Buat Duit: Public Mutual | Takaful Malaysia | Blog Part II

8:26 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Salam. Walaupun ramai yg singgah ke blog IkanStim, tapi tak ramai pula yg meninggalkan komen., Tapi tak kisah lah. Asalkan ada yg membaca dan dapat sedikit info. Untuk perbincangan lanjut boleh tinggalkan pertanyaan di ruangan komen atau shout box. Mari kita sambung entri sebelum ini.

Kalau beberapa hari yg lepas ada aku huraikan sedikit mengenai Public Mutual, kali ni aku kongsi sedikit mengenai Takaful Malaysia. Bukan Takaful etiqa atau takafuk ihklas ok. TA-KA FUL MA-LAY-SIA.

http://www.theislamicbanker.com/images/takaful_malaysia.jpg

Takaful ialah alternatif kepada insuran konvensional. Jangan salah sangka ya. Bila sebut takaful, bukannya merujuk kepada Syarikat Takaful sebenarnya. Itu ialah sistem yg digunakan oleh Syarikat-syarikat takaful. Dan bila disebut Syarikat Takaful Etiqa atau Ikhlas atau Syarikat Takaful Malaysia, jangan assume syarikat-syarikat ni dalam satu syarikat. Setiap diorang ni berbeza-beza.

Bagaimana menjana duit dengan Syarikat Takaful Malaysia?


Setakat pengetahuan saya, ada satu cara saja. Setakat yg aku tau lah. Jadi agent takaful. Ada dua jenis agent. Pertamanya, agent biasa atau dipanggil (Takaful Financial Consultant) TFC. Keduanya, CAGT .. tak ingat what CAGT stands for. Tapi dalam bahasa melayu nya korporat agen Takaful Malaysia.

Bagi TFC, tidak semua produk boleh dijual. Berbanding dengan CAGT, semua produk boleh dijual. Tapi ada minimum requirement lah untuk dapat title CAGT dan aku tidak akan mengulas lanjut pasal tu. Aku fokuskan kepada cara buat duit sahaja. hehe

Oleh kerana terlalu banyak produk perlindungan yg ditawarkan Syarikat Takaful Malaysia, aku kongsia apa yg setakat ni aku buat under lesen Korporat Agen. Boleh?

1) Insuran kereta

Ini produk paling mudah dijual tapi benda ni bermusim. Sebab orang renew insuran kereta cuma setahun sekali. Macam tanam durian la lebih kurang. Bukan setiap hari boleh dituai. Kalau nak tuai setiap hari, boleh usahakan jadi consultant Public Mutual (rujuk entri dulu) atau jual produk lain seperti Personal Coverage. Ala.. yg macam drama-drama isteri bunuh suami utk dapat duit insuran tuuu. Itu lah personal coverage.

http://s.lowyat.net/uploads//attach-52/post-205752-1223912682_thumb.jpg
Biasanya kereta besar-besar bayar 1k - 700 ringgit setahun untuk insuran. Bergantung pada umur kereta tu lah. Dan setiap bayaran yg dibuat, agent akan dapat 10%. Kalau seseorang tu bayar 1k, agen dapat RM100. Banyak kan? Ada agen yg dapat urus 5 kereta sehari. Dapat la 200-500 ringgit sehari.

Produk ni paling mudah dijual sebab pemilik kereta TIDAK BOLEH renew road tax selagi kereta tu belum di insuran kan. Jadi benda ni macam penjual Ais Batu Campur ABC. Diorang tidak boleh jual ABC kalau tidak ada ais. insuran kereta ni waaaaaaaaajib dibeli. Ada jugak agent yg buat duit lebih dengan menawarkan service buatkan roadtax sekali dengan bayaran tambahan RM10-20 .

2) Insuran Group Coverage

Produk ni pulak berkaitan dengan insuran berkelompok. Cuti sekolah ni, banyak program-program yg dilakukan. Jadi, agen-agent insuran kena ambil peluang untuk mendekati persatuan-persatuan atau apa-apa pertubuhan supaya ditawarkan untuk mengurus insuran diorang. Ok-ok, begini situasi nya:

Rakan Muda Inovasi cawangan Kulim akan buat lawatan ke Kilang Intel di Langgar. Perjalanan mereka bermula dari Kulim ke Langgar dan sepanjang program berlangsung di Kilang tu boleh di insurankan sekiranya berlaku apa-apa kemalangan. Setiap program memang disediakan peruntukan khusus untuk insuran para peserta. Jadi program-program ni ibarat lubuk emas lah. Macam tender yg menunggu orang datang ambil saja.

http://www.isn.gov.my/portal/images/stories/lawatan_apr%20(4).jpg
Sekadar gambar hiasan


Biasanya persatuan akan ambil cover yg sederhana: RM4/head. Program pula biasanya disertai 80-100 orang. Katakan ada 100 org, (100 x 4 = RM400) . Seingat saya, komisennya 20%. Dapatlah RM80. Time Cuti sekolah kadang-kadang sebulan tu ada 10 program. Andai kata setiap program RM80, 1O program dah dapat RM800. Tapi networking kena baguslah.


Setakat ini sajalah perkongsian mengenai Takaful Malaysia . Saya pun tidak ada banyak pengalaman dalam bidang ni. Tapi pernah buat dan dapat la sedikit income. Kalau ada penambahan atau ralat untuk diperbetulkan, jangan malu-malu tulis di ruangan komen atau shoutbox.












Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

3 Comments:

erie @ December 20, 2009 at 4:20 PM

sekadar mengomen dan meninggalkan kesan kehadiran.. heheh

cik eykameow :) @ December 21, 2009 at 1:13 AM

huhh, x bpe nk mengerti la plak psl takaful yg ni. yg eyka amek takaful iklas. saving+insuran diri :) hehe tp dye x support la plak utk roadtax tuuu. tp besh gak kn law jd agen nie. kayaaaaaaaaa ! haha

Admin @ December 22, 2009 at 3:06 PM

eleh erie
haha

tak jugak kaya eyka. kalau usaha lebih dapat la duit lebih sikit.
berapa byr bulan2?