"Kenapa abah tak guna alphard?" (P)

4:13 PM / Comments (11) / by Admin

_________________________________

Salam & hi everibodi,

Akhirnya ada jugak sedikit masa senggang untuk berblog. Sebelum ni packed dengan kerja-kerja assignment dan datelines yg nak di kejar. Bukan sahaja dateline untuk assignment, malah dateline untuk kerja memblog. Blogging pun ada dateline? Yup. Adaaa. Siapa kata tak da? Ohya, kalau korang yg tinggal kat KL free sabtu and ahad ni, singgahlah Sunway Pyramid. Tomok nak bagi duit. Dia kan jutawan OIAM. Boleh baca disini : KLIK

Apa-apa pun, merujuk tajuk entri pada hari ini, Ingin aku kongsikan sedikit bacaan aku di saifulislam.com


New_Toyota_Alphard_4 copy


Eh, entri ni tiada kaitan dengan abah aku ok.
Kami takda Exora pun. Saja letak quote tu. Tergerak hati aku untuk mengulas balik entri di blog abu saif mengenai anak nya yang membandingkan beliau dengan bapak saudara . Baca sekali terasa agak lawak sebab anak sendiri bandingkan kereta local bapaknya dengan Alphard ayah saudara. Terasa tercabar, geram, sedih, terkilan, terguris hati ini kalau dibanding sebegitu rupa. Haha. (macam la aku ada anak)

"Haram jaddah punya anak! Dasar tak tahu bersyukur! "

Kalau ikut kan nafsu sarakah, silap-silap boleh terkeluar ayat macam tu kat anak. Dari perspektif aku, itu merupakan satu cabaran. Betul jugak pertanyaan anak tu. Kenapa tak guna Alphard? tak cukup duit. Kenapa tak cukup duit? Sebab gaji kecik. Kenapa gaji kecik? ha.. lebih kurang begitu la. Mungkin kita boleh usahakan sesuatu supaya kita boleh jadi lebih berharta. Bukannya salah pun jadi kaya. Antara tanda kebahagiaan ialah rumah yg besar dan kenderaan yg selesa untuk keluarga.

Satu lagi pengajaran yg boleh diambil ialah jangan membanding anak. Bila ayah dibanding-banding kan, tersirap jugak darah tua ayah kan? Macamana pulak perasaan anak bila dibandingkan? Terasa macam selama ini, segala yg diusahakan tidak dihargai. Kan? Tapi tak salah pun untuk membanding, cuma cara nak trigger individu tu supaya membanding diri dia dengan individu yg satu lagi tu kena betul. Kalau kita sentiasa dalam comfort zone saja, memang tak da development la kan. Kalau tak kena caranya, bukan setakat moral seseorang boleh jatuh. Jati diri pun remuk luluh terburai di kala subuh menyinsing. (huh?)




p/s- Pernah kah parents korang membanding-banding korang dengan orang lain? kazen ka, anak pak ali ka, jiran ka. Kongsi-kongsi laa~ fortunately, aku tak pernah kena. hoho.





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

11 Comments:

Aida The Pink Goddess @ October 30, 2009 at 6:25 PM

good point here! comparison demotivates!

belajar dlm HR.hehe

IkanStim @ October 30, 2009 at 8:18 PM

wah
HR.
dept yg di geruni dalam dunia korporat
huhu

al-Wann @ October 30, 2009 at 9:29 PM

bsyukur ngan apa yg ada..bleh mbanding tp biar la banding dgn ssuatu yg lbh rendah dari kita dan bukn lbh tggi dr kita..dgn nie, kita akan lbh bsyukur..its better to own a car rather than not..

IkanStim @ October 31, 2009 at 12:17 AM

eh. tak boleh jgk.. kita kena banding atas kita. baru kita maju kehadapan.

mana boleh banding diri kita yg semayang lewat dgn org yg xsmyg lgsung

kn?

Anonymous @ October 31, 2009 at 2:52 AM

arghhhh
aku pernah kena benda ni
mak aku dok compare aku ngan abg aku. sedih siot..

tp aku xdela kisah sgt. hahaha

Mr Trojan @ October 31, 2009 at 4:04 AM

entri yg menarik!
Nak bookmark ikanstim.com lepas ni :)

minona amar navi @ November 3, 2009 at 8:25 PM

haha...da biase dr kecik smpai la aku besa..pedey kot ati...mmg kaum kluarga, sudara handai suke mcm 2,perbandingan itu seperti pertandigan..har har har..so bile blk kg, get ready la ti n telige supye lebey tegarrr :P

IkanStim @ November 3, 2009 at 8:30 PM

rq trojan :)

nak wat mcmana minoma. kene perform la stiap tahun kn?

tog @ November 7, 2009 at 8:09 PM

mak kpd kwn aku suka bnding2kn ak dgn kwn2 ak,stadi tgh mlm,skor elok n so on eventhough ak xbuat pn bnda2 tu sgt n ak xcita pn kt org.mlaenkn org yg riak dn sombong ja yg cita bnda2 tu smua kt org.so smpai satu tahap ni mreka2 yg brkenaan dh fed up.n malas nk kwn ngn ak.slh siapakh ini smua?wwuwuuwuww TT,TT

Dak Wan @ November 18, 2009 at 1:33 PM

Nak kaya kena niaga, sambil tu do your work with passionate interest. Tips drpd : Robert T Kiyosaki

IkanStim @ November 18, 2009 at 3:43 PM

agree!