tukartiub | PPSMI | BAHASA MELAYU

6:03 PM / Comments (3) / by Admin

_________________________________

SALAM,
kenapa aku tulis post kali ni dengan tajuk tukartiub | PPSMI | BAHASA MELAYU?

pertama, aku akan tulis entri ni dengan cara penulisan tukartiub.blogspot.com

kedua, aku xpuas ati la dengan PPSMI ni

ketiga, apa nasib bahasa melayu nanti?





KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan membuat satu keputusan rasional berhubung masa depan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Menterinya, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata kementeriannya selama ini banyak memberi ruan, termasuk menganjurkan persidangan meja bulat kepada orang ramai serta pihak terbabit dalam mengemukakan pandangan masing-masing berhubung PPSMI dan pihaknya menghargai setiap perkara dikemukakan.

“Kita terbuka kepada semua pandangan malah perbincangan meja bulat yang kita anjurkan memberi ruang kepada semua pihak menyuarakan pandangan mereka berhubung masa depan PPSMI,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau kini berada di Oslo, Norway, menghadiri mesyuarat Lembaga Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas reaksi berbeza di kalangan tokoh akademik serta kesatuan perguruan berhubung tujuh pilihan dirumuskan Persidangan Meja Bulat PPSMI, kelmarin.

Sesetengah mereka mahu penggunaan bahasa Melayu dikembalikan, manakala ada pula yang mahu PPSMI diteruskan bagi memastikan generasi baru negara mampu berdaya saing pada peringkat global.

PPSMI yang bermatlamat meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dimulakan dengan projek perintis lima tahun pada 2003.


betul ke kita akan lebih mudah bersaing di peringkat global kalau belajar sains dan matematik dalam bahsa inggeris?

mcmna nak bersaing peringkat global kalau test sains peringkat kelas pun dah fail!


kenapa anak hishamudin tak skolah kat malaysia? napa antar ke luar negara?xpercaya dengan sistem yg dibuat sendiri?

tepuk dada tanya iman

bahasa melayu tidak akan jadi bahasa ilmu malah akan jadi bahasa kedua.
mana UMNO? perjuangkan isu ni!

hidup bahasa melayu!
bahasa jiwa bangsa


3 Comments:

Anonymous @ December 26, 2008 at 10:18 PM

benar.bahasa jiwa bangsa!

Admin @ December 27, 2008 at 1:47 AM

tiada yg lebih benar melainkan bahasa melayu itu bahasa yg pernah mencipta tamadun agung yang tersendiri

-dipetik dari ulasan exco penyelidikan PKPIM mengenai PPSMI

Awang Kata @ December 28, 2008 at 8:45 PM

Bahasa Jiwa Bangsa. UMNO nampaknya tidak berjiwa Melayu, tapi berjiwa Inggeris. Sebab UMNO itu asal kata Inggeris.