Crocs Ciplak (U)

7:55 AM / Comments (7) / by Admin

_________________________________

dari kosmo.com.my
Patutla berlambak crocs jual kat pasar malam. eh, yg kat convofair UTP tu? ori atau ciplak? mari kita terjah! Nas Ikang Seting melaporkan untuk Melodah


Kakitangan Kinderdijk, Kevin Adit menunjukkan perbezaan ketara antara kasut yang asli (atas) dan tiruan (bawah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kakitangan Kinderdijk, Kevin Adit menunjukkan perbezaan ketara antara kasut yang asli (atas) dan tiruan (bawah) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA - Kinderdijk Sdn. Bhd. (Kinderdijk), syarikat pengedar produk bayi dan kanak-kanak serta kasut berjenama Crocs di Malaysia, bimbang dengan penjualan berleluasa kasut tiruan Crocs di pasaran tempatan termasuk di bazar, pasar malam dan Internet.

Pengarah Urusan Kinderdijk, Gwei Tze-Co berkata, ekoran laporan yang telah dikeluarkan akhbar The Washington Post baru-baru ini yang memaklumkan bahawa syarikat Crocs telah muflis ia menyebabkan berita negatif mengenainya disebarkan di seluruh negara.


Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat dakwaan bahawa kilang syarikat itu terpaksa ditutup dan berlakunya lebihan stok.

Menurutnya, semua khabar angin ini telah menggalakkan orang ramai membeli kasut tiruan Crocs dan ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada syarikat itu.

"Kami menafikan khabar angin itu kerana keputusan kewangan bagi Crocs Inc. bagi suku kedua tahun 2009 amat memberangsangkan dengan hasil perolehan jualan di Asia meningkat 30.5 peratus berbanding suku yang sama tahun lalu,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tze-Co menegaskan, hanya terdapat dua peruncit jualan kasut Crocs di negara ini pada masa sekarang yang memiliki kira-kira 80 pusat jualan termasuk di kedai konsep dan pusat jualan yang dibenarkan.


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

7 Comments:

Ayie a.k.a Nyei @ September 28, 2009 at 9:08 AM

tiruan ngn asli beza kat tag die tu je?!

Ina Chu @ September 28, 2009 at 12:42 PM

crocs must do something about this ASAP. As a crocs lover, benda ni memang bikin PANAS!!!
kalu suma crocs berlamabak kat pasar malm, hilang la ke- exclusive-an crocs.. OMG.. silap hari bulan org len akan inga my crocs ni croc ciplak..huhu

ariyon176 @ September 28, 2009 at 2:28 PM

mana nak tau ori dan tiruan..coz selipar nie simple design jer..payah la nk tau..kalo jeans levis ke lain la..huhuhu

IkanStim @ September 28, 2009 at 9:45 PM

protes! mari protes! ramai-ramai buat entri kat blog masing2

Aida The Pink Goddess @ September 29, 2009 at 7:11 PM

ciplak pun still mahal...hmmmm

d|n @ October 15, 2009 at 12:20 AM

btul2..ciplak pttnye kene kasik mura..
susah2 bek beli asadi je..hehe

e p i x ____ @ March 30, 2010 at 4:09 PM

sokong crocs ciplak.hehehe