Nirmala Bonat Lega (U)

8:56 AM / Comments (4) / by Admin

_________________________________


Dipetik dari kosmo!

IkanStim: Walaupun aku sengaja buat tajuk berita tu jadi lawak sikit, aku berminat nak tau apa pendapat korang semua tentang mak cik ni? adakah beliau betul-betul pendera? Kalau dia pegi indon ni, memang tak senang duduk la. Ntahla, yg aku takutkan, mungkin perempuan ni tak buat pun, tapi jadi kambing biri-biri hitam untuk menunjukkan kat public bahawa si pesalah dah di hantar ke muka pengadilan. Tapi dalam berita ni, tak da pulak dia kata dia tidak mengaku bersalah kan? So, mungkin memang betul-betul bersalah la kot.

Korupsi yg berlaku dalam institusi mahkamah/pengadilan di negara ini buat kita ragu-ragu. Banyak kes bunuh, rogol, culik yg tak selesai. Ada sesetengah kes tu dah 20 tahun lebih. Masih tergantung macam tu saja. Aku sangat risau kalau masuk penjara, kena tahan polis, atau apa-apa yg akan menyebabkan kita di bawah kawalan so called Authorities. Ikut suka diorang saja nak buat apa kat kita. Tsk. What should we do Malaysian?!


PEK HA (tengah) bersama peguam dan ahli keluarganya selepas dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Suri rumah, Yim Pek Ha yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun setelah disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan mendera bekas pembantu rumahnya, Nirmala Bonat dengan seterika panas dan air panas, lima tahun lalu berjaya mengurangkan hukuman kepada 12 tahun penjara.

Ketika berdiri di dalam kandang pesalah bagi mendengar keputusan yang dibacakan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini semalam, Azman Abdullah, Pek Ha, 41, dilihat beberapa kali mengesat air matanya.

Namun, semakin lama esakan bekas pramugari itu semakin jelas kedengaran dan sebaik sahaja selesai prosiding, Pek Ha tidak dapat menahan perasaan dan menangis di dalam pelukan suaminya, Hii Ik Ting sambil dikerumuni ahli keluarga lain.

Terdahulu, Azman menyabitkan Pek Ha bersalah bagi pertuduhan pertama dan kedua iaitu menyebabkan cedera parah terhadap Nirmala, 24, menggunakan sebuah seterika panas dan air panas di rumahnya di 33B-25-6, Villa Putera, Jalan Tun Ismail, di sini pada Januari dan Mac 2004.

Namun, setelah mengambil kira keadaan Pek Ha yang mempunyai anak-anak kecil, mahkamah mengurangkan hukuman 18 tahun bagi setiap pertuduhan kepada masing-masing lima tahun penjara mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pek Ha turut disabitkan bersalah atas tuduhan keempat iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Nirmala menggunakan cawan besi di tempat yang sama pada pukul 3 petang, 17 Mei 2004.



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

4 Comments:

r.k @ December 4, 2009 at 10:59 AM

what should we do?

jadi american la..

Unknown @ December 4, 2009 at 2:00 PM

mmg sesuai di penjarakan...

Admin @ December 4, 2009 at 3:51 PM

jd american laaagi teruk rk. siriusli

dia dah mngaku bersalah tu, mmg ngam la kena masuk penjara.

r.k @ December 4, 2009 at 4:04 PM

Malaysian is better. stop whining then.

sejuk dan lembap hari ni.. ^^
air langit mencurah-curah