Bahana Bungee Jump (U)

9:22 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

Dipetik dari kosmo!



GAMBAR menunjukkan Baveja (gambar kecil) terjatuh ketika terjun bungee di Phuket, Thailand.


BANGKOK - Seorangpelancong Britain, Rishi Baveja masih hidup selepas tali bungee terlucut baru-baru ini tetapi dia terpaksa menjalani pembedahan limpa, lapor sebuah akhbar semalam.

Graduan Universiti Cambridge dari Wakefield, West Yorkshire itu nyaris maut dari ketinggian 50 meter di sebuah lagun di Kathu, Phuket, 689 kilometer di selatan Bangkok.

Baveja membayar £50 (RM276) dan terjun pada kelajuan 130 kilometer sejam sebelum kakinya terlucut daripada ikatan tali kabel menyebabkan dia terjatuh ke dalam lagun.

Dia yang menghabiskan cuti sebulan di pulau peranginan itu dihantar ke sebuah hospital di Bangkok dan menerima rawatan selama sebulan sebelum dibenarkan keluar.

Dia mengalami luka dan hentakan kuat akibat terjunam ke dalam lagun di bahagian paru-paru, hati dan limpa.

"Saya akan mengalami kerosakan di bahagian kepala atau mungkin meninggal dunia jika kepala saya 'terhempas' dulu ke dalam lagun," kata Baveja. - Agensi



Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

1 Comments:

sis @ January 22, 2010 at 5:01 PM

ni la tempat jimmy trek n sape ntah name pmpuan 2..(lpe r)..wat bungee jump...btol pnye ngeri..