang ada, termasuk usaha kudeta melengserkan Hugo Chavez lapan tahun lalu. Saya kemudian mengaitkannya dengan apa yang berlaku di Tehran hari ini. Dapatkan Siasah ahad nanti.

Petikan artikel:

"Selapis demi selapis John Pilger membongkar kudeta yang sebenarnya dirancang oleh CIA. Bertahun-tahun Amerika Syarikat mengerahkan seluruh jentera yang ada khususnya media untuk menyediakan basis konspirasi dahsyat ini. Salah satu jentera di bawah CIA tersebut ialah NED. Apakah NED? NED ialah National Endowment for Democracy. NED berfungsi untuk menyalurkan dana bagi menjatuhkan kerajaan di negara yang tidak memihak kepada Amerika Syarikat. Atau di negara yang Amerika Syarikat percaya tokoh buah hatinya akan lebih ‘berfungsi’. Di Venezuela, lebih dua juta dolar disalurkan kepada pembangkang untuk menjatuhkan Chavez.

Dokumentari ini sangat penting untuk ditonton. Kita akan memahami anatomi penipuan, helah, cara kerja Rumah Putih dalam menyediakan boneka Amerika di negara yang mereka sasarkan. Sejak 1945, menurut kajian Pilger, Amerika Syarikat telah berusaha menjatuhkan lebih 50 buah kerajaan yang demokratik supaya ia pro Washington.

Inilah yang sedang dilakukan oleh NED di Malaysia dan Republik Islam Iran. Adalah tidak mengejutkan Kenneth Timmerman, salah seorang pemikir NED terlanjur mengatakan dalam ucapannya di sebuah majlis di Washington beberapa hari sebelum pengundian di Iran, berbunyi begini: “There’s the talk of a ‘green revolution’ in Tehran.” Gerakan hijau yang beliau maksudkan tidak lain tidak bukan ialah gerakan pembangkang atau reformis yang diketuai Mir Houssein Mousavi. Kempen Mousavi menggunakan warna hijau. Dan kita semua tahu betapa media selama bertahun-tahun menggambarkan Presiden Ahmadinejad sebagai fasis anti Zionis yang tidak cekap mengurus ekonomi.

Tidakkah ada persamaan apa yang menimpa Chavez hampir sepuluh tahun lalu dengan apa yang dilalui Ahmadinejad hari ini? Siapakah pembunuh sebenar Neda Agha-Soltan, remaja yang ditembak mati oleh penembak hendap dari atas bumbung di Tehran? CNN mendakwa Neda dibunuh oleh Basiji (kumpulan para militari yang setia kepada Ayatullah Ali Khamanei). Tetapi tidak pernah ada pembuktian. Malah video pembunuhan Neda yang kini boleh dimuat turun dari youtube dan dihebahkan menerusi twitter di seluruh dunia kononnya menjadi ikon untuk menjatuhkan Imam Ali Khamenei."






eh, mana cerita pasal mj? malas la nak cerita. baca ja kat news paper.

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

5 Comments:

Saphuan Awang @ June 30, 2009 at 9:58 PM

Gilalah... up to date dowh ko. bagus-bagus!! haha.

IkanStim @ June 30, 2009 at 10:53 PM

aik wang
rajin pulak ko singgah kat blog aku nih
haha
mestila up to date
xkan nak melekat kat cangkul je
haha
good luck show 8 july weh

Saphuan Awang @ June 30, 2009 at 11:00 PM

Ay thanks. senang2 datang ah beb!!!

Aku busan dowh sini. Habis suma orang punya blog aku bukak.

IkanStim @ July 1, 2009 at 8:22 AM

ko ktne dowh?
utp ke

Saphuan Awang @ July 1, 2009 at 11:29 AM

no lah. kat umah ah...