Iran yang sebenarnya (U)

10:40 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


Buñuel Mengunjungi Iran!

Saya adalah peminat tegar rancangan 'Dont Tell My Mother I'm In...' Pengacaranya adalah Diego Buñuel (cucu pembikin filem surealis, Luis Buñuel yang terkenal). Pendekatan rancangan ini ialah karyawan akan melawat negara-negara yang dikatakan 'berbahaya' seperti Cuba, Korea Utara, Afghanistan, dan Columbia. Rancangan ini akan berusaha melaporkan sejujurnya apa yang berlaku di 'wilayah berbahaya' tersebut tanpa penglibatan pihak berkuasa di negara yang dikunjungi.

Jun ini sekiranya anda menonton saluran National Geographic, musim baharu 'Dont Tell My Mother I'm In...' menyorot kehidupan biasa rakyat di Republik Islam Iran.

Antara yang agak mengejutkan ialah terdapat kira-kira 20 orang pemain bola keranjang profesional dari Amerika bermain di kelab-kelab sukan tersebut di Iran. Mereka diberi kebebasan dan menyukai kehidupan di Iran yang menurut mereka amat mementingkan 'hal-hal kecil dan etika'. Buñuel sempat menemui salah seorang pemain berasal dari Texas.

Dalam satu lawatan ke salun wanita, kumpulan wanita yang kelihatan ranggi menafikan mereka bermasalah mengenakan hijab. "Kami malah lebih suka berhijab."

Buñuel turut menemui seorang lelaki Yahudi Iran (peniaga barangan antik) yang memberitahu mereka (Yahudi) tiada masalah hidup di republik Islam. Terdapat 25 synagogue (kuil Yahudi) di Tehran yang bebas mengamalkan tatacara agama mereka. Lelaki Yahudi yang lucu tersebut malah memberitahu 'saya sangat suka dengan Islam. Tiada masalah, saya boleh minum arak depan mullah'.

Buñuel agak terkejut melihat kebebasan beragama yang diraikan di Iran. Yahudi di sini menjelaskan perbezaan zionisme dan judaisme. Malah pengacara lebih tertarik apabila dimaklumkan kehidupan yahudi di sini lebih baik setelah revolusi Islam. Beliau turut menemui ahli parlimen Iran berbangsa Yahudi yang mewakili 25 ribu masyarakat Yahudi Iran. Buñuel menerima kejutan lain, ahli parlimen Yahudi ini berapi-api mengkritik kerajaan Israel.

Selain itu terdapat 700 buah teksi untuk wanita sahaja di ibu kota Iran, Tehran. Ini untuk membolehkan wanita berasa selamat untuk bergerak ke sana ke mari pada waktu bila pun. Lebih menarik bisnes 'teksi untuk wanita' ini semakin berkembang pesat dan memberi peluang pekerjaan yang lebih untuk wanita.

Turut menarik ialah 'Quran Idol' di mana musabaqah membaca al-Quran untuk mencari qari terbaik dari semua segi. Bahkan terdapat peserta dari Malaysia bernama Yusuf (bersongkok) dipaparkan membaca al-Quran. Juri dari Malaysia juga disebutkan hadir tetapi tidak dimaklumkan siapa. Argh tahulah kita selama ini bahawa fitnahlah mengatakan syiah ada 40 juzuk al-Quran sendiri. Seolah-olah pencipta fitnah ini tidak mempercayai Allah akan memelihara keaslian al-Quran sampai hari kiamat dan ini adalah cerita merapu yang digembar-gemburkan oleh segelintir ekstrimis dan penfitnah. Buñuel turut mewawancara qari dari Iran bernama Sayyed Mehdi Hosseini. Pemenang 'Quran Idol' mendapat 40 duit emas bernilai 8ribu dolar.

Saya pernah ke Iran beberapa kali dan paparan rancangan tersebut amat indah. Ia memberi keadilan kepada umat Islam di sana. Ada macam-macam lagi, silalah tonton sendiri. Ada sesetengah orang begitu alergik mendengar nama Iran. Bak kata Saidina Ali, usah memusuhi apa yang tidak kita tahu. Eloklah kita mengenal sebelum berkata-kata.














Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

3 Comments:

uncle sem @ June 5, 2009 at 6:11 PM

destinasi kita yg seterusnya..

uncle sem @ June 5, 2009 at 6:12 PM

destinasi kita seterusnya..

Admin @ June 11, 2009 at 10:13 PM

aik
along maw p iran?