Sanggup mati kerana cinta monyet budak 15 tahun (U)

8:44 AM / Comments (5) / by Admin

_________________________________


Buat malu org ganu saja.  byk tengok filem korea la ni.haha

Tidak sanggup memenuhi permintaan kekasihnya untuk memutuskan hubungan cinta mereka, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun mahu membunuh diri.

Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah malam di surau yang terletak di Lorong Haji Da, Jalan Sultan Mahmud dekat Kuala Terengganu semalam, remaja lelaki itu mengeluarkan pisau dan diacukan ke leher sendiri.

Tindakan remaja itu dipercayai bagi memaksa kekasihnya yang juga seorang pelajar supaya menarik balik kata-katanya yang mahu memutuskan hubungan mereka.

Kejadian yang berlaku di tepi jalan dan dalam keadaan gelap itu bukan saja menakutkan kekasihnya malah beberapa penduduk kampung yang kebetulan berada di situ.

Remaja itu terlalu agresif dan tidak mengendahkan nasihat orang kampung yang memintanya bertenang dan menyerahkan pisau yang dibawanya.

Ketegangan yang berlangsung hampir sejam itu menarik perhatian kira-kira 50 penduduk kampung keluar menyaksikan 'adegan itu'.

Selepas hilang punca untuk memujuk remaja itu, penduduk kampung terpaksa menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, pihaknya menghantar 10 anggota sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.30 tengah malam.

"Semasa tiba di kampung itu, remaja terbabit masih memegang pisau sepanjang 27 sentimeter.

"Anggota kami memujuk remaja itu supaya bertenang tetapi dia mula bertambah agresif termasuk mahu menyerang anggota polis," kata beliau semasa dihubungi semalam.

Menurut beliau, selepas 45 minit memujuk, remaja itu akhirnya akur melepaskan pisau dan menyerah diri kepada polis.


kosmo!









Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

5 Comments:

Aida The Pink Goddess @ June 12, 2009 at 9:44 AM

baru sikiiiiiit je ni.byk laggiiiiiii yang belum dilalui dlm hidup..hek eleh!

hadio @ June 13, 2009 at 1:14 AM

haha wt2 xtau lalala

Mr & Mrs Naza @ June 13, 2009 at 9:29 AM

paLoi

IkanStim @ June 13, 2009 at 12:23 PM

mari kita boo budak ni ramai2
haha
bbooooooooooooooooo

Nerwneelder @ June 13, 2009 at 8:38 PM

budak hingusan..boooooo!!