Midsem Break? Give me a break! (P)

11:00 PM / Comments (4) / by Admin

_________________________________

Asal balik rumah mesti jadi malas nak update blog. Rumah membuatkan sendi-sendi di jari jemari ini malas untuk menekan keyboard. Warghh. Nah, ini sedikit rentetan perjalanan cuti mid sem pemilik IkanStim.com.

Untuk balik ke Sabah, perlu lah aku untuk membeli tiket kapal terbang sebab tidak ada tiket naik feri/bas/kayak/whaler/motorboat di jual untuk pergi ke Sabah dari Kuala Lumpur. So kawan-kawan, jangan tanya soalan bodoh " Naik apa? " bila aku mengatakan bahawasanya aku ingin pulang ke kampung halaman. Sebelum ke KLIA, perlu singgah ke KL Central dulu sebab ada temu janji dengan awek. Eh, dengan supplier baju-bajuan untuk Campus Life . Time sembahyang subuh/maghrib tak ingat, terserempak anak-anak ini di surau KL Central yg hanya bukak at 5.30 am-7.30 am lepas tu di kunci. Kemudian dibuka semula untuk zohor dan asar dan ditutup at 11pm.


Comel kan yg kecik tu

Makan tengah hari dan minum petang bersama insan tersayang seketika dan mengucapkan selamat tinggal untuk menaiki ERL. Dengan tiket ERL RM35, anda boleh check in di KL Central. Sangat memudahkan pelanggan MAS. Yela, tidak terdaya diriku untuk mengusung bagasi seberat 24++ KG naik bas. Baik check in terus.


Ya, 24kg ++ tee kosong shj. Semata-mata untuk CAMPUS LIFE

Setelah tiba di Kota Kinabalu, baru lah aku sedari bahawa kemarau yg melanda Sabah agak teruk. Oh pencipta alam semesta, turunkan lah hujan di bumi yg melanda kemarau ini.. amin. Mari saksikan sedikit peristiwa cemas yg berlaku:


terima kasih bomba


terima kasih rescue 999


tak cemas? memangla. time cemas-cemas tu mana sempat nak keluar kan N70 untuk snap-snap gambar. adoi.


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

4 Comments:

Aida The Pink Goddess @ March 18, 2010 at 6:58 PM

rumah terbakar ka? wah2, ika pun ckp KK panasss

x-po @ March 19, 2010 at 6:32 PM

hehe kalau time blk umah la gian nk main blog sbb xda bnda nk wat kat umah..kalau kt tpt praktikal aku, mmg susah nk on9 sbb asik busy je

Admin @ March 19, 2010 at 7:07 PM

woha
sy plg bz time blk rmh
haha

Anonymous @ March 20, 2010 at 1:04 PM

dkt kk ni...mcm smua tmpt pun terbkr ja....