Setakat iPad, Sejuta Aku Boleh Beli! (U)

12:57 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Memandangkan kampus ni mengharamkan Youtube, tak dapat la nak tengok video ni. Tapi best jugak idea diorang nih. Time orang ramai asyik nak guna iPad, dorang pegi hancurkan la pulak. 1st day launching pulak tu. best-best. walaupun agak bodoh . haha


Klip YouTube menunjukkan seorang lelaki memukul iPad dengan menggunakan kayu besbol.


NEW YORK - Satu klip video yang menunjukkan sekumpulan lelaki merosakkan komputer iPad dengan kayu besbol menjadi sensasi terbaru di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Lebih 500,000 orang telah menonton klip itu di laman perkongsian video YouTube setakat ini.

Klip video itu menunjukkan iPad berharga AS$499 (RM1,600) dihempas di sebuah kedai elektronik tempat gajet itu dibeli pada hari pertama ia dijual.

Aksi tersebut merupakan idea seorang lelaki dari bandar Pittsburgh, negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat yang mahu dikenali sebagai Casper, 29.

"Saya menyukai gajet keluaran Apple Inc. tetapi kami (rakan-rakannya) tidak bekerja untuk syarikat itu.

"Kami melakukan aksi ini kerana mahu menjadi kumpulan pertama di dunia yang merosakkan iPad," katanya. - Agensi

Sumber- Kosmo!




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

2 Comments:

GeuMJanDi :)) @ April 7, 2010 at 1:06 PM

mcm ni pon ada ka? haish....

Hasrol Nizam @ April 7, 2010 at 1:14 PM

mak aiii..macam2 la diorg ni