Terlupa baca Niat (U)

4:21 PM / Comments (9) / by Admin

_________________________________


Pegawai JAWI mengambil keterangan dua lelaki (duduk) yang didapati makan di khalayak ramai dalam operasi semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan tiga sekawan yang ponteng puasa dengan memakan nasi lemak di kawasan terbuka dalam gerai berhampiran Kompleks Wilayah di sini semalam akhirnya memalukan diri sendiri.

Semuanya bermula apabila mereka tengah asyik menikmati sarapan sebelum dihampiri beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada kira-kira pukul 11 pagi.


Perbuatan tiga sekawan ini ponteng puasa terbongkar dengan seorang daripada mereka (kanan) sempat melarikan diri dalam operasi JAWI di Kuala Lumpur semalam.


Dalam keadaan terkejut, seorang daripada mereka bertindak meninggalkan dua rakannya itu dan terus menghilangkan diri di tengah-tengah kesibukan orang ramai.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jawi, Zainul Abidin Mat Noor berkata, dua lagi lelaki itu berjaya ditangkap dan mereka adalah antara 15 umat Islam termasuk seorang wanita yang ditahan dalam operasi pemantauan dan pencegahan sempena Ramadan.

"Semasa ditahan, seorang lelaki memberi alasan terlupa membaca niat puasa," ujarnya pada sidang media selepas mengetuai operasi selama enam jam semalam.




Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

9 Comments:

uziaq @ September 2, 2009 at 4:43 PM

hahahaha..........
terlupa baca niat 2 bukan alasan.
klaw nk mkn pon,p la balik mkn kat rumah an.hahaha

cikNiarun @ September 2, 2009 at 5:14 PM

hahha..

bkin malu org saje~

Admin @ September 2, 2009 at 5:24 PM

tula pasal
haha

zerocool @ September 2, 2009 at 6:22 PM

mdabuubaidah.blogspot.com

add abg

Nadhirah @ September 2, 2009 at 7:53 PM

aduh
kedapatan Lagi tu daLam gambar
sia2 ja Lari

r.k @ September 2, 2009 at 9:24 PM

hukum sebat jeh~ hak.
buat malu je.

Faisal Irshad bin Harun @ September 13, 2009 at 3:43 PM

nak tanya..kalau lupa niat...sah lagi ker puasa??? sebab selalu sahur terlepas........
juz wanna make confirmation.

Admin @ September 13, 2009 at 5:34 PM

org niat sebulan terus gan time 1st terawikh

tp klau ko tlupa niat, dia ikut org. kalau ko yg tlupa, nda sah

klau org lain ok ja.hahah
nda bha gan

hihi

uziaq @ September 13, 2009 at 6:06 PM

klaw terlupa boleh dimaafkn lagi.
tp klaw da sengaja buat2 tlupa 2 mmg x sah ah puasa.
klaw takot tlupa nk niat baek niat sebulan trus wktu awl ramadhan 2.