Presiden Israel pengsan (U)

7:13 AM / Comments (0) / by Admin

_________________________________


ROMBONGAN Peres meninggalkan Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv semalam.


BAITULMAQDIS - Presiden Israel, Shimon Peres (gambar kecil) dibenarkan keluar dari sebuah hospital di Tel Aviv semalam sehari selepas beliau pengsan semasa berada di atas pentas untuk berucap dalam satu majlis.

Bagaimanapun, dia tersedar semula selepas pengsan bagi tempoh yang singkat.

Pemenang anugerah Nobel berusia 86 tahun (WTH?? jadi terrorist pun dapat anugerah nobel ka??) itu pada mulanya enggan dirawat di hospital sebelum dia bersetuju menjalani pemeriksaan ringkas.

Dia kemudian disahkan pulih dengan beberapa ujian perubatan.

Seorang jurucakap Peres, Ayelet Frisch menyalahkan sikap pemimpin Israel itu yang mengatur jadual begitu padat dan mengharungi musim panas sehingga menyebabkannya rebah ketika menjawab soalan daripada orang ramai.

Pengarah Pusat Perubatan Sheba, Dr. Zeev Rotstein memberitahu media Israel bahawa ujian yang dilakukan semalam menunjukkan Peres berada dalam keadaan sihat.

Doktor peribadi presiden itu, Dr. Rafi Valden turut mengakui kenyataan tersebut.

Dia yang merupakan menantu Peres berkata, bapa mertuanya itu berasa lemah kerana berdiri terlalu lama dalam suasana panas.

Presiden itu diketahui tidak mempunyai masalah kesihatan kecuali penyakit tekanan darah tinggi.

Rekod sejarah perubatan Peres didedahkan kepada orang awam dan dia bergerak dengan diiringi seorang anggota paramedik.

Biarpun sudah berusia lanjut, Peres sentiasa sibuk dan suka bergerak pantas.

Dia sepatutnya berehat semalam tetapi merancang untuk berjumpa dengan wakil Amerika Syarikat ke Asia Barat, George Mitchell dalam usaha memperbaharui rundingan damai Israel dengan Palestin. - AP



ikanstim: kenapa tak mati terus?






Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

0 Comments: