Mati dalam lokap di Malaysia (18SG)

11:12 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________



kugan2


Keluarga Tahanan Mati Dalam Lokap Mahu Buat Bedah Siasat Kedua

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Keluarga kepada seorang tahanan yang mati ketika berada di dalam lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya dua hari lepas, membatalkan upacara pengebumian mangsa berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat yang dikeluarkan hari ini.

Pengebumian yang sepatutnya berjalan kira-kira pukul 6 petang itu, dibatalkan di saat-saat akhir apabila keluarga A. Kuhan, 23, membuat keputusan untuk bedah siasat kali kedua.

Difahamkan, mayat Kugan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 7 malam tadi dan pihak pengurusan bilik mayat PPUM bersetuju untuk menyimpan mayat berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, PPUM enggan menjalankan bedah siasat kali kedua berikutan ianya tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis.

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam ketika dihubungi Bernama berkata beliau bersama peguam keluarga Kuhan ke Balai Polis USJ8 untuk memohon surat kebenaran bagaimanapun gagal untuk mendapatkannya.

“Setakat pukul 10.30 malam tadi, pihak polis tidak membenarkan atau mengeluarkan borang kebenaran untuk melakukan bedah siasat yang kedua. Kami akan cuba dapatkannya esok melalui ketua polis daerah atau Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan kebenaran didedahkan,” kata Manikavasagam.

Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa keluarga mangsa menyerbu masuk bilik mayat Hospital Serdang semalam, beliau berkata dakwaan tersebut merupakan tuduhan yang tidak berasas.

“Saya berada di bilik mayat sejak pukul 9 malam lagi yang saya merupakan orang pertama yang memasuki bilik mayat itu bersama keluarga mangsa.

“Doktor yang bertugas ketika itu sendiri yang membenarkan kami melihat mayatnya justeru saya menafikan dakwaan bahawa kami menceroboh bilik mayat tersebut.

Katanya, dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Datuk S.K. Devamany turut berada di bilik mayat itu dua jam kemudian dan mereka boleh memberitahu perkara yang sebenar berlaku.

Terdahulu itu, kira-kira pukul 5 petang tadi, lebih 1,000 orang berkumpul untuk menghadiri upacara pengebumian itu di Batu 14, Puchong.

Sejak pukul tiga petang lagi, sekumpulan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang permohonan untuk membuat bedah siasat kali kedua perlu mendapatkan perintah dari mahkamah sebelum boleh berbuat demikian.

Khalid berkata laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair bukan didera ketika di lokap seperti yang didakwa.

http://www.bernama.com










Ganas .. cuba lah elak dari ditangkap oleh polis atau someone yg ada kuasa. bahaya!

Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

0 Comments: