IkanStim.com > Mastika (U)

1:28 AM / Comments (6) / by Admin

_________________________________



1.Bayi ular
http://asylumeclectica.com/asylum/malady/archives/harlequin/harlequin1.jpg

Mitos ala-ala Mastika: Kononnya ibu yang melahirkan anak ini di sumpah gara-gara ingin kan seorang anak lelaki setelah mengandungkan 2 anak perempuan. Jadi beliau suka berseloroh yang dia sedang mengandungkan anak ular apabila ditanya jantina anak nya.

Fakta: Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir. Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan. Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera. Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sumber: iluvislam.com



Harlequin type ichthyosis

2. Lelaki pokok

http://4.bp.blogspot.com/_ZfxsaVdMA04/SVhfgkvbGHI/AAAAAAAAAFs/28iGW8PeczU/s400/dede-koswara-1.jpg



Mitos ala-ala Mastika: Seorang lelaki Jawa, Dede Koswara telah disumpah menjadi pokok. Sebab? tidak diketahui. Anak-anak dan Isteri beliau tidak lagi sanggup menjaga beliau kerana khuatir akan terjangkit dengan sumpahan menjadi orang pokok. Beilau terpaksa menjadi bahan tatapan di funfair / freak show untuk meneruskan hidup.

Fakta:
Dede sebenarnya mendapat viral infection yang bergelar Human Papilloma Virus (HPV) akibat luka di lututnya yang tidak dirawat semasa dia masih remaja. Kalau individu normal seperti kita mendapat luka, luka itu akan bertukar menjadi kudis sahaja. Tetapi dalam kes Dede, yang mengalami kecacatan genetik yang sangat jarang ditemui, virus itu telah menyerang sistem imunnya yang lemah dan sel kulitnya, yang menyebabkan kulitnya kelihatan seperti ditumbuhi akar pokok. Penyakitnya dapat dipulihi dengan Vitamin A.

Sumber: Klik


http://estb.msn.com/i/76/28C97EFDB5A95C564AF92A84A19DE0.jpg
Dede Koswara



3. Sejadah berdiri

http://1.bp.blogspot.com/_nU_AkzYrEsQ/SsamrD5sloI/AAAAAAAAAM4/wHt9ADJ6LzY/s320/sejadah+berdiri.jpg

Mitos ala-ala Mastika: seriously malas nak tulis sebab menyampah
Fakta: sekali lagi, seriously malas nak tulis sebab menyampah yang teramat.

[DSC00402.JPG]

Sumber: Keretamayat





Suka entri kali ni? follow/bookmark ikanstim sekarang sempena stok masih ada!

6 Comments:

Sam @ November 1, 2009 at 10:42 AM

"sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond)"
ok my mom used to say tym keci2 i have this pnyakit sisik 1 badan...mcm ular...
tp xtau la pnykit yg as mentioned ka x...cause yg ne severe kn n ssh utk hdup kn...

n dr term mastika...
so is it i was cursed??!!hahaha...
pelik bha ne mastika...tp sumtimes lawak jg klu baca 2...sbb dorng merepek...haha

Admin @ November 1, 2009 at 10:56 AM

ish
bukanlah
kalau kena yg ini, memang hidup penuh dengan treatment sampai tua.
boleh bca kat link sumber tu

disclaimer: IkanStim.com tidak mengatakan Mastika mengeluarkan artikel mengenai bayi ular, lelaki pokok dan sejadah berdiri. cuma memerli konsep majalah picisan itu. hehe. harap maklum. jangan nak saman-saman pulak

Anonymous @ November 1, 2009 at 11:02 AM

arghh
geli nyeeeer!
nauzubillah

arrizz @ November 1, 2009 at 9:13 PM

syukur xkne sume nie..alhamdullillah atas ksihatan yg dianugerahkanNya..

Aida The Pink Goddess @ November 2, 2009 at 11:26 AM

bayi ni sama pulak rupa dgn roti telur tu tau...hmmm

Admin @ November 2, 2009 at 11:43 AM

tula.. harap2 dijauhkan dari penyakit2 mcm ni