Menangani Masalah Buang Anak Luar Nikah (18PL)

4:36 PM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

Semakin ramai anak-anak dilahirkan oleh ibu yg belum lagi bernikah dengan si tukang penabur benih. Malah dilaporkan bilangan anak luar nikah telah mencecah belasan ribu. Bukan setkat ribu-ribu, tetapi belasan ribu. Apa punca masalah anak luar nikah ini? Adakah sebab pandangan masyarakat Malaysia yg majoritinya berlatarkan Islam sebagai cara hidup menyebabkan isu ini menjadi masalah sedangkan di barat anak luar nikah adalah perkara normal dan diterima masyarakat.

Kes nya begini, anak yang baru lahir dibuang di tepi surau, di dalam longkang, di dalam tong sampah, di sungai, di paya kerana si ibu malu untuk menjaga anak tersebut atau tidak mampu untuk menggugurkan kandungan nya kerana belum berkerja. Malah ada yg baru 15 tahun. Lagi teruk 13 tahun. Andai kata Malaysia menyediakan servis percuma/murah dan privasi untuk menggugurkan anak, pasti masalah ini selesai kan? tidak lagi kedengaran berita melaporkan kes-kes buang anak.

Tidak pun, Malaysia barangkali boleh supply kondom dan pil pencegah kehamilan kepada sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi untuk mengurangkan peratusan kehamilan dalam kalangan pelajar dan penuntut IPT/IPTS. Sedia maklum, pada range umur sebegitu, manusia aktif dalam aktiviti seksual. Tidak kiralah hubungan seks atau pun rasa ingin tahu mengenai seks.

Pendidikan seks? Bagaimana sebenarnya silibus pendidikan seks? adakah guru-guru akan mengajar murid-murid apakah yang menyebabkan STD? Lepas tu murid-murid pun akan berfikir "whoa, rupanya, @#$@! boleh di hisap pula" dan berakhir dengan mereka sendiri mencubanya. Atau pun, bagaimana bayi boleh terhasil? air mani di masukkan ke dalam rahim wanita dan bertumbuh dan bla bla bla. Dan akhirnya mereka sendiri mahu melakukan sedikit uji kaji melalui kaedah amali.

Begini lah, ilmu ini adalah unlimited. Tidak akan berhenti satu cabang ilmu tu jika kita pelajari dan kita tekuni. Tapi perlu ada barrier nya. Semacam kes Albert Einstein menemui formula mc square = e yang akhirnya memberi idea kepada penciptaan bom atom. Bila sudah terciptanya bom atom, disini perlu ada penetapan barrier bagaimana penggunaannya. Sama macam pendidikan seks. Ajar lah sampai budak tu dapat degree sekalipun dalam bidang seksualiti tapi kalau tidak ada barrier nya, tetap disalah guna.

Bagaimana ? (Amaran: gambar-gambar yg akan di tontonkan mungkin tidak sesuai umum)



ini?



atau ini?



atau yang ini?


Jangan pertikai hukum tuhan, tapi jangan memandai laksanakan hukum tuhan. Mesti betul cara nya. Rasa-rasa ada tidak yg berani nak buat kalau hukuman begini di laksanakan?

p/s- entri ini tidak punya konklusi dan IkanStim.com tidak menolak hukum hudud. Sekadar buah fikiran. Tapi yg pasti, dalam banyak-banyak agama, Islam lah yg paling menitik beratkan prevention. Alkohol setitk pun tak boleh. Sedangkan bukan boleh buat mabuk pun. Tapi nak prevent kan. Setitik pun jadik haram.






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

7 Comments:

MrRollies @ April 4, 2010 at 5:25 PM

sangat menyeramkan =(

Alynn Notnot @ April 4, 2010 at 5:36 PM

bila hukuman ringan2 je yg dikenakan, makin ramai yg berani buat salah.

novatech @ April 4, 2010 at 5:53 PM

sex education bukan limited ajar pasal hubungan laki perempuan je (ini ramai yg tak faham)
ni contoh content sex education
http://rc.vc/pics/offensive/richard_a_cohen-alfies_home/
amaran: offensive content bagi sesetengah pemikiran manusia

mengedar dadah hukuman dia bunuh,tapi masih ramai manusia buat...bila hati sudah buta. sama gak la dengan maksiat.

kita takut bila ajar kanak kanak pasal seks, mereka akan try buat. sambil kita bimbang, mereka akan buat tanpa di pengetahuan yg betul...
kalau ajar betul apa yg kita takut/bimbang?
aku hanya nampak benda simple di kompleks-kan

natsumiDyla @ April 4, 2010 at 6:21 PM

betul betul.
tapi zaman sekarang dah macam ragu2 nak laksanakan hukum hudud...

Admin @ April 4, 2010 at 6:55 PM

novatech
u r missing the point here
im agree with sex ed tapi perlu pendekatan agama disamping sex ed tu

or im the one who write it wrongly?

novatech @ April 4, 2010 at 7:34 PM

aku nampak point pendekatan agama tu, mmg sepatutnya di ajar dengan cara agama pun. sebab sememangnya dalam agama dah ada ajar semua tu.

komen aku tadi tu berkaitan dgn orang ragu ragu nak nak apply sex edu dlm pendidikan agama/semasa. lagipun, byk aku baca bila sentuh pasal sex edu je, mesti ingat akan menggalakkan perbuatan tu. mereka bagaikan takut lain diajar, lain akan dibuat. lebih kurang gitu la.

Admin @ April 4, 2010 at 8:20 PM

betul lah. mungkin skg dah sesuai dah kot utk apply sex ed nih kn?