Di belakang tabir (P)

1:31 AM / Comments (1) / by Admin

_________________________________

amat
statement tipu tu. I do read Mastika kalau terlalu bosan



Apa kabar semua?
Adik manis, abang kacak, pak cik mak cik, datuk datin dan nenek atok sekalian. Korang semua sihat walafiat?


Entri ni agak janggal kalau nak dibandingkan dengan entri-entri yg ada dalam IkanStim.com sebab dilabel kan sebagai "P". Stands for Peribadi. Label terbaru dalam IkanStim.com untuk korang semua baca. Tapi kalau tak nak baca pun tak pa. Aiman tak kisah. Kalau aiman kisah pun, aku tak kenal pun Aiman tu siapa. Jadi apa aku kisah? Haha.


Sebenarnya, aku tidak berminat nak berkongsi hidup aku dalam blog sebab bagi aku blog peribadi ni macam "poyo". No offense ya kawan-kawan. Tapi kalau nak buruk-buruk kan blog peribadi @ online diary ni pun tak guna. Sebab banyak blog peribadi yang best-best belaka. Walau bagaimanapun, kalau hidup tak cukup menarik untuk dikongsi, baik tak payah kongsi kan? Jadi jangan risau ok. Aku akan share benda-benda yang menarik sahaja dalam hidup aku. Yang tak menarik aku tidak akan dokumentasi kan.


Untuk first entry dalam label Peribadi ni, aku nak kongsikan pengalaman berblog selama 1 tahun setengah ni. To be honest memang tujuan utama aku menulis blog ialah untuk buat duit. Aku kenal Nuffnang dulu, baru buat Ikanstim.blogspot.com. Siapa tak nak duit? So i give it a try lah. Unfortunately, blog ni tak cukup famous. Haha. So earning pun tak banyak mana dan sangat slow. Tapi aku teruskan jugak hingga ke hari ini. cewah. Dapat lah sikit-sikit. Boleh buat beli Civic R sebijik. Hehe. Nampak sangat tipu kan?


nak tau berapa income blog ni? mana boleh bagitau!


For the time being, im working for a client untuk promosikan event terbaru dorang. Kalau ada entri yg berbau promosi tu, paham-paham jela. Dah kena offer advertorial, berbayar pulak, mesti la accept kan? Insya Allah pertengahan bulan November campaign tu tamat. Harap-harap tak da masalah. Fyi , ini bukan dari Nuffnang ya. Ni dari syarikat lain. Kalau aku dapat offer dari Nuffnang, mesti blog aku ni penuh dengan gambar aku pegi lauching itu, launching ini.. macam blog kennysia.com, redmummy.com dan yg seangkatan dengannya. Traffic tak mantap, HARAM nak dapat offer dari Nuffnang kan?


Zaman awal-awal bukak blog memang asyik cek duit kat NN (Nuffnang) je. Hari-hari cek berapa sen masuk. Haha. Memang mata duitan betul. Tapi sekarang ni macam dah kurang kisah sangat. Bukan tak kisah . Sebab dah ada niat lain ber blog. Selain nak buat duit, i want to share the information on the internet. Korang boleh baca entri ni: klik kenapa perlu ada website sendiri @ blog. Harap-harap aku boleh perbaiki lagi penulisan dan perkongsian aku dalam blog ni supaya korang semua kekal jadi pembaca setia IkanStim.com dan promo kat kawan-kawan yang lain. Kalau ada yg kurang atau tak best, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen. Tak pun tulis saja kat shout box. Mesti dilayan.


Ok lah, cukup setakat ni. Kalau entri dalam label peribadi ni tak dapat sambutan, maknanya hidup aku tak menarik la tu. Haha.


p/s- Korang nak tau label apa yang paling femes kat blog ni? 18SX dan 21 SG. Ish ish ish..









Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

1 Comments:

IkanStim @ October 28, 2009 at 5:42 PM

minta maaf semua. demi menyusun entri dalam blog ni, komen-komen yg ada sebelum ini telah dibuang. harap maaf.