Tomok menang OIAM! (U)

10:19 PM / Comments (10) / by Admin

_________________________________




Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir' berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam.

Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali' apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web www.8tv.com.my/oiam.

Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

"Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran," katanya.

Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam.

Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus).

- MSTAR


p/s-jelesnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

10 Comments:

jihannor @ May 3, 2009 at 10:41 AM

actually tomok x dapat pun exactly RM1juta, sb bila dah tolak tmbah recording cost etc, dia just dapat around RM300k je..same does with Ayu (OIAM 2) dari putatan tu. sampai skrg ayu x dapat2 buat album dan baiki gigi dia. so mana pi duit 1 million dia tu?? cian kan,susah2 jak nyanyi n menan.

jihannor @ May 3, 2009 at 10:43 AM

but still dia dapat 300k la,quit BIG amount la :) best nya kalo ada org labur byk mcm ni dlm Pub.Mutual akak.hehehe..:D

Admin @ May 3, 2009 at 11:09 AM

haha
baiki gigi?
kenapa dorg kena buat album sndri??

♪♠Azs♠♪ @ May 3, 2009 at 6:02 PM

huhuuh...da agak da tomokk menang...

dierr leh g jauhh..huhuuh..real champion...huuhuhuh

Admin @ May 3, 2009 at 6:44 PM

wahh
ni pyokong tomok ni

Nadhirah @ May 4, 2009 at 8:21 PM

muahahaha
siLa perhatikan betuL2 idungnya yg kembang itu

Liling @ May 5, 2009 at 5:32 PM

Not fair.sebab dia da out awal2.Apa mcm wo???Sama aja OIAM mcm af.Da tersingkir AFmasuk balik.Akaka.Originaliti da hilang.Wohhhhh.

Admin @ May 6, 2009 at 11:45 PM

haha
no komen

Anonymous @ May 12, 2009 at 10:36 AM

ayu bukan org putatan la,,org sandakan...

Admin @ May 12, 2009 at 11:48 AM

bkn ayu sekolah di smk putatan ?