Gemilang Mirza | Bank negara malaysia | skim cepat kaya | serbu bank negara | sabah

10:18 PM / Comments (2) / by Admin

_________________________________

Bank Negara Serbu Pejabat Gemilang Mirza

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah membuat serbuan terhadap Gemilang Mirza Sdn Bhd hari ini kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Gemilang Mirza dibuat di premis syarikat di Papar, Sabah berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai," kata bank pusat.

"Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan," kata bank pusat.

BNM berkata serbuan itu dibuat di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Seksyen 25(1) of BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk mendapat, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Jika didapati bersalah, pengendali skim akan dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 10 tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya sekali di bawah BAFIA.

Mana-mana individu atau syarikat yagn melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

BNM menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui Internet, telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh BNM untuk menerima deposit atau berurusan dalam urus niaga mata wang asing bagi mengelakkan kehilangan wang mereka.

Senarai semua insitusi berlesen yang dibenarkan menerima deposit terdapat di laman web BNM di www.bnm.gov.my.

-- BERNAMA

2 Comments:

chocl8 @ January 17, 2009 at 8:38 PM

hehe...tringat lak 1st class financial management kmi last week.. huhu... suma tediam ms lecturer kluar kan isu ni... lucu gak tingu muka cina2 tu.. papar pun dorg xtaw d mana...huhu...pasni,jgn bc buku ja...bc newspaper

Admin @ January 18, 2009 at 9:14 AM

btul2
kadang2, updates sekitar msia ni kena ikut jgk