Kompleks Hotel Lebih Tinggi Daripada Masjidilharam (U)

7:49 AM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

Memang tidak ada nas yg mengatakan bangunan mesti di bangunkan tidak melebihi ketinggian Masjidilharam, tapi, macam tak proper pulak bila di sebelah masjidilharam ada hotel yg tinggi nya lebih kurang dengan Burj Khalifa. Bukan di Brunei bangunan tidak boleh tinggi daripada menara masjid?

Tak salah, tapi.. ntah la. Kita tunggu respon para alim ulama.
Sumber utusan.



Gambar ilustrasi artis menunjukkan kompleks Menara Abraj al-Bayt berdekatan dengan Masjidil Haram di Mekah. - AFP


DUBAI 14 April - Sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Mekah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London.

Pengurus besar hotel berkenaan, Mohammed al-Arkubi pada sidang media di sini semalam berkata, kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam.

Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang mencecah 828 meter.

Menara Jam Diraja Mekah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi dengan simbol bulan sabit.

Malah struktur konkrit Menara Jam Diraja Mekah itu adalah lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

"Fasa pertama hotel akan dibuka pada akhir Jun ini, manakala jam itu akan mula beroperasi pada akhir Julai, iaitu menjelang bulan Ramadan yang dijangka bermula sekitar 10 Ogos," kata Arkubi.

Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya.

Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Kompleks itu dibina oleh syarikat hartanah gergasi, Bin Laden Group, bagi pihak kerajaan Saudi. - AFP





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

3 Comments:

joegrimjow @ April 15, 2010 at 7:55 AM

pencakar langit kat tanah haram
urmm

Anonymous @ April 15, 2010 at 6:22 PM

aku ada komen pasal mende ni kat youtube.aku cakap la tak seswai nak buat bende yang bermegah2 ni kat tanah haram.buat la kat tempat lain.bandar lain yang famous ada macam riyadh ibu kotanya,atau jeddah.ni,nak buat kat situ gak,sgt overshadow imej mekkah sebagai pusat ibadat.sekali imbas macam new york,sesuai ke?lagipun tak sesuai bangunan yang flashy camni kat tempat ibadat,nanti jadi riya' orang datang mekah berbondong2 niat awal2 nak amek gambar kat menara jam tertinggi didunia.

bila aku komen,orang arab sentap pulak.dia kata,kalau camtu lepas ni dorang buat menara dari lumpur(mud tower) je lah habis cerita.

Admin @ April 15, 2010 at 6:52 PM
This comment has been removed by the author.