Taik Coklat Britain (U)

9:21 AM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Peribahasa melayu ada mengatakan sudah terhantuk baru tengadah. Tapi rasanya Britain belum tengadah lagi. Nak sangat sokong Israel kan, tengok sekarang siapa tikam dari belakang? Tapi masih lagi nak bagi sokongan. Bodoh . noktah

Sila baca keratan berita:


Britain usir diplomat Israel

24/03/2010 3:31am

LONDON 24 Mac – Britain semalam mengusir seorang diplomat Israel berhubung penggunaan pasport palsu Britain dalam pembunuhan seorang komander Hamas di Dubai pada Januari lalu.

Setiausaha Luar David Miliband berkata kepada penggubal undang-undang bahawa diplomat tersebut, yang tidak diberikan namanya, diusir setelah siasatan mendapati terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Israel terlibat dengan pemalsuan itu.

“Tindakan Israel itu telah meletakkan Britain dalam bahaya dan satu perbuatan yang tidak menghormati kedaulatan negara ini,” katanya.

Namun menurut beliau, Britain akan terus menyokong Israel dalam usaha mewujudkan keselamatan dan kestabilan di rantau itu tetapi menegaskan bahawa tindakan ini sangat tidak dapat diterima. – AP



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

2 Comments:

Anonymous @ March 25, 2010 at 5:34 PM

Aku perasan jugak, sekarang Israel macam keseorangan saja. Tak ramai lagi org sanggup moo support negara nih. Bantuan US ke Israel pun sudah mula kena kritik oleh rakyat US sendiri.

Pandangan orang pada Islam juga adalah lebih baik, bebanding dulu. Ada hikmah juga kes WTC 11 September 2001 tuh.

Admin @ March 25, 2010 at 10:53 PM

setuju!