Obama pembunuh (GAMBAR DI DALAM) (U)

7:32 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________


susah nya menjadi terkenal. sampai bunuh lalat pun orang tau satu dunia! obama-obama..

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sering dikritik kerana dilihat sering berlembut dengan beberapa buah negara musuh namun semalam beliau membuktikan tidak akan memberi belas kasihan terhadap provokasi 'musuh.'

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Obama menjadi tidak selesa apabila beliau diganggu seekor lalat ketika diwawancara oleh stesen televisyen CNBC kelmarin.

Lalat berkenaan terus hinggap di kepalanya dan enggan terbang ke tempat lain walaupun Obama menghalaunya beberapa kali.

"Pergi dari sini," kata Obama.

Namun lalat itu terus berdegil sehingga menyebabkan Obama tidak dapat memberikan tumpuan terhadap wawancara tersebut.

Obama berhenti bercakap seketika sambil merenung lalat itu sebelum tangan kanannya menepuk serangga itu sehingga mati.

"Di mana kita berhenti tadi," kata Obama kepada wartawan CNBC, John Harwood.

Melihat Harwood dalam keadaan kehairanan, Obama berkata: "Itu merupakan sesuatu yang sedikit hebat, tidakkah begitu?"

Menyedari kamera merakam insiden di East Room di White House, Obama dengan berjenaka menuding ke arah lalat yang mati di lantai.

"Adakah anda mahu merakamkan gambar lalat itu?" soal Obama. 

- AGENSI



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

3 Comments:

NURUL HARUN @ June 19, 2009 at 11:08 AM

what the heck?! ades **pengsan**

shakinah @ June 19, 2009 at 3:13 PM

hahahah.
bodo la benda ni.
aku tgk brite tym ni pun pelik.
mentang2 dia obama,
pasal lalat pun nak masuk brite.
huh.
aku ari2 pukul nyamuk x pnh masuk pun

Mr & Mrs Naza @ June 20, 2009 at 9:52 AM

Lucunya biLa baca daLam bahasa meLayu