Indon Baling batu arah TUDM (U)

5:18 PM / Comments (0) / by Admin

_________________________________

Dipetik dari utusan
sangat setuju dengan faisal tehrani " buat baik berpada-pada"

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Insiden pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibaling batu ketika menghantar bantuan bencana di Padang, Sumatera Barat sejak beberapa hari lalu dipercayai dilakukan kumpulan 'budak-budak nakal' yang membenci negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan itu mungkin bertindak demikian selepas terpengaruh dengan laporan media Indonesia mengenai isu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Cik Puan Temenggong Manohara Odelia Pinot.

''Kumpulan itu juga mungkin terpengaruh dengan isu perairan Ambalat, tarian Pendet Bali dan lain-lain.

''Saya percaya, perbuatan melontar batu itu bukan dasar kerajaan Indonesia mahupun Gabenor Sumatera," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Teknologi Pertahanan dan Keselamatan Asia Pasifik (DTSC) 2009 di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini difahamkan, beberapa pesawat pengangkut C-130 TUDM dibaling batu oleh masyarakat tempatan ketika mendarat di salah sebuah lapangan terbang di Sumatera Barat sewaktu menurunkan bantuan makanan, perubatan dan anggota-anggota penyelamat.


Dalam satu sidang akhbar semalam, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Rodzali Daud memberitahu, kejadian itu berlarutan beberapa hari sehingga semalam, namun pihaknya memberi jaminan insiden itu tidak mengancam keselamatan anggota-anggota keselamatan negara.

Ahmad Zahid menambah, kejadian itu tidak mematahkan semangat Malaysia membantu negara-negara jirannya berdasarkan semangat setiakawan dan kemanusiaan.

''Misi kita jelas untuk memberi bantuan, tiada agenda lain. Namun, kalau kita beri madu, tapi dibalas racun, kita ucapkan terima kasih,'' tegasnya.


Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

0 Comments: