Zina, hukumnya rejam. curi hukum nya potong tangan

11:28 PM / Comments (5) / by Admin

_________________________________

salam

Tergerak hati nak kongsi dengan pembaca mengenai isu hudud yg di politik kan oleh segelintir pihak. yg busuknya niat nak dibangkitkan isu hudud ni semata-mata PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN P036 KUALA TERENGGANU .

antara hukum yg telah jelas dinyatakan melalui dalil naqli (quran dan hadith) ialah rejam dan potong tangan. dan hukuman ni lah yg sering di jadikan bualan.


ok, bila kita dengar hudud, apa yg terbayang di kepala otak kita?

pastinya 90% pembaca di blog ni akan terbayang potong tangan. korang rasa, patutkah anak pak mail (bukan nama sebenar) yg berusia 15tahun yg mencuri rm10 dari kedai runcit haji pirdaus untuk top up handphone nya, di kerat kedua belah tangan nya?


Handcut in Helmand

ataupun, wajarkah encik salahudin ,35tahun,tukang sapu dewan bandaraya keramat (nama sebenar &pekerjaan dirahsiakan) yg menggelapkan wang hasil kutipan bayaran sewa pasar tani kampung sitiawan (bukan kampung sebenar) berjumlah 10,000 ringgit di kerat tangan beliau sedangkan niat mencuri wang itu sebab ingin membiayai rawatan pembedahan membuang peluru di perut anak beliau?

apa yg ingin disampaikan disini ialah, PERLAKSANAAN hukum ini ada caranya dan bukan dilakukan semberono. kita bukan suka-suka nak kerat tangan orang. apakejaddahnya semua ini?

nabi sendiri sebolehnya tidak mahu dijatuhkan hukuman ini kepada sesiapa yg tertuduh walaupun adilnya baginda itu sehingga mengatakan jika anak baginda sendiri melakukan jenayah curi, tangan anak baginda sendiri tidak terkecuali dari dipotong.


Hand cut by Taliban in Kabul


ustaz asri , mufti perlis ada mengulas mengenai isu ini dalam siri kuliah riadhusolohin beliau yg boleh di tonton melalui youtube.

beliau sendiri tidak setuju apabila kita begitu agresif mahu kan hukum hudud ni dijalankan di malaysia.

1) menurut beliau, islam itu indah. islam itu agama sejahtera. maka hukum yg mahu dilaksanakan jugak harus membawa kepada kesejahteraan. kita perlu fikir,bagaimana dengan memotong tangan seorang penjenyah yg jelas dan kantoi sekantoi-kantoi nya mencuri, akan membuatkan tertuduh insaf seinsaf-insafnya dan orang ramai mengambilnya sebagai iktibar. kita kena fikir mcmana nak laksana hukuman ini ,tetapi membuat kan org semua rasa "ya, memang wajar hukuman ini diteruskan".

2) situasi umat islam yg dikenali sbg umat yg mundur, barbaric, pengganas dan macam-macam lg yg buruk-buruk membuatkan kita akan lebih di cerca dengan melaksanakan hukuman yg agama lain memandangnya sbg sesuatu yg tidak bertamadun. bukan kita menolak hukum ALLAH dan kata perintah ALLAH itu kolot. apa yg kita boleh lakukan ialah, kita kena pastikan bagaimana perlaksanaan hukuman ini lebih adil,sistematik dan efektif.

banyak yg perlu diambil kira sebelum kita buat hudud ni. di nigeria (dipetik dari kuliah ustaz asri) , budak 13 tahun kantoi berzina, di rejam dgn batu. hukum rejam ni, memang sah-sah rejam sampai mati. hal ini menjadi isu global. seluruh dunia mengecam tindakan ini dan semestinya memburukkan lg imej islam. barat terutamanya semestinya mengambil kesempatan mengenai isu ini.isu kematangan,dan byk lagi aspek di pertikai oleh org ramai apabila budak itu dijatuhkan hukuman rejam.

Banyak sgt kita perlu pertimbangkan sebelum melaksanakan hudud ni. tapi jangan pula kita menolak nya. kita tolak hudud,kita tolak hukum allah.
wallahua'lam



5 Comments:

ko setan anak babi h1n1 @ August 13, 2009 at 8:43 PM

ko ni setan ke hape? belajar dulu agama biar habis baru nak komen.. babi..

Admin @ August 13, 2009 at 9:01 PM

aku manusia yg tuhan cipta sebaik-baik makhluk

ko komen diri ko sendiri ke?tak tau pulak babi setan sekarang pandai type keyboard.

meh cerita dengan aku, apa yg salah kat dalam entri ni. explain la detail sikit. nampak sangat kopondanan dan kecetakan ilmu tu

Ariyon @ August 28, 2009 at 1:53 PM

entahla..Hudud nie dah jadi politik isu..nk kata A betul..salah jugak..nak kata B betul..pun ada kurang jugak..dah ada yg rela disebat,tak tersebat2..isu semakin dipolitikkan..bila la kita nak betul2 ikut ajaran islam..memerintah cara islam..bersaudara secara islam..yg satu nak buat islam..yg satu lagi kata buat islam tapi ala2 nak ke barat pulak..apa yg penting jgn kita burukkan sesama sendiri..kalau a dan b luka..darah tetap merah..bersatu la atas nama islam..

Anonymous @ November 14, 2009 at 1:11 PM

dalam pelaksanaan hukum hudud bkb pkai nk rejam n kerat je...ada cara2 nyer n kna gak masuk court...klu dlm kawen..hukum bzina sebat 100kali la..pada org2 yg da brumah tgga je kna rejam..ad sebb drotan n rejam...allah trun hukum bkn ske2..cma tgal kite je kaji...aku twu sbb ape itu hkumam yg dsuro wat..tp aku xnk share kt sni...bia la kowg cri jwpn....kita tkut nk wt hkum allah sbb tkut di ekplotasi oleh barat???agak2 la kuar statement...nmpk cm kite nk dkawal oleh dowg lak....

Admin @ November 14, 2009 at 3:30 PM

agree with u anonymous
tapi, statement siapa yg ko xsetuju ni?