Ir Nizar masih MB perak atau tidak? | Najib takut hadapi pilihanraya?

12:20 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

salam

akhirnya , negeri yg kini aku diami menghadapi situasi politik yg terumbang ambing. hapekejaddahnya anak-anak merempit dikala ibu bpaa mereka beredngkur di rumah?!
bg sesiapa yg tidak tahu menahu apa yg berlaku di perak, baca entri sebelum entri ini

Rentetan pagi seorang MB 6Feb Ipoh ( di petik dari malaysiakini )

9.30 pagi: Anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

9.40 pagi: Nizar, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exco tiba di bangunan SUK. Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk.

Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

10.15 pagi: Nizar dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Abdul Rahman dan Azisman.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan supaya meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu Azisman supaya mematuhi prosedur.

10.20 pagi: Nizar dan anggota exco berkereta keluar dari pejabat SUK, balik ke kediaman rasminya.

10.45 pagi: Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri.


Reaksi rakyat?

Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat. -malaysiakini

Semua penyokong PAKATAN RAKYAT diminta memasang dan menyalakan
lampu kereta bermula jam 12.00 tengah hari Jumaat 6hb Februari 2009.
- tukartiub

Kenapa tidak mahu BN?

pakatan ipoh rally 050209 bannersPetikan kenyataan media dari pejabat sultan perak:

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

3 adun yg keluar PR tu tidak lagi memegan jawatan adun. jadi org ramai tidak menerima BN sg majoriti.


petikan surat MB Ir nizar kepada sultan:
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Cara yg betul untuk ambil alih kuasa ialah:

"hanya ada dua cara untuk menguji sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat itu - pillihanraya negeri atau usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)." - blog Ku Li

Kesimpulan

1) pakatan rakyat perlu menang dengan majoriti yg lebih besar utk election akan datang
2) Najib and the gang takut utk hadapi pilihanraya
3) perlembagaan adalah satu benda yg boleh di gubah sesuka hati
4) tahniah najib!
5) semestinya ramai ahli umno tidak bersetuju tindakan rakan seperjuangan mereka nih

0 Comments: