Buat duit: Public Mutual | Takaful Malaysia | Blog Part i (P)

9:05 AM / Comments (9) / by Admin

_________________________________

Notis: Entri mengenai pengetahuan kewangan yg basic-basic sahaja dan entri ini agak panjang.

Salam, I rarely write someting about me in IkanStim.com. Memandangkan dah ada label "Peribadi", boleh la tulis something about myself kan? hehe. Ohya, benda-benda bisnes ni aku ada kongsi di blog yg satu lagi: Bisnes Harian .



[PUBLICMUTUAL.gif]


Ok, berbalik kepada tajuk entri, adakah anda semua tahu apa itu Public Mutual? Anak syarikat kepada Public Bank yg telah lama wujud di Malaysia (sejak 1980). Public Mutual menyediakan platform untuk kita semua (yg berumur 18tahun keatas) melabur dalam amanah saham selain daripada ASB. Ini bukannya pelaburan cepat kaya atau bisnes jual ceramic. Boleh disimpulkan Public Mutual ni ialah amanah saham lah. Apa yg baiknya tentang Public Mutual?


  1. Untung lagi besar: Prestasi yg semua sudah maklum lebih baik daripada ASB. Terdapat kes pelabur memperoleh 20% pulangan selepas 3 bulan pelaburan.
  2. Lebih transparent: berbanding kepada ASB, kita tidak tahu dimana di laburkan dan berapa service charge. Setiap dana ada service charge tersendiri. (Boleh diperiksa di laman web Public Mutual)
  3. Halal: Untuk pelabur beragama Islam, terdapat dana-dana islamic yg telah diluluskan oleh panel lembaga pengarah shariah. ASB sendiri tidak mempunyai panel lembaga shariah.


[151220081109.jpg]
Sekadar gambar hiasan


Bagaimana untuk menjana duit dengan Public Mutual?

Kaedah 1: Melabur lah dengan Public Mutual
Kaedah2: Jadi consultant Public Mutual


Kaedah 1: Ramai yg tidak mempunya modal yg cukup untuk melabur in term of to gain big return. Jadi kaedah 1 boleh diguna pakai untuk kita lindungi nilai wang yg semakin berkurang dari tahun ke tahun. Maksudnya, kalau kita ada RM3000 sekarang, nilainya akan susut pada masa hadapan. Bila kiTa melabur dalam amanah saham (yg pulangan nya lebih tinggi dari nilai inflasi), kita dapat selamatkan nilai wang kita dari susut nilai. ASB, skim epf sekadar cukup-cukup kurangkan susut nilai wang kita. Obviously ini long term investment kan?

Contohnya: ASB declare 8% dividen tahun ini, dan nilai inflasi 4%. Jadi, kita masih untung 4%. Berbanding Public Mutual yg mempunya track record pulangan 10% hingga 25% . Dan bank pula berikan 2-3% .Mana satu yg anda akan pilih?

Kaedah 2: Mendaftar sebagai consultant membolehkan anda menguruskan pelaburan orang lain. Dan setiap pelaburan yg anda urus, anda akan mendapat komisen. Biasanya consultant yg average ( jenis pemalas. haha) dapat urus pelaburan 1-5k sehari . Consultant akan dapat 2% daripada jumlah pelaburan yg di urus. Andai kata RM1000, consultant akan dapat RM20. Sikit kan? haha. Kalau sehari dapat urus pelaburan RM5000, sebulan dah dapat RM3000. Ok la tu.


Dan itu cara admin IkanStim.com buat duit dengan Public Mutual. Kaedah 1 dan 2. Kalau nak extra info, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen atau shout box.


Ok, cukup setakat ni dulu. Nanti kita sambung untuk part Takaful Malaysia dan Blog pada masa akan datang. cewah.







Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

9 Comments:

Abir Abhar @ December 18, 2009 at 12:34 PM

Aku berminat... berapa modal paling kecik ek?

aidawahab @ December 18, 2009 at 1:30 PM

bgs buka Gold Savings Passbook Account.... sitmpanan emas.....better..harga mas kan jarang jatuh...

Admin @ December 18, 2009 at 1:50 PM

abir, 1k min initial investment, 100 min additional investment

cik aida. dah beli. memang untung. hari tu baru je tuai hasil. 15%.. 6 bulan je. yeay! guna GIA Public Bank. GIA Maybank mahal.

tp skg harga emas agak dull. bosan kalau nak trade guna emas

Anonymous @ December 18, 2009 at 1:51 PM

ikanstim pun pandai trading ek
hbt2..

Admin @ December 18, 2009 at 1:51 PM

eh
sikit2 boleh la..

aidawahab @ December 18, 2009 at 6:37 PM

oh, yakah??? saya tnya kat maybank ari tu....pasal tak biasa ngan bank lain....okeh! saya g cuba kat public bank la ni...

aidawahab @ December 19, 2009 at 3:31 PM

tapi tapi tapi, saya dah cek kat public bank online, minimum to buka akaun is 20g?????? banyak tuuuuuuuuu...maybank baru 5g je

Admin @ December 19, 2009 at 3:34 PM

yup2
tp cik aida, 20g tu pun kira kecik tu
emas ni modal kena besar

yg ptg margin jual beli tu kecil
senang nak jual
maybank tu not worth it

Anonymous @ December 27, 2009 at 11:59 PM

okey lah..

macam ni..
aku ni student sem 4, PTPTN..
Dalam 1 sem, dapat la Rm3500, tapi tolak yuran, baki dalam 2200..
2200, biasanya akan habis dalam masa 4 bulan, tapi sekurang2 dalam bulan 1st, ada lagi 1500, bulan 2nd ada 1000, dan bulan 3 ada 500..

Jadi, katakan aku melabur 1500 bulan 1st, then aku nak tarik 500 setiap bulan kemudian, kalau macam ni dapat ke?
Dia bayar berapa bulan sekali?

dengan situasi sekarang, apa cara terbaik utk aku laburkan wang, 4 gain profit.