Satu Bantal Satu Harapan (U)

8:11 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Ikanstim: Mari beramal jariah. Entri ini di copy dari web Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, Sabah. Rumah anak yatim di daerah ranau, Sabah.

__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __


“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim)

Agama Islam menggalakkan kebersihan dalam kalangan penganutnya. Selaras dengan ajaran Islam yang mementingkan kebersihan, RPH Ranau melancarkan kempen Satu Bantal Satu Harapan bagi menangani masalah kesihatan kulit dikalangan penghuni RPH. Alhamdulillah, tidak lebih daripada 2 kes telah dikesan setakat ini. Walau bagaimanapun, sekiranya tidak dibendung, dikhuatiri akan menjadi teruk.



tempat tidur anak-anak Rumah Putera Harapan


Antara punca penyakit kulit ini ialah bantal, sarung bantal, tilam, cadar yg kotor. Atas kekangan kewangan, pihak pengurusan RPH tidak dapat membekal kan bantal, sarung bantal, tilam, cadar yang baru kepada anak-anak yg tinggal di RPH. Kebanyakannya telah digunakan.

http://scavenging.files.wordpress.com/2009/09/pillow.jpg

Selain daripada mengelak penyakit kulit yang mudah berjangkit dalam kalangan anak-anak RPH, kempen ini diharap dapat membantu mereka untuk menjalani kehidupan yg lebih bersih dan sihat. Ini merupakan langkah pencegahan bagi mendidik mereka mengenai kebersihan dan juga memastikan mereka bebas daripada jangkitan penyakit kulit.

Cara untuk menyumbang

1) Menaja seorang anak RM40 (Bantal dan cadar)
- Bank in ke Bank Islam Malaysia Berhad:
Penama: Rumah Putera Harapan
No Akaun: 1001601006681

2) Ke RPH Ranau secara terus
- Semua pihak di alu-alu kan untuk berkunjung ke RPH Ranau dan membawa bantal, sarung bantal, tilam, cadar baru untuk diberi kepada anak-anak ini. (bantuan-bantuan lain juga dialu-alulan)
- Hubungi kami

Bantuan yang dihulurkan adalah sangat kami hargai. Semoga Allah s.w.t merahmati saudara/saudari sekalian. Sila hebahkan kempen ini (kami halalkan untuk copy entri ini). Sesungguhnya amal kebajikan sebesar zarah pun akan dihitung di akhirat kelak insyaallah.


Jazakallahu khairun kathira

__ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

0 Comments: