5 Sebab Kenapa anda perlu pergi ke Sunway Pyramid (U)

9:44 AM / Comments (6) / by Admin

_________________________________


sunway edited


Helo everibodi!

Anda pernah menjejakkan kaki ke Sunway Pyramid? pernah? belum lagi? baru nak pegi? ha.. disini ingin aku kongsi 5 SEBAB Kenapa anda perlu pergi ke Sunway Pyramid. eh, tapi bukan bila-bila masa tau. Ada masa tertentu saja yang sebab musabab yang akan di list kan sebentar lagi boleh diguna pakai. Mesti student Malaysia kat mesir kata " eleh, setakat Sunway Pyramid.. aku dah singgah Pyramid Sphinx lagi! apa barang Sunway ~". haha. kan kan kan? Apa-apa pun, lepas korang baca list ni baru korang tau mana lagi best. Sphinx atau Sunway. hehe


Untuk tidak melengahkan masa, aku list kan
5 SEBAB Kenapa anda perlu pergi ke Sunway Pyramid pada 31 Oktober 2009 dan 1 November 2009 ni:


Sebab 1:

shila edited

Kenal siapa Shila? dulu orang kenal sebagai Shahila. Ala.. anak ND Lala tu, yang masuk One In the Million tuuu. Ish Mak Bedah ni.. tak kan tak kenal?? dah dapat recall? ok.. untuk pengetahuan korang semua, Shila akan berada di SUNWAY PYRAMID pada 31 Oct - 1 Nov ni! dan part yang paling best ialah; Shila akan menyanyikan lagu Through My Window yang Bunkface nyanyi untuk iklan TM tu! haha. Boleh bayangkan tak macamana bunyi lagu punk rock bila di balada kan? Mesti mencuit hati. hak hak!


Sebab 2:
akim edite

Sejujur seikhlas hati ku, aku sebenarnya tidak mengenali siapa kah mamat ni. Bila google nama "AKIM" , rupa - rupanya one of AF graduates. eh, tak sesuai la graduate. erm.. student AF lah. Bagi kaki SMS and die hard fans Akim, jangan malu-malu untuk datang melihat Akim yg lebih kacak dari Sam Bunkface kat Sunway Pyramid 31 oct ni. Kalau bizi 31 Oct, esok hari nya pun Akim akan berada di Sunway. Dia tido kat situ semalaman. Jadi jangan sedey-sedey okay?


Sebab 3:

dafi edit

Siapa tidak kenal Dafi? ada yang tak kenal ka? " bila terasa riiiindu! ku sebut namaaaa mu! dalam ..." penyanyi lagu bila terasa rindu. He is Dafi. Untuk peminat Dafi, atau manusia berjantina perempuan nak dengar Dafi nyanyi lagu Bunkface, pastikan anda free on 31 Oct and 1st November ni ok? Seriously Dafi akan nyanyi lagu Bunkface! tak tipu punya~ Tapi bukan lagu situasi lah. Dafi akan menyanyikan lagu misteri Bunkface: Through My Window. Dafi version. oh yeah! (-.-')


Sebab 4:

mila edit

Clue: Juara AF perempuan yang pertama
Haha. senang sangat kan? Cik Mila jugak akan datang bersama rakan-rakan artis yang lain memeriahkan suasana padang pasir Sunway Pyramid pada 31 Oct - 1 Nov. Mila tak kan mempersembahkan lagu-lagu hits beliau macam Persis Mutiara dan Cinta ku Cinta mu Jua (huh?).. Mila akan menyanyikan lagu
" Me and you! We are not alone! Through my window, I can see there's More than you and more than me~ .." Haha. Yup, Mila jugak akan menyanyikan lagu Bunkface. So don't miss it!


Sebab 5:

tomok edit

Yaaaa! OKB (Orang Kaya Baru) a.k.a Tomok akan hadir di Sunway Pyramid untuk belanja semua pengunjung RM 10 setiap seorang! Best kan? murah hati betul Tomok ni. Dah jadi orang kaya, kena la bersedekah kan? Boleh la korang buat top up. hehe.

"Kau klentong je lebih IkanStim.. " kata Suparjo si pembaca tegar IkanStim

Klentong mende! aku cakap betul-betul kot. Kau tak percaya? datang Sunway Pyramid 31Oct ni. Tengok ada Tomok bagi RM 10 ke tak. Kalau dia tak bagi, korang bagitau dia, IkanStim said so. Haha!

.........................

Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa semua artis yang datang akan perform lagu Bunkface yang baru tu. sebab nya, EveryoneConnects: campaign baru TM akan mengadakan sesi ujibakat Banner Concert untuk anda semua! Time audition tu, korang hanya perlu menyanyikan lagu Bunkface : Through My window . Tak kisah la korang nak rap ke, berbalada atau pun keroncong. Versi anda sendiri. Boleh bawak band atau menyanyi sorang-sorang.

"Saya pemalu la bang.. tak berani nak perform depan orang ramai."

oh, tidak menjadi masalah! rakam korang perform kat bilik/tandas/stor/belakang rumah kemudian upload ke everyoneceonnects.net . Kalau ramai yang meng view video tu, anda akan diumumkan sebagai pemenang!


ec
everyoneconnects.net


Berminat? ni details nya ok:

Everyone Connects by TM
...
Banner Concert Audition
...
Sunway Pyramid
..
The Orange Entrance Area
31 October 2009 - 1 November 2009
.
12.00am - 6 pm




BFACE EDITED

Bunkface pun datang! kalau tak nak join audition pun tak pa. don't miss the chance to see their live Thorugh My Window performance at Sunway Pyramid this 31 Oct - 1st Nov. Korang dah tengok iklan everyoneconnects TM yg comel? : KLIK







p/s- asyik through my window je lately.



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

6 Comments:

wfhsln @ October 28, 2009 at 7:52 PM

O comments?

Boleh percaya ke Tomok nak bagi RM10?

Admin @ October 28, 2009 at 8:24 PM

what do u mean by 0 comments zala?
blog ni memang orang kurang bagi komen. i pun xtau kenapa

betul tuuu. tomok nk bagi RM10. dia sms aku semalam

Ken Wooi @ October 28, 2009 at 11:49 PM

lol i very long time didnt go there edy.. =P

kenwooi.com

arrizz @ October 29, 2009 at 10:16 AM

lagik best dr sphinx tue!

Aida The Pink Goddess @ October 29, 2009 at 7:26 PM

i superlove that song!

Admin @ October 31, 2009 at 3:47 AM

yeah!
ey kenwooi, r u going?